Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Kesal kerajaan suka banding dengan negara mundur sahaja

Naib Presiden DAP, Teresa Kok berkata kerajaan Barisan Nasional tidak boleh lagi membandingkan Malaysia dengan negara mundur untuk menjustifikasikan masalah yang dihadapi oleh negara sebaliknya perlu memulakan langkah bagi menyelesaikannya.Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengarah Eksekutif Malaysian International Chamber of Commerce and Industry Forbes semalam, bahawa Malaysia telah ketinggalan 19 tahun di belakang Korea Selatan dari segi daya pengeluaran.


Dalam sebuah forum, Forbes berkata, kerajaan lebih suka membandingkan keadaan negara dengan negara yang lebih mundur apabila menyentuh masalah seperti rasuah, ketirisan dan undang-undang buruh yang ketinggalan zaman menyebabkan Malaysia ketinggalan.
– Minyak Urut Lelaki Paling Berkesan Untuk Saiz, Naikkan Urat Jadi Perkasa Dan Tahan Lama!…
– Mens Delay Spray Berkesan Untuk ANDA Tahan Lama Sehingga 2 Jam Selepas 15 Minit Penggunaannya. Diskaun RM30. Tempoh Terhad! …

“Forbes memang betul, kerajaan sering memilih negara terburuk untuk dibuat perbandingan. Hakikat ini disebabkan kerajaan gagal menjelaskan kepada rakyat mengapa kita terlalu jauh ketinggalan berbanding Korea Selatan dan juga Taiwan serta Singapura,” katanya memetik dari laporan lidah rasmi DAP, Roketkini.

Teresa yang juga merupakan Ahli Parlimen Seputeh turut menggesa kerajaan terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar tidak mengenepikan kenyataan Forbes.

“Hari ini, Malaysia sememangnya jauh ketinggalan dengan Korea Selatan. Banyak yang perlu dilakukan untuk mengejarnya.

“Najib tidak boleh mengambil sikap berdiam diri, sebaliknya menjawab kenyataan Forbes itu,” ujarnya.

Beliau berkata, perkara utama yang diperlukan ialah iltizam politik bagi melawan rasuah dan ketirisan yang sehingga kini tidak mampu ditunjukkan oleh kerajaan BN.