Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Umat Islam Malaysia dilarang JAKIM praktik mazhab utama Sunnah Waljamaah yang lain kerana tidak selaras budaya Melayu?

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil pihak penganjur program ‘I Want To Touch A Dog’ (Saya Mahu Sentuh Anjing) bagi mendapatkan penjelasan berkenaan penganjuran program tersebut.Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, program yang berlangsung di Central Park, One Utama dekat Petaling Jaya, petang Ahad telah menimbulkan keresahan orang awam khasnya dalam kalangan umat Islam kerana perkara itu bercanggah dengan pegangan mazhab dan ‘uruf’ atau adat di Malaysia.

“Menurut mazhab Syafie, umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Beliau berkata, walaupun Islam meletakkan kaedah ’sertu’ apabila terkena najis yang dikategorikan ‘mughallazah’ namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang memegang najis itu dengan sengaja.

“Tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya,” katanya.

Othman berkata, tindakan penganjur itu dikhuatiri mempunyai agenda terselindung dan seolah-olah cuba mencipta budaya baharu serta boleh membawa kepada perbuatan menghina Islam.

“Malaysia adalah sebuah negara yang berpegang kepada mazhab Syafie sebagai mazhab rasmi. Justeru peranan Jakim adalah untuk memastikan umat Islam di negara ini mangamalkan syariat yang tidak menyalahi mazhab Syafie,” katanya.

Beliau juga menjelaskan Islam tidak pernah memandang keji haiwan itu kerana anjing juga wajar diberi kasih sayang, belas kasihan dan dijaga kebajikannya.

“Walau bagaimanapun dalam Mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan menjadikan haiwan tersebut sebagai binatang peliharaan,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai kedudukan anjing dalam Islam serta hukum berkaitannya boleh melayari portal fatwa Jakim di www.e-fatwa.gov.my.

– Wangian Hormon Pemikat Wanita No #1 Paling Berkuasa Untuk Memikat. Hasil Penemuan Morgan Labs Russia. Memikat Wanita Dalam Sesaat!…
– Jus Kekal Dara Jadikan Isteri Kembali Rapat, Ketat, Padat, Sendat & Tambah Nikmat Hanya Dalam 7 Hari Sahaja! …
– Dapatkan dress cantik dengan harga murah! …KLIK DI SINI!