Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Program UM diteruskan, Anwar tetap hadir

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kembali ke Universiti Malaya (UM), tempat di mana beliau pernah belajar, pada malam esok untuk berucap di acara pelajar walaupun dilarang oleh pentadbiran universiti itu.Program bertajuk “40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara” anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) itu menjemput Anwar selaku alumni sebagai penceramah.Namun, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UM Profesor Datuk Dr Rohana Yusof mengumumkan program itu haram dan “merosakkan imej” universiti serta mengatakan polis akan mengambil alih keselamatan universiti esok.


Bagaimanapun, perkara itu tidak akan menghalang Anwar meneruskan lawatannya ke universiti yang banyak berjasa kepadanya, daripada seorang pelajar hingga menjadi timbalan perdana menteri sebelum dipecat pada 1998.

“Program di UM akan tetap dihadiri oleh DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” kata pembantu Anwar, Dr Fahmi Ngah kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dalam pada itu, program anjuran mahasiswa itu dijangka tegang malah pihak polis dan pihak keselamatan universiti sendiri akan memantau kawasan sekitar universiti bermula jam 7 pagi esok. Semua pintu masuk dan keluar utama akan ditutup kepada orang awam bermula jam 4 pagi.

Satu salinan gambar pesanan mesej yang tersebar menerusi aplikasi Whatsapp hari ini juga didakwa wujud rancangan menggunakan kekerasan jika Anwar dihalang masuk.

Dalam perbualan kumpulan itu, seseorang bernama “Fahmi” dalam perbualan itu berkata mahasiwa akan “rempuh” jika Anwar dihalang.

Kumpulan dalam perbualan tersebut tertera “PMUM”.

Sementara itu, awal hari ini The Malaysian Insider melaporkan Presiden PMUM Fahmi Zainol, yang juga penganjur program mencabar pihak univesiti memecatnya jika tidak berpuas hati dengan program tersebut serta menegaskan rancangan asal tetap akan diteruskan.

Majlis Perwakilan Pelajar UM itu juga menjemput pelajar dari seluruh negara supaya menghadiri program tersebut.

PKR juga sebelum ini mengecam tindakan UM mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada penganjur program pidato ini dan menganggap ia tindakan “politik kolot”.

Naib Ketua Pemuda PKR Fahmi Fadzil berkata, alasan pihak pengurusan UM yang menganggap program berkenaan “cubaan mencemarkan imej universiti” juga adalah satu tindakan amat dikesali dan wajar dikecam.
- Cecair Perangsang Isteri Paling Hebat Untuk Atasi Masalah Isteri Dingin Dengan Suami Dalam Masa 10 Minit Sahaja Selepas Guna!…
- Cerahkan Puting, Tempat Sulit Wanita, Celah Paha & Ketiak Dalam Masa 3 Hari Sahaja. Hebat Dan Berkesan!…
- Hormon Wangi Pemikat Lelaki No #1 Paling Berkuasa Di Dunia Kini Di Malaysia. Dapatkan Sekarang Juga!…

“Tindakan UM ini bersifat autokratik, anti-demokratik dan memperlekeh kebolehan serta keupayaan mahasiswa untuk berfikir dan menyatakan pendapat mengenai perkembangan senario sosio-politik tanah air terkini,” katanya dalam satu kenyataan Jumaat lalu.

Selain itu, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kokjuga menyifatkan tindakan UM itu hanya menyebabkan mereka menjadi bahan ketawa orang ramai, malah Anwar sendiri adalah alumni universiti tersebut.

“Anwar Ibrahim adalah wakil yang dipilih dan ketua pembangkang di Parlimen Malaysia. Beliau boleh bercakap di ceramah dan memberi ucapan di seluruh Malaysia,” katanya.
– Minyak Urut Lelaki Paling Berkesan Untuk Saiz, Naikkan Urat Jadi Perkasa Dan Tahan Lama!…
– Mens Delay Spray Berkesan Untuk ANDA Tahan Lama Sehingga 2 Jam Selepas 15 Minit Penggunaannya. Diskaun RM30. Tempoh Terhad! …

Pidato khas dianjurkan PMUM itu dijadualkan berlangsung esok, sehari sebelum rayuan kes Liwat II melibatkan Anwar di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya.

Sebuah gabungan peratuan mahasiswa daripada 10 universiti awam dan swasta yang menentang Akta Hasutan, Mahasiwa Ganyang Akta Hasutan (Ganyang) juga menyatakan sokongan kepada PMUM dan penganjur program tersebut.

Mereka juga mempersoalkan sikap tidak bertanggungjawab pentadbiran universiti yang menghalang Anwar daripada menghadiri program tersebut.

“Jika orang awam dibenarkan masuk dan keluar UM, inikan pula alumni?” kata penaung bersama Ganyang, Adrian Lim dalam satu kenyataan hari ini.