Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Walau bekerja kuat di luar, Azmin tetap rajin bantu isteri di rumah

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali bukan sahaja komited kuat bekerja sebagai wakil rakyat diluar, tetapi beliau juga rajin membantu kerja-kerja di rumah.Isterinya, Shamsidar Taharin menyifatkan Mohamed Azmin sebagai seorang yang kuat bekerja serta suka melakukan dan menyiapkan kerjanya sendiri.Katanya, itu sifat semulajadi Mohamed Azmin yang sangat disenanginya kerana Mohamed Azmin merupakan seorang yang sukakan kekemasan dan kesempurnaan.

“Beliau seorang yang ‘hands-on’ sehingga saya juga jarang disuruh buat kerja-kerja rumah, beliau sendiri boleh ambil ‘vacuum’ dan lakukan tugasan membersihkan rumah terutama di hari raya.

“Sekiranya beliau ada kelapangan di rumah, dia boleh sahaja lakukan semuanya tanpa disuruh atau diminta, itulah Azmin,” cerita Shamsidar kepada Selangor Kini.

Beliau ditemui selepas majlis sumbangan Deepavali Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) di Dewan Dato’ Ahmad Razali di sini.

Mengulas lanjut, Shamsidar bagaimanapun tidak melihat pelantikan Mohamed Azmin sebagi Dato’ Menteri Besar menjarakkan hubungannya bersama keluarga terutama anak-anak.

Katanya, walaupun terdapat kekangan masa, Mohamed Azmin tetap bijak mencari waktu, malah hubungan kekeluargaannya juga sentiasa erat.

“Kadang-kala Azmin menganjurkan mesyuarat berkaitan kerjanya di rumah sahaja, untuk dekat dengan keluarga.
– Wangian Hormon Pemikat Wanita No #1 Paling Berkuasa Untuk Memikat. Hasil Penemuan Morgan Labs Russia. Memikat Wanita Dalam Sesaat!…
– Jus Kekal Dara Jadikan Isteri Kembali Rapat, Ketat, Padat, Sendat & Tambah Nikmat Hanya Dalam 7 Hari Sahaja! …
– Dapatkan dress cantik dengan harga murah! …KLIK DI SINI!

“Malah, dalam kesibukannya baru-baru ini beliau juga sempat menyambut hari jadi anaknya, walaupun bukan pada tarikh sepatutnya, ingatan dan luangan masa beliau sudah memadai.

“Beliau memang ingat tarikh-tarikh penting, lagipun dia ada enam anak, semua saling mengingati, jadi mana boleh dia tidak ingat,” selorohnya.