Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Marina: Islam dirampas puak sebar keganasan di Malaysia

Ancaman bunuh, tuduhan murtad dan pencercaan terhadap Syed Azmi Alhabshi oleh umat Islam lain kerana menganjurkan program menyentuh anjing Ahad lepas memalukan agama kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam, kata aktivis.Aktivis Sosial Datin Paduka Marina Mahathir sedih kerana Islam “dirampas” golongan yang menyebarkan perbalahan dan keganasan, mengatakan kumpulan ini menukar “program pendidikan kepada sesuatu yang jahat”.“Saya sedih apabila kepercayaan yang seharusnya dikaitkan dengan nilai baik seperti pendidikan, kebaikan, belas kasihan dan kesucian dirampas sesetengah pihak yang sebaliknya mengaitkannya dengan kebencian, penipuan dan keganasan,” katanya.

“Beliau sedang dicerca dengan kejam oleh golongan yang gagal melihat kebaikan dalam apa dilakukannya dan sebaliknya mereka cipta perkara buruk yang tidak berlaku,” katanya.

Pengurus Program Sisters In Islam Suri Kampe mengambil pendirian lebih tegas dalam isu ini dengan berkata ancaman terhadap nyawa Syed Azmi dan menyebarkan nombor telefon bimbitnya di atas talian merupakan intimidasi jenayah.
- Alat Besarkan, Kuatkan, Panjangkan Alat Lelaki No #1 Paling Laris Di UK. Kini OFFER 50% Di Malaysia!…
- Vimax Original Kanada Dari Myidaman. 300% Pemulangan Wang Kalau ANDA Beli Vimax Yang Palsu Dari Kami!!…

- Rawat Masalah Ketegangan & Mati Pucuk Suami Dengan Mudah, Pantas & Berkesan. Berusahalah Untuk Kebahagiaan!!..

Beliau mendesak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat ancaman terhadap Syed Azmi.

“Kata-kata yang menyakitkan hati dan respon ganas terhadap acara itu oleh orang Islam adalah kebencian, memalukan dan bercanggah dengan Islam,” kata Suri kepada The Malaysian Insider.

“Ironinya, kelakuan ganas dan perangai kasar dilakukan atas nama ‘mempertahankan Islam’.

“Sebagai umat Islam, kita harus bertanya kepada diri kita mengapa gesaan keganasan dianggap diterima dan ikhtiar murni untuk memberikan pencerahan kepada rakyat Malaysia dan menghilangkan ketakutan dikutuk,” kata Suri.

Syed Azmi yang menganjurkan program “I want to touch a dog” bertujuan untuk mendidik orang ramai tentang pendirian Islam mengenai anjing, dikritik umat Islam lain – marah dengan keberaniannya untuk menganjurkan acara berkenaan.

Program yang diadakan pada Ahad di Bandar Utama terbukti begitu popular dengan kehadiran hampir 1,000 orang yang mengambil bahagian dan belajar tentang anjing dan pandangan Islam terhadapnya.

Bagaimanapun, kebanyakan Melayu – orang alim dan orang biasa tersinggung dengan gambar orang Islam bermesra dan menyentuh anjing, menyebarkan nombor telefon bimbitnya atas talian, sementara di aplikasi WhatsApp, mesej dihantar mengatakan dirinya seorang Kristian yang menyamar.

Kebanyakan ancaman yang diterima Syed Azmi melalui komen terhadap posting di Facebook oleh Ustaz Mohd Kazim Elias yang menyelar acara tersebut.

Melalui akaun Facebooknya, Kazim menuduh program tersebut sebagai percubaan memperkenalkan idea “liberal” atau “plural” kepada umat Islam dan menambah ianya akan memberi laluan kepada kempen menyentuh dan memakan babi.

Sementara mesej WhatsApp dikatakan daripada Majlis Agama Putrajaya disebarkan kepada umum mendakwa Syed Azmi merupakan seorang Kristian yang mahu menyebarkan ajaran Syiah dan menyamar menjadi ustaz selama setahun.

Suri berkata, tuduhan terhadap Syed Azmi yang dikatakan “kafir” bukan saja menjejaskan keharmonian dan perpaduan seperti termaktub dalam undang-undang, tetapi turut bercanggah dengan saranan Al-Quran untuk mengelakkan “takfir” atau menuduh seseorang itu kafir.

“Ironinya orang Islam tidak maklumat yang tidak disahkan terhadap Syed Azmi sebagai fitnah – tuduhan beliau mahu menyebarkan agama baru terutamanya apabila tuduhan tersebut boleh menyebabkan ancaman terhadap hidupnya,” katanya.

Aktivis Anas Zubedy berkata, pihak berkuasa agama seharusnya berhenti melayan Syed Azmi dan mereka yang berpandangan sepertinya sebagai penjenayah tetapi sebaliknya melibatkan mereka untuk menjadikan Islam relevan kepada masyarakat moden.

“Saya harap pihak berkuasa agama terutamanya Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dapat melihat yang Syed Azmi mempunyai niat baik.

“Al-Quran mengajar kita untuk mengelak andaian yang tidak berpatutan kepada orang lain. Terdapat mereka yang mengancam untuk membunuh dan menggelarkannya murtad. Saya harap Jakim akan menasihatkan golongan ini,” katanya.

Marina yang juga anak kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Syed Azmi untuk bertenang dalam berdepan dengan kritikan dan kutukan.

“Beliau harus tahu terdapat ramai orang yang menyokongnya kerana dia bertujuan baik. Saya percaya Tuhan sayang kepada mereka yang baik dan mempunyai sikap belas kasihan dan sudah pasti beliau salah seorang daripadanya,” katanya.


- The Malaysian Insider