Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Ibu Dyna Sofya kesal dengan cubaan fitnah

Ibu kepada bekas calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud menafikan anak gadisnya bercinta dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari.Yammy Samat berkata penyebaran gambar intim Dyana dan Zairil merupakan fitnah terbaru terhadap anaknya oleh pihak tertentu yang mahu merosakkan imej DAP sekali gus melihat anaknya disingkirkan daripada parti.“Itu bukan Dyana. Dyana dan Zairil tak bercinta!” kata Yammy seperti dilaporkan Sinar Harian Online hari ini.

Beliau berkata, tindakan itu juga dilihat sebagai percubaan sesetangah pihak untuk mengalih perhatian terhadap isu semasa yang lebih besar.

“Kalau (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan (Mohamed) Azmin Ali, mereka boleh fitnah dan reka gambar macam-macam, inikan pula Dyana. Ini bukan benda baharu, masa PRK Teluk Intan pun berlaku.

“Jika difikirkan secara logik, sebagai seorang ahli Parlimen yang dihormati, takkan Zairil nak buat perkara yang jejas imej macam itu,” katanya kepada akhbar berbahasa Melayu itu.

Semalam heboh satu negara apabila gambar intim dikatakan di antara Dyana dan Zairil tersebar di aplikasi WhatsApp dan laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Zairil yang merupakan ahli Parlimen penggal pertama memberitahu The Malaysian Insider beliau mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap mereka yang mencipta gambar intim beliau dengan setiausaha politik kepada Lim Kit Siang itu sambil menambah gambar tersebut adalah palsu.

“Ini benar-benar politik longkang pada tahap paling rendah.

“Saya tidak tahu bagaimana gambar ini muncul, kami sedang berbincang apa saja pilihan undang-undang yang kita ada,” katanya kepada The Malaysia Insider.

Sementara itu, Dyana, 27, berkata beliau merasa jijik dengan “politik longkang” yang diamalkan terhadap Pakatan Rakyat (PR) tetapi berkata beliau tidak akan tunduk ke tahap rendah dengan mengulas mengenai perkara itu.

Katanya, ini bukan kali pertama gambar palsu digunakan untuk menyerangnya.

“Ia menjijikkan bagaimana mereka terus menggunakan politik longkang. Sebagai seorang wanita, saya sasaran yang mudah dan saya sangat marah.

“Ini adalah politik longkang dan saya yakin ia tidak akan menjadi yang terakhir,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Pengguna media sosial ini juga terbawa-bawa dengan berita tentang mereka berdua dalam gambar bersama-sama, dengan pengguna Twitter, @Amshar_Aziz berkata: “Jadi gambar Zairil mencium Dyana tersebar seperti api di Internet. Satu lagi usaha yang buruk untuk pembunuhan karakter.”

Seorang lagi pengguna Twitter @azizisafar berkata:”Politik longkang? Kelihatan seperti dia dan dia, tapi bukan mereka? Telefon digodam? Dicuri?”

Dyana pun ternyata mengulas mengenai perkara itu menggunakan akaun Twitter beliau @dyanasmd: “Sigh. Tidak lagi.”

Beliau juga menulis tweet:”Masa untuk mengambil gambar bikini sebenar!”, sambil menambah, “Okay saya main-main… “


-The Malaysian Insider

– Wangian Hormon Pemikat Wanita No #1 Paling Berkuasa Untuk Memikat. Hasil Penemuan Morgan Labs Russia. Memikat Wanita Dalam Sesaat!…
– Jus Kekal Dara Jadikan Isteri Kembali Rapat, Ketat, Padat, Sendat & Tambah Nikmat Hanya Dalam 7 Hari Sahaja! …
– Dapatkan dress cantik dengan harga murah! …KLIK DI SINI!