Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Tokoh sastera Melayu meninggal dunia

Mantan Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) Tan Sri Ismail Hussein meninggal dunia kira-kira jam 9.36 malam semalam di Pusat Perubatan Universiti Malaya, dipercayai akibat sakit tua.Ismail, 82, meninggalkan isteri, Puan Sri Rugayah Abdul Rashid dan empat anak – dua lelaki dan dua perempuan.Ketua Satu Gapena Prof Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar berkata Ismail merupakan seorang tokoh di bidang kesusasteraan Melayu di negara ini.


“Sepanjang mengenali Allahyarham, beliau merupakan seorang yang lemah lembut dan selalu menghulurkan pertolongan kepada orang lain.

“Manakala dari sudut kepimpinan, beliau adalah seorang pemimpin yang Berjaya membawa Gapena sehingga terkenal dalam memperjuangkan bidang kesusasteraan dan budaya Melayu di negara ini,” katanya semalam.

Allahyarham yang juga mantan Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya dilahirkan pada 30 Januari, 1932, di Kampung Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah dan menerajui Gapena bermula 1971 hingga 2013.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Seksyen 16, Petaling Jaya, 10 pagi ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara kira-kira 11 pagi.

- Alat Besarkan, Kuatkan, Panjangkan Alat Lelaki No #1 Paling Laris Di UK. Kini OFFER 50% Di Malaysia!…
- Vimax Original Kanada Dari Myidaman. 300% Pemulangan Wang Kalau ANDA Beli Vimax Yang Palsu Dari Kami!!…

- Rawat Masalah Ketegangan & Mati Pucuk Suami Dengan Mudah, Pantas & Berkesan. Berusahalah Untuk Kebahagiaan!!..