Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Zaid kesal ada pihak di Malaysia takut Melayu menjadi cerdik

Mengimbas lebih 2,000 tahun, Datuk Zaid Ibrahim mengumpamakan keadaan semasa di Malaysia dengan Athens di mana pemimpinnya menghukum Socrates kerana mempromosikan ‘idea berbahaya’ kepada anak muda.Socrates, kata bekas menteri undang-undang itu, sebaliknya hanya meminta warga Athens mengemukakan soalan.Sama dengan keadaan sekarang, kata Zaid, orang Islam di Malaysia tidak dibenarkan mendengar pandangan berbeza kerana mereka kemudiannya mungkin belajar bertanya soalan.

Beliau mendakwa pemimpin yang ada sungguh mengecewakan dan mementingkan diri sendiri.

Menulis di blognya, Zaid turut membangkitkan persoalan bagaimana orang Melayu dan Islam akan menjalankan kewajipan mereka jika mindanya kaku.

“Bagaimana mereka akan lakukannya tanpa kemampuan berfikir secara kritikal dan bertanya soalan?

“Apa yang mereka tahu bagaimanapun menerima membuta tuli segala ritual yang diluluskan Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), tetapi ini tidak akan memacu minda aktif yang diperlukan untuk menjadikan umat Islam lebih bijak dan kreatif.

“Kita tidak boleh mengimport orang bijak dari luar negara setiap masa. Terdapat hadnya setakat mana kita boleh bergantung kepada McKinsey dan perunding mahal lain,” katanya.

Bekas menteri kabinet itu mengulas keputusan kerajaan menyekat tokoh Islam Liberal Indonesia Ulil Abshar Abdalla memasuki Malaysia.

Ulil sepatutnya menghadiri diskusi meja bulat membincangkan persoalan ancaman fundamentalisme agama anjuran sebuah NGO.

Kerajaan menyekat kemasukannya setelah menerima asakan kumpulan Islam yang tidak berpuas hati dan curiga dengannya.

– Wangian Hormon Pemikat Wanita No #1 Paling Berkuasa Untuk Memikat. Hasil Penemuan Morgan Labs Russia. Memikat Wanita Dalam Sesaat!…
– Jus Kekal Dara Jadikan Isteri Kembali Rapat, Ketat, Padat, Sendat & Tambah Nikmat Hanya Dalam 7 Hari Sahaja! …
– Dapatkan dress cantik dengan harga murah! …KLIK DI SINI!