Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Penyanyi baru dikecam berlagak ‘pengkid’

Penyanyi baharu iaitu Chomel mengaku imejnya tomboinya mengundang persoalan dan pertikaian kononnya dia daripada golongan wanita yang menyukai insan sejenis.Chomel atau nama sebenarnya Noor Zafirah Mohd Faizal, 22, berkata, dia turtu menerima pelbagai kata-kata negatif sejak dikenali ramai menerusi laman YouTube beberapa tahun lalu.”Sejak dikenali di YouTube, macam-macam orang berkata tentang saya terutamanya pada imej yang ditampilkan.


“Mereka kata saya ‘pengkid’ hanya kerana pakaian saya kelihatan seperti lelaki, sedangkan naluri saya berjiwa kewanitaan yang menyukai lelaki,” katanya kepada mStar Online.
- Alat Besarkan, Kuatkan, Panjangkan Alat Lelaki No #1 Paling Laris Di UK. Kini OFFER 50% Di Malaysia!…
- Vimax Original Kanada Dari Myidaman. 300% Pemulangan Wang Kalau ANDA Beli Vimax Yang Palsu Dari Kami!!…

- Rawat Masalah Ketegangan & Mati Pucuk Suami Dengan Mudah, Pantas & Berkesan. Berusahalah Untuk Kebahagiaan!!..

Chomel muncul dengan lagu terbaharu Andai Hatiku Bersuara.

Bagaimanapun tambah penyanyi kelahiran Woodlands, Singapura ini, kritikan itu tidak pernah membuatkan dia putus asa untuk mengejar cita-cita sebagai seorang penyanyi.

Malah dia juga yakin imej seperti itu bukan satu penghalang selepas melihat jumlah peminat yang semakin meningkat di alam maya terutamanya di laman YouTube apabila lagu Andai Hatiku Bersuara ciptaan rakannya iaitu Rya Rahman, mendapat lebih daripada sejuta tontonan.

“Jujurnya, cakap-cakap orang tidak menjatuhkan semangat saya untuk berjuang dalam bidang seni. Lagipun saya sudah bermain muzik sejak tujuh tahun lalu.

“Melihatkan jumlah tontonan yang diraih dalam setiap video saya di YouTube, saya yakin peminat saya hanya memberi perhatian pada muzik yang dibawakan, bukannya imej,” ujarnya.

Sementara itu, lagu Andai Hatiku Bersuara telah disusun semula oleh salah seorang anggota kumpulan Hyper Act iaitu Toi untuk dijadikan sebagai singgle pertama Chomel yang kini di bawah naungan Music Valley Malaysia.

Lagu tersebut juga sudah ke udara di semua stesen radio tempatan.