Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Hakim minta polis usah ganggu pendengaran kes sivil Zahida Rafik

Polis diarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk tidak mengganggu pendengaran kes sivil melibatkan seorang bekas pemandu dengan pelakon Zahida Mohamed Rafik, yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Shafie Apdal.Arahan itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Hue Siew Keng selepas peguam bekas pemandu Noor Azman Azemi, Latheefa Koya memberitahu hakim kemungkinan ugutan atau penangkapan ke atas anak guamnya.

Hakim Hue selepas itu bertemu dengan kedua pihak di kamarnya, dan kemudiannya memanggil seorang polis berpakaian preman.


Beliau kemudian mendapati polis akan menangkap Noor Azman (atas) hari ini, selepas mendapat arahan sejak Julai lalu atas tuduhan pecah amanah.

Bagaimanapun Hakim Hue mengarahkan tiada gangguan terhadap kes sivil itu sehingga Noor Azman selesai memberi testimoni beliau.

Noor Azman, 40, yang kini bekerja sebagai pemandu teksi memberitahu mahkamah bahawa Zahida dan Shafie, yang juga naib presiden Umno mempunyai hubungan intim dan beliau sendiri pernah bertindak sebagai pengantara antara keduanya.

Bagaimanapun Zahida dan Shafie (kiri) sebelum ini telah menafikan dan mengugut untuk menyaman Noor Azman berikutan dakwaan tersebut.

Pendengaran kes ini akan disambung hari ini.

- Cecair Perangsang Isteri Paling Hebat Untuk Atasi Masalah Isteri Dingin Dengan Suami Dalam Masa 10 Minit Sahaja Selepas Guna!…
- Cerahkan Puting, Tempat Sulit Wanita, Celah Paha & Ketiak Dalam Masa 3 Hari Sahaja. Hebat Dan Berkesan!…
- Hormon Wangi Pemikat Lelaki No #1 Paling Berkuasa Di Dunia Kini Di Malaysia. Dapatkan Sekarang Juga!…