Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

STAFOC Turut Jejak Suspek Godam ATM

KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman kini turut terlibat dalam usaha memburu suspek warga Amerika Latin yang dipercayai mendalangi sindiket menggodam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata pasukan itu mempunyai kepakaran tersendiri dalam menjejaki suspek.

- Alat Besarkan, Kuatkan, Panjangkan Alat Lelaki No #1 Paling Laris Di UK. Kini OFFER 50% Di Malaysia!…
- Vimax Original Kanada Dari Myidaman. 300% Pemulangan Wang Kalau ANDA Beli Vimax Yang Palsu Dari Kami!!…

- Rawat Masalah Ketegangan & Mati Pucuk Suami Dengan Mudah, Pantas & Berkesan. Berusahalah Untuk Kebahagiaan!!..

STAFOC merupakan unit elit polis yang bersifat ‘multi tasking’ yang ditubuhkan Januari tahun ini dalam mengurus dan menangani kes-kes jenayah berat, jenayah bersindiket, gangsterisme, perjudian, pelacuran dan pemerdagangan manusia.

Beliau berkata setakat ini tiada pemilik akaun dilaporkan kehilangan wang mereka, katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Sindiket itu dilaporkan telah menggodam 17 mesin ATM di ibu negara, Selangor, Melaka dan Johor Baharu membabitkan kerugian lebih RM3 juta.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene, ketika dihubungi, berkata terdapat beberapa individu telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes itu.

Beliau berkata maklumat lanjut tidak boleh didedahkan supaya ia tidak mengganggu siasatan polis.