Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

‘Empat daripada 11 peluru masih dalam badan saya’

IPOH – Empat peluru masih tertanam lagi dalam badannya. Itulah kenangan yang tersimpan ketika menentang pengganas komunis di Gerik, 38 tahun dahulu.

Keperitan diserang sekumpulan 40 komunis terhadap kenderaan semboyan yang dinaiki Konstabel Bahari Ismail, 46, bersama tiga rakannya masih segar dalam ingatan. Dalam serangan hendap terhadap kenderaan yang dinaikinya, 11 peluru menembusi badannya di mana empat peluru yang berada di dada kirinya dikeluarkan sendiri ketika menyelamatkan diri dalam hutan berhampiran.

“Kami yang parah akibat serang hendap itu dikejarkan ke Hospital Kroh untuk mendapatkan rawatan untuk mengeluarkan peluru sebelum pindah ke Hospital Alor Setar dan seterusnya Hospital Kuala Lumpur.

“Saya menyedari ada peluru masih tertanam di tangan, kaki dan belakang dan memerlukan pembedahan kecil untuk keluarkannya. Namun, akibat tertangguh, peluru itu masih lagi ada sehingga kini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Majlis Himpunan Tahunan Skuad 69 PDRM di Pengkalan Latihan Polis Gerakan Udara di sini, semalam.

Bahari berkata, pengalaman itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berbakti dalam PDRM.

“Ini adalah semangat polis yang diperturunkan daripada ayah dan kami adik beradik. Semangat itulah jua menjadikan kami mencintai negara kerana kami sendiri merasai keperitan dan kepayahan hidup ketika itu,” katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz Bakar, 46, bukan sahaja menggalas senjata untuk memerangi komunis sebaliknya turut menggalas buku bagi menghadapi ujian LCE (PMR) ketika berusia 19 tahun.

Beliau yang juga Presiden Persatuan kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM berkata, beliau terus memasuki Skuad 69 sebagai penggempur utama di dalam hutan ketika negara memerlukan anak muda untuk mempertahankan negara.

- Cecair Perangsang Isteri Paling Hebat Untuk Atasi Masalah Isteri Dingin Dengan Suami Dalam Masa 10 Minit Sahaja Selepas Guna!…
- Cerahkan Puting, Tempat Sulit Wanita, Celah Paha & Ketiak Dalam Masa 3 Hari Sahaja. Hebat Dan Berkesan!…
- Hormon Wangi Pemikat Lelaki No #1 Paling Berkuasa Di Dunia Kini Di Malaysia. Dapatkan Sekarang Juga!…

“Semangat memerangi komunis tetap ada namun, ilmu pengetahuan tidak dilupakan. Saya turut menggalas buku untuk menjalani ujian LCE, MCE (SPM) ketika masih berkhidmat dalam pasukan polis.

“Namun, saya merasa sedih apabila sumbangan dan perjuangan polis ketika ini dalam menjaga keamanan negara dilupakan malah, ada yang terang-terangan mengutuk tindakan polis,” katanya yang bersara ketika memegang pangkat superintendan.