Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Hasan Malek semakin tidak relevan sebagai menteri

Shahbudin Husin

Selepas dikritik kerana komennya yang tidak matang mengenai harga ayam, bersyukur dan bukan mengadakan bantahan bila minyak naik serta kemudian tentang cendol pula, Hasan Malek terus dikritik kerana kempen bawa bekal ke sekolah yang dianjurkan kementeriannya di sebuah sekolah di Negeri Sembilan, baru-baru ini.Kempen bawa bekal ke sekolah itu bukan saja dianggap idea lapuk, tidak relevan dan kitar semula, ramai juga berkata, “takkan tahap ini saja idea menteri” untuk menangani kos sara hidup dan kenaikan harga barang yang sedang ditanggung rakyat.


Hakikatnya, membawa bekal ke sekolah bukanlah perkara asing bagi murid luar bandar sejak dulu lagi. Sekarang pun ramai lagi yang melakukannya. Tetapi oleh kerana semakin ramai ibu-ibu yang turut bekerja untuk menampung pendapatan keluarga, maka semakin ramai yang tidak berkesempatan menyediakan bekalan makanan untuk anak-anak mereka.

Di bandar pula, oleh kerana majoriti ibu-bapa bekerja dan kadang-kadang pula tidak tentu masa, budaya membawa bekal ini amat jarang sekali diamalkan. Bukan kerana tidak mahu tetapi tiada kesempatan dan luang masa untuk melakukannya.

Lagi pula, kaitan membawa bekal dalam suasana kehidupan sekarang dengan peningkatan kos sara hidup, amat jauh sekali dan memperlihatkan idea paling lekeh daripada seorang menteri. Jika sekadar untuk bekal ke sekolah, memberi dua atau tiga ringgit wang belanja adalah lebih menjimatkan berbanding kos penyediaan memasak sendiri.

Sebagai menteri yang bertanggungjawab mengenai harga barangan keperluan, idea kempen membawa bekal ini tidak lain menunjukkan tandusnya idea Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tersebut. Kalau pun tidak mahu turun ke pasar-pasar meninjau harga barangan, temuilah pembekal untuk memastikan mereka tidak menaikkan harga barangan, bukannya dengan meminta budak-budak sekolah membawa bekal.

Sejak kerajaan menaikkan harga minyak, bukan saja harga barang di pasar meningkat, bahkan banyak barangan lain seperti gas memasak, minuman dalam tin dan pelbagai jenis yang lain turut meningkat.

Takkan nak minta rakyat bersyukur dan memuji pemimpin bila kenaikan demi kenaikan ini berlaku?

Lebih malang lagi apabila ada pengusaha cendol di Kuala Selangor menurunkan harga jualannya sebanyak 20 sen, Hasan Malek turut teruja dengan sikap peniaga itu dan meminta peniaga yang lain mencontohi sikap itu.

Apakah cukup tugas menteri sekadar meminta saja? Kalau kerajaan boleh menaikan harga minyak kerana kekurangan wang dalam perbendaharaan, apakah pula logiknya meminta peniaga menurunkan harga barangan bila minyak naik?
– Minyak Urut Lelaki Paling Berkesan Untuk Saiz, Naikkan Urat Jadi Perkasa Dan Tahan Lama!…
– Mens Delay Spray Berkesan Untuk ANDA Tahan Lama Sehingga 2 Jam Selepas 15 Minit Penggunaannya. Diskaun RM30. Tempoh Terhad! …

Yang lain pula berkata, Hasan Malek ini sebenarnya tidak faham bahasa sindiran daripada peniaga cendol? Ramai yang berkata, peniaga cendol berbuat demikian kerana ingin menyindir kerajaan, sebab itu harga cendol yang diturunkan pun 20 sen juga, bukannya 10 sen atau 30 sen.

Tetapi menteri tak faham. Walaupun kena sindir tetapi dibalas dengan pujian pula.

Setelah komennya mengenai harga ayam, kemudian meminta rakyat bersyukur bila minyak naik, diikuti dengan pujian terhadap peniaga cendol yang jelas menyindir kerajaan dan terbaru mengadakan kempen bawa bekal untuk murid-murid sekolah, Hasan Malek didapati semakin jauh daripada kelayakan dan kemampuan yang sewajarnya untuk terus berada dalam kabinet kerajaan.

Sementara Najib gah dengan idea-idea transformasi, Hasan Malek masih terbelenggu dengan pemikiran kuno dan basi. Kedudukannya dalam kerajaan lebih menjadi beban dan bahan ketawa rakyat semata-mata.

___________
Penulis pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di shahbudindotcom.blogspot.com