Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

UIAM dikesali kerana halang Raja Azmi berjumpa pelajar

Penulis novel KARKUMA, Raja Azmi Raja Sulaiman telah dilarang mengadakan pertemuan bersama pelajar Universiti Islam Antarabangsa Kampus Kuantan pada 18 Oktober 2014 bersempena dengan Hari Terbuka UIAM Kuantan.Menurut pihak pengurusan UIAM Kuantan, antara sebab Raja Azmi tidak dibenarkan untuk mengadakan dialog bersama pelajar ialah kerana banyak novel-novel Raja Azmi mengandungi unsur seks dan fantasi melampau.

Pihak pengurusan UIAM Kuantan juga memberitahu bahawa dalam jawapan pesanan ringkas menerusi Whatsapp bahawa “apa faedah bedah buku tu kepada mahasiswa, kenapa tidak buku-buku ilmiah yang lain?” Merpati Jingga juga diberitahu bahawa ia mencerminkan pandangan masyarakat terhadap UIA dan tidak selari dengan biah UIA.

Jelas menunjukkan bahawa pihak berwajib dalam UIAM Kuantan membuat pertuduhan yang melulu di mana Raja Azmi juga pernah menerbitkan buku-buku ajaran solat untuk kanak-kanak, buku komik Anak-Anak Sidek yang berunsurkan patriotik untuk generasi muda dan skrip-skrip drama yang berunsurkan keagamaan disamping buku novel politik yang pro kepada kerajaan pemerintah. Bahkan novel KARKUMA tidak ada halaman yang memaparkan adegan seks seperti yang didakwa.

Pihak penerbit menekankan bahawa berdasarkan jawapan pihak pengurusan UIAM tersebut, jelas menunjukkan bahawa UIAM Kampus Kuantan mempunyai sekatan dalam membenarkan seseorang itu ‘memasuki’ kampus dalam memupuk sikap matang para pelajar dan tidak mempunyai sikap yang terbuka.

Pihak penerbit juga berpandangan bahawa pihak pengurusan UIAM Kuantan seolah-seolah berperanan sebagai polis moral yang membentuk acuan yang dikehendaki pihak UIAM Kuantan.

Justeru, Merpati Jingga dengan sekaligus menarik balik penyertaan dalam semua program yang telah dipersetujui bersama UIAM Kuantan untuk acara tersebut. Hari Terbuka UIAM Kuantan merupakan acara istiadat konvokesyen institusi tersebut.

Pada masa yang sama, pihak Merpati Jingga telah mengalih penyertaan Raja Azmi pada 18 Oktober 2014 ke Kolej Matrikulasi Labuan yang mahukan penulis itu berkongsi inspirasi dalam bidang penulisan.

Merpati Jingga juga membuka kepada mana-mana kampus IPTA dan IPTS yang mahu mengadakan sessi dialog yang sama boleh menghubungi pihak Merpati Jingga bagi mempersiapkan pelajar-pelajar mereka yang berminat dalam bidang penulisan untuk mengadakan forum bersama Raja Azmi Raja Sulaiman.

– Minyak Urut Lelaki Paling Berkesan Untuk Saiz, Naikkan Urat Jadi Perkasa Dan Tahan Lama!…
– Mens Delay Spray Berkesan Untuk ANDA Tahan Lama Sehingga 2 Jam Selepas 15 Minit Penggunaannya. Diskaun RM30. Tempoh Terhad! …