Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

SPRM masih siasat dakwaan rasuah Azmin

KUALA LUMPUR – Dakwaan salah laku rasuah Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali ketika memegang jawatan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkata, pegawai penyiasat kes masih dalam proses mengumpulkan bukti dan keterangan berhubung isu itu.

“SPRM tidak akan mendedahkan atau memberi maklum balas berhubung siasatan ini sehingga dibawa kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Semalam, sebuah akhbar berbahasa Melayu melaporkan desakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Solidariti Abdul Khalid Ibrahim, meminta pihak SPRM mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan salah laku rasuah menteri besar Selangor itu ketika menyandang jawatan pengerusi PKNS.

Pihak yang telah membuat laporan kepada SPRM boleh menghubungi pejabat SPRM untuk mendapatkan maklum balas berhubung kes itu tanpa melalui pihak ketiga, kata Mohd Jamidan.

Sehubungan itu SPRM meminta orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian berkaitan kes berkenaan.

- Cecair Perangsang Isteri Paling Hebat Untuk Atasi Masalah Isteri Dingin Dengan Suami Dalam Masa 10 Minit Sahaja Selepas Guna!…
- Cerahkan Puting, Tempat Sulit Wanita, Celah Paha & Ketiak Dalam Masa 3 Hari Sahaja. Hebat Dan Berkesan!…
- Hormon Wangi Pemikat Lelaki No #1 Paling Berkuasa Di Dunia Kini Di Malaysia. Dapatkan Sekarang Juga!…