Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Minyak naik, rakyat naik minyak

Zharif Badrul

Ketika sedang menulis untuk buku ‘Suara Anak Muda’, rasanya tidak sah kalau saya tidak menyentuh isu kenaikan harga minyak – oh maaf bukan harganya yang naik tetapi susbisidi yang dikurangkan.Apabila munculnya isu evergreen ini, respons yang diberikan pak menteri dan mereka yang menyokong inisiatif kerajaan juga menjadi perhatian.

Contohnya:


Kenaikan minimum

Untuk tambah jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Masih rendah berbanding negara jiran

Rakyat dah terlalu lama dimanjakan dengan subsidi
– Wangian Hormon Pemikat Wanita No #1 Paling Berkuasa Untuk Memikat. Hasil Penemuan Morgan Labs Russia. Memikat Wanita Dalam Sesaat!…
– Jus Kekal Dara Jadikan Isteri Kembali Rapat, Ketat, Padat, Sendat & Tambah Nikmat Hanya Dalam 7 Hari Sahaja! …
– Dapatkan dress cantik dengan harga murah! …KLIK DI SINI!

Iphone boleh beli, harga minyak naik semua melenting

Kalau tak suka minyak naik, boleh keluar dari Malaysia

Syukurlah Malaysia masih aman

Saya menghormati pandangan-pandangan sebegini tetapi untuk menyalahkan rakyat 100% juga tidak tepat. Banyak hujah yang menolak kenyataan sebegini dan ada yang disokong dengan data serta statistik.

Saya ini orangnya bukan mahir dalam soal data mahupun statistik cuma saya sedikit ‘terpukul’ dengan hujah rakyat sudah terlalu lama dimanjakan dengan subsidi.

Menurut hemat saya, subsidi itu adalah satu mekanisme kebajikan sosial yang harus dipelihara dalam membantu rakyat yang berpendapatan rendah apatah lagi ketika ini tidak ada isu kenaikan harga minyak global justeru rakyat lagi bingung mengapa subsidi itu perlu dikurangkan.

Kalau ianya beralasankan menambah nilai BR1M maka ia juga tidak sesuai kerana pemberian BR1M itu cuma sekali setahun dan tidak semua orang layak memilikinya (pelajar universiti yang menaiki motor tidak dapat menikmati BR1M tetapi masih perlu mengisi minyak yang sudah dikurangkan subsidinya).

Kalau ditanya mengapa saya kecewa, ya mudah saja. Sebab, pak menteri semuanya tidak mengeluarkan duit sendiri untuk mengisi minyak apatah lagi kalau menggunakan kenderaan rasmi kerajaan. Kalau perlu guna duit sendiri pun saya pasti tidak akan memberi sebarang kesan kepada bajet bulanan mereka.

Apatah lagi selepas kenaikan harga minyak ini, mereka masih menikmati kehidupan yang kelihatan mewah di mata rakyat. Program, mesyuarat dan majlis rasmi yang melibatkan kerajaan atau agensi kerajaan semuanya masih menelan kos yang tinggi. Dan kemudian, rakyat dinasihatkan mengubah cara hidup agar lebih berjimat cermat dan nasihat itu datangnya daripada mereka yang tidak kelihatan berjimat cermat di mata rakyat.

Rakyat yang berpendapatan RM2,000 ke bawah masih wujud di negara ini dan disebabkan kenaikan harga minyak, maka perbelanjaan bulanan harus diketatkan lagi – mungkin harus dipotong bajet membeli barang makanan atau perbelanjaan sekolah anak. Itu belum tahun depan apabila GST diperkenalkan kerana harga minyak akan naik lagi hasil pelaksanaan GST tersebut.

Selamat berjuang rakyat marhaen sekalian!

– Minyak Urut Lelaki Paling Berkesan Untuk Saiz, Naikkan Urat Jadi Perkasa Dan Tahan Lama!…
– Mens Delay Spray Berkesan Untuk ANDA Tahan Lama Sehingga 2 Jam Selepas 15 Minit Penggunaannya. Diskaun RM30. Tempoh Terhad! …