Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Selebriti agama kata ustaz ’sokong’ acara pegang anjing rosak otak

Selebriti agama, Azhar Idrus menyifatkan umat Islam yang sengaja memegang anjing sebagai tidak berakal walaupun mengaku mempunyai pelajaran agama yang tinggi.”Ini semua adalah agenda Yahudi yang sengaja hendak memecahkan perpaduan umat Islam di negara ini.”Tidak kiralah orang itu kata di belajar agama setinggi mana pun, kalau hukum fekah sebegini pun dia tak tahu, jangan cuba hendak bercakap tentang halal haram pegang anjing,” katanya dalam satu ceramah yang dianjurkan di Terengganu petang tadi.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas mengenai penganjuran program ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ oleh Syed Azmi Alhabshi yang bertujuan membantu orang ramai, terutama masyarakat Islam, untuk mengatasi rasa takut mereka terhadap anjing.


Program itu dibanjiri ratusan umat Islam bagi memberi peluang kepada mereka untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan.

Azhar berkata, najisnya anjing bagi agama Islam termasuklah membersihkan bekas air yang diketahui menjadi tempat minuman anjing walaupun sekali jilat.

“Orang yang mengaku dirinya ustaz tu sebenarnya dah rosak otak. Cakap bab agama memang pandai tetapi otak tak ada sebab dah rosak.

“Harap-harap mereka yang dah terpedaya dengan uztaz tu segeralah kembali ke pangkal jalan sebab telah terang lagi nyata, sentuh anjing itu adalah haram hukumnya. Tak payahlah berdebat,” katanya.

Azhar Idrus mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Hj Mohd Sharif, Alor Star, Kedah. Selepas tamat pengajian di peringkat rendah, beliau menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman, Alor Star, Kedah sampai ke tingkatan 2. Apabila beliau memasuki ke tingkatan 3, beliau berpindah ke negeri kelahirannya di sekolah Inggeris, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu sampai tamat pengajian tingkatan 6. Jadi beliau tidak pernah belajar ke Sekolah Arab, Sekolah Pondok, Madrasah atau Sekolah Agama

Beliau mulai belajar agama sekitar tahun 1990 setelah rakan muziknya menghilang dan belajar agama di Patani. Sejak itu beliau mula berguru dengan Tuan Guru Hj Syed Mokhtar ; ( 40 buah kitab-kitab jawi secara talaqi) ; Tuan Guru Mohd Tahir (Khatam kitab jawi juga lebih kurang 25 buah ) ; Tuan Guru Mohd Hakim (Nahu, Sorof, Usul Fiqh, Mustolah Hadith, Usul Quran dan Balaghoh ) ; Tuan Guru Hj Hasyim ( Nahwu, Sorof, Fiqah, Tafsir dan Faraidh) ;Tuan Guru Hj Ibrahim Mesir (Sirah Nabawi dan Lughah Arabiyah) ; Tuan Guru Hj Muhammad Zubir (ilmu fiqh & nahwu) dan Tuan Guru Hj Mohd Zain ( Pondok Lubuk Pandan, Wakaf Tapai – ilmu Fiqh, Nahwu, Sorof, Tafsir dan Balahgoh).

- Cecair Perangsang Isteri Paling Hebat Untuk Atasi Masalah Isteri Dingin Dengan Suami Dalam Masa 10 Minit Sahaja Selepas Guna!…
- Cerahkan Puting, Tempat Sulit Wanita, Celah Paha & Ketiak Dalam Masa 3 Hari Sahaja. Hebat Dan Berkesan!…
- Hormon Wangi Pemikat Lelaki No #1 Paling Berkuasa Di Dunia Kini Di Malaysia. Dapatkan Sekarang Juga!…