Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Murshid: Jangan melenting keterlaluan mengenai isu anjing

Penganjuran program ‘I Want To Touch A Dog’  yang menjadi kontroversi pada minggu lalu disifatkan cuba mencipta provokasi terhadap masyarakat setempat.Namun, para ilmuan, pihak berkuasa dan masyarakat dinasihatkan tidak melenting dan terlalu emosi ketika berdepan dengan perkara tersebut sehingga ada yang membuat ugutan kekerasan kepada penganjur berkenaan.Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, kebijaksanaan masyarakat dan kematangan menghadapi situasi kepelbagaian pendapat, kefahaman dan perbezaan perlu dipandu dengan lunak serta berhemah.


“Para ilmuwan dan orang ramai yang mengecam walaupun berniat baik namun mungkin terlalu emosi sehingga berlebihan dalam melabel, tuduhan dan ancaman.

“Para ilmuwan dan pihak berkuasa sepatutnya tidak melenting, menjadi juara dalam melabel dan mengutuk. Sepatutnya mereka memandu orang ramai untuk tenang berdepan perbezaan pendapat dalam masyarakat awam kerana pandangan selain mazhab Syafie boleh diikuti oleh masyarakat awam di zaman internet dan globalisasi ini.

“Maka untuk menempelak terlalu keras terhadap mereka yang terkeluar dari ijtihad mazhab Syafie seolah-olah mereka menjadi liberal atau terkeluar Islam adalah juga tidak berhemah dalam mendidik masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut menasihatkan pihak penganjur membuat permohonan maaf kepada pihak berkuasa dan masyarakat atas tindakan kurang bijak tersebut.

“Orang ramai pula, dinasihati tidak mengeruhkan suasana dengan membuat ugutan kekerasan terhadap penganjur dan mereka yang menyertai. Cercaan, makian dan kutukan keras hanya membawa kalian kepada potensi menambah dosa-dosa. Nasihat sahaja mereka dengan baik disertai dalil-dalil yang difahami, bukankah itu lebih enak dan harmoni.

“Penganjur walau niatnya baik mungkin tersalah pendekatan dan tidak teliti dalam penganjuran hingga memilih tajuk dan provokatif sehingga mungkin dilihat mencabar kefahaman awam tentang anjing. Justeru itu, elok penganjur memohon maaf sahaja kepada pihak berkuasa dan masyarakat awam yang terusik dengan tindakan kurang bijak mereka,” katanya.
- Alat Besarkan, Kuatkan, Panjangkan Alat Lelaki No #1 Paling Laris Di UK. Kini OFFER 50% Di Malaysia!…
- Vimax Original Kanada Dari Myidaman. 300% Pemulangan Wang Kalau ANDA Beli Vimax Yang Palsu Dari Kami!!…

- Rawat Masalah Ketegangan & Mati Pucuk Suami Dengan Mudah, Pantas & Berkesan. Berusahalah Untuk Kebahagiaan!!..

Menurutnya, meskipun tujuan program itu baik namun pelaksanaannya tidak tepat dan tidak berhati-hati serta terlalu terbuka tanpa kawalan dan panduan jelas diberikan kepada para pesertanya.

Menyentuh soal penganjuran tersebut, beliau berpendapat jika program menjelaskan pendirian Islam tentang anjing ia wajar dilaksanakan namun menyentuh anjing beramai-ramai tanpa sebab dan keperluan jelas itu sudah tentu mencipta provokasi terhadap masyarakat setempat.

“Sefaham saya, jika ingin menganjurkan program yang menjelaskan pendirian Islam tentang anjing, keringanan ketika menyelamatkan anjing, Islam rahmat kepada haiwan termasuk anjing, mengajar masyarakat agar tidak membenci anjing tanpa sebab syarie atau sebagainya, program sebegitu adalah boleh dibuat dan wajar diterima.

“Namun jika program menggunakan tema ’saya mahu sentuh anjing’ dan seolah-olah majlis menyentuh anjing beramai-ramai tanpa sebab dan keperluan yang jelas kemudian diikuti dengan bergambar, memeluk dan menciumnya dalam kalangan orang Islam, maka itu sudah pastinya mencipta provokasi terhadap masyarakat setempat.

“Walaupun mazhab Maliki menganggap anjing dan seluruh tubuhnya sebagai tidak najis, namun pandangan dan pegangan masyarakat setempat perlu diambil kira.

“Ditambah lagi dengan ijtihad ulama mazhab Syafie yang mengharamkannya sentuhan tanpa sebab yang syarie. Mazhab Hambali turut menganggap anjing sebagai najis yang tidak harus menyentuhnya tanpa sebab yang syarie,” katanya.