Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Hamas tetap mahu gali terowong

Laman sesawang sekutu Hamas mendedahkan sayap bersenjata pergerakan itu terus menggali terowong tanpa mempedulikan kesan Operasi Protective Edge dilaksanakan tentera Israel.Laman itu melaporkan, laporan risikan bertajuk “Kassam’s Shovels Continue to Dig Tunnels after the War” (Penyodok Kassam Terus Menggali Terowong Selepas Perang) mendedahkan anggota Briged Izzudin al-Qassam meneruskan kerja-kerjanya sambil mengumpamakan hasilnya seperti sarang lebah.

Menurut laman al-Resalah, anggota Hamas “melihat setiap ruang digali sebagai lokasi yang mampu mengakibatkan tentera Israel diculik atau dibunuh.”

Wartawan al-Resalah Mahmoud Foda berkata, dia melawat satu daripada terowong berkenaan di sebuah lokasi rahsia di Semenanjung Gaza dan menceritakan bagaimana anggota briged itu berkumpul setiap pagi untuk memulakan kerja.

Ketua mereka, Abu Khaled dilaporkan berkata, banyak kerja perlu dilakukan dan setiap detik berharga.

“Kerja ini memerlukan tenaga dan kesabaran tinggi.

“Kerja menggali di terowong ini tidak akan berakhir. Syukur kepada Tuhan kerana kami tentera yang begitu mahir menggali terowong,” katanya.
– Minyak Urut Lelaki Paling Berkesan Untuk Saiz, Naikkan Urat Jadi Perkasa Dan Tahan Lama!…
– Mens Delay Spray Berkesan Untuk ANDA Tahan Lama Sehingga 2 Jam Selepas 15 Minit Penggunaannya. Diskaun RM30. Tempoh Terhad! …

Memang kerjanya berat, katanya, namun mereka menanti ganjaran daripada Allah.

Menurut laporan itu, Tentera Udara Israel menyasarkan terowong-terowong berkenaan ketika peperangan baru-baru ini selepas melihat pejuang Hamas keluar dari situ.

Terowong berkenaan diubah suai ketika gencatan senjata antara Hamas dengan Israel.

–Agensi