Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Kerajaan pusat dijangka setuju hudud di Kelantan?

Pelaksanaan hukum hudud di Kelantan semakin menjadi kenyataan apabila prosses perbincangan melalui jawatankuasa teknikal khas antara Kerajaan Pusat dan negeri berjalan lancar.Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, proses perbincangan itu berada pada fasa terakhir apabila dua mesyuarat lagi berbaki di peringkat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) sebelum rang undang-undang Islam itu dibentangkan.

“Kita kini dalam persiapan daripada satu tahap ke satu tahap.

“Ada dua lagi mesyuarat secara rasmi di peringkat Maik sebelum ia (rang undang-undang) dibentangkan di Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Bank Islam cawangan Wakaf Bharu di sini, semalam.

Semalam dilaporkan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud semasa membuat pergulungan pada sidang Dun Kelantan berkata, Pas sama sekali tidak akan tunduk dengan sebarang desakan sebaliknya yakin undang-undang Islam itu akan dilaksanakan tahun depan.

Malah tegasnya, orang bukan Islam tidak sepatutnya membantah hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud itu kerana ia langsung tidak melibatkan mereka.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga merupakan Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat berharap pelaksanaan hukum itu yang menunjukkan perkembangan positif ini akan mendapat sokongan semua pihak.
– Minyak Urut Lelaki Paling Berkesan Untuk Saiz, Naikkan Urat Jadi Perkasa Dan Tahan Lama!…
– Mens Delay Spray Berkesan Untuk ANDA Tahan Lama Sehingga 2 Jam Selepas 15 Minit Penggunaannya. Diskaun RM30. Tempoh Terhad! …

Sementara itu, ketika mengulas mengenai penggantungan Adun Hulu Klang , Saari Sungip dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin; beliau berkata, tindakan yang dikenakan itu adalah tepat.

“Tindakan tersebut akan memberi pengajaran kepada ahli-ahli Pas yang lain selepas ini agar tidak mengikuti apa yang dilakukan oleh dua Adun berkenaan.

“Kita dalam berjemaah berpolitik semestinya ada peraturan-peraturan dan juga adab berjemaah. Insya-Allah perkara ini tidak akan berulang,” katanya.