Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Nik Aziz redha dengan ‘pemergian’ Tamrin dari PAS

Mursyidul AM PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata sekiranya timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli PAS, perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka adalah cuba untuk memperbaiki parti dan bukan bertindak meninggalkannya dengan keluar parti.Nik Aziz berkata demikian ketika mengulas mengenai keputusan yang dibuat Tamrin Abdul Ghafar Baba menghantar surat untuk keluar dari PAS berkuatkuasa semalam.

Katanya, sekiranya mana-mana ahli memilih untuk keluar parti, itu merupakan hak mereka dan parti tidak boleh menghalang.

“Apa boleh buat jika itu pilihan Tamrin,” katanya.

Jelas Nik Aziz, PAS sebuah sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan sepatutnya ia dijadikan medan bagi umat Islam untuk berkhidmat kepada agamanya.

“Saya sendiri kenal dia (Tamrin) sewaktu dia membawa ayahnya (Allahyarham Tun Gafar Baba) datang berjumpa dengan saya dua kali sewaktu arwah masih hidup.

“Tun ketika itu telah berkerusi roda dan ditolak Tamrin. Datangnya hanya semata-mata datang dan tidak bercakap kerana mungkin beliau tidak mampu lagi untuk bercakap,” ujarnya menerusi lidah rasmi PAS, Harakah.

- Cecair Perangsang Isteri Paling Hebat Untuk Atasi Masalah Isteri Dingin Dengan Suami Dalam Masa 10 Minit Sahaja Selepas Guna!…
- Cerahkan Puting, Tempat Sulit Wanita, Celah Paha & Ketiak Dalam Masa 3 Hari Sahaja. Hebat Dan Berkesan!…
- Hormon Wangi Pemikat Lelaki No #1 Paling Berkuasa Di Dunia Kini Di Malaysia. Dapatkan Sekarang Juga!…