Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Ibadah haji hanya buang tenaga dan tiada produktiviti, kata menteri

Hati-hati ketika berucap. Walau tidak suka pada sesuatu, lebih baik menahan diri agar tidak melontarkan perkataan yang tidak elok atau menghasut. Contoh paling jelas adalah seorang menteri Bangladesh ini.Abdul Latif Siddique, Menteri Telekomunikasi Bangladesh ketika berada di New York bersama dengan Perdana Menteri Sheikh Hasina, telah mengeluarkan kenyataan kontroversi yang disiarkan oleh stesen televisyen tempatan.


“Sampai mati saya menentang ibadah Haji dan Jamaah Tablig. Dua juta orang pergi ke Arab Saudi untuk melakukan Haji. Haji hanya buang tenaga. Mereka yang melakukan haji tidak mempunyai produktiviti. Mereka hanya merosakkan ekonomi dengan menghabiskan banyak wang di luar negera, “ujarnya.

Kenyataan Siddique ini menerima kecaman di seluruh negeranya sendiri. Akhirnya, dia digugurkan daripada kabinet selepas bantahan daripada parti-parti pembangkang.

“Keputusan telah diambil untuk memecatnya daripada Kabinet,” kata pegawai dari Pejabat Perdana Menteri yang tidak mahu namanya disiarkan.

The Daily Star juga mengesahkan pemecatan itu dalam laporannya yang disiarkan di laman webnya.

Beliau juga mengkritik kumpulan Islam bukan politik, Jamaah Tablighi, berjuta-juta pengikut yang berkumpul di luar ibu negara Bangladesh setiap tahun dalam apa yang dipanggil perhimpunan pihak berkuasa Islam yang kedua terbesar selepas Haji.

Beliau berkata, kira-kira dua juta orang yang berkumpul “tidak melakukan apa-apa kerja kecuali menghentikan pergerakan trafik di seluruh negara,” kata Siddique.

Tiada komen dari Jamaah Tablighi.

*Disusun oleh Detik Islam dari islampos.com & Al-jazeera.com