Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Siapa Faekah? – Azmin

GOMBAK: Kenyataan media yang dibuat bekas Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI), Faekah Husin mengenai pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor tidak boleh diambil kira.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, ini kerana, keputusan beliau mengekalkan Anwar dalam jawatan itu dibuat berdasarkan mesyuarat terakhir Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

– Wangian Hormon Pemikat Wanita No #1 Paling Berkuasa Untuk Memikat. Hasil Penemuan Morgan Labs Russia. Memikat Wanita Dalam Sesaat!…
– Jus Kekal Dara Jadikan Isteri Kembali Rapat, Ketat, Padat, Sendat & Tambah Nikmat Hanya Dalam 7 Hari Sahaja! …
– Dapatkan dress cantik dengan harga murah! …KLIK DI SINI!

Katanya, ketika itu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih memegang jawatan menteri besar.

“Siapa Faekah? Dia siapa…tanya dialah.

“Saya (buat keputusan) berdasarkan minit mesyuarat pada 22 September yang dipengerusikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim…bukan Faekah Husin,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, di sini, Jumaat.

– Minyak Urut Lelaki Paling Berkesan Untuk Saiz, Naikkan Urat Jadi Perkasa Dan Tahan Lama!…
– Mens Delay Spray Berkesan Untuk ANDA Tahan Lama Sehingga 2 Jam Selepas 15 Minit Penggunaannya. Diskaun RM30. Tempoh Terhad! …

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Faekah bahawa mesyuarat terakhir MMKN bukan sahaja memutuskan pejabat Penasihat Ekonomi yang diduduki Anwar ditutup, tetapi khidmat Anwar sebagai Penasihat Ekonomi juga ditamatkan.

Faekah dalam kenyataannya turut mendakwa bahawa keputusan menamatkan khidmat Anwar adalah keputusan bersama dan beliau menerima arahan Khalid untuk mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara itu kerana pejabat Penasihat Ekonomi berada di bawah MBI.