Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Category — Agensi Kerajaan

Polis sedang mengesan sekolah aksi buli

Polis setiap negeri sedang giat mengesan sekolah dan pelajar yang terlibat dalam dua klip video aksi buli yang tersebar di laman sosial, baru-baru ini.Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan berkata, arahan khusus telah diberikan kepada semua pesuruhjaya polis dan ketua polis negeri bagi mengesan perkara tersebut.

[Read more →]

November 6, 2014   No Comments

PM Belanda tiba di Malaysia dengan menaiki pesawat awam MAS

Malaysia dan Belanda berjanji untuk terus sama-sama bekerja rapat bagi membawa mereka yang bertanggungjawab dalam nahas Penerbangan MH17 ke muka pengadilan.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia adalah komitmen yang dipersetujui kedua-dua kerajaan dan kini adalah masa untuk memastikan ia tercapai.”Kita boleh bergantung kepada Mark Rutte atas persahabatan dan kerjasama beliau.

[Read more →]

November 6, 2014   No Comments

Mufti kesal pencuri dibogel dan diaibkan di masjid Kelantan

Kota Bharu: Padah mencuri motosikal, seorang pelajar tingkatan tiga dicederakan dan dibogel penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis di Masjid Pauh Lima, Binjai, di sini, malam tadi.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, pelajar terbabit dikatakan cuba melarikan sebuah motosikal milik kariah masjid itu berusia 61 tahun yang dikatakan solat Isyak.

[Read more →]

November 5, 2014   No Comments

MetMalaysia akui fenomena puting beliung suatu misteri

ALOR SETAR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengakui fenomena pembentukan puting beliung yang terlalu kerap terjadi di Kedah sejak akhir-akhir ini sebagai suatu ‘misteri’ yang perlu dirungkai terutama dalam mencari punca pembentukannya di negeri ini.Bagaimanapun, Pegawai Meteorologi Kanan Pusat Cuaca Nasional MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, tidak menolak kemungkinan kekerapan pembentukan puting beliung di negeri ini pada kadar yang kerap iaitu tiga kes dalam tempoh hampir sebulan, mempunyai kaitan dengan perubahan monsun.

[Read more →]

November 5, 2014   No Comments

Kelantan anjur acara pegang ular hanya untuk ingat azab kubur

Muzium Negeri Kelantan menganjurkan pameran dan pertunjukan ular selama sebulan bertemakan “I want touch a snake” bermula semalam tidak berapa lama selepas program kontroversi “I want to touch a dog”.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Datuk Hassan Mohamood berkata selain dapat memperkenalkan ciptaan Allah, ia juga mengingatkan manusia dengan azab kubur nanti.

[Read more →]

November 5, 2014   No Comments

Najib: Kerajaan keluar notis untuk NFC bayar ansuran pinjaman

Kerajaan telah mengeluarkan notis penamatan kontrak atas kegagalan National Feedlot Corporation (NFCorp) membayar balik ansuran pinjaman berjumlah RM250 juta bagi tahun 2014.Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam jawapan bertulis kepada Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) berkata kerajaan telah mengeluarkan notis berkenaan kepada NFCorp pada 5 Mei tahun ini, dengan memberikan tempoh selama 90 hari agar syarikat berkenaan membayar ansuran pinjaman mereka.

[Read more →]

November 5, 2014   No Comments

MH17: PM Belanda tiba di Malaysia

Perdana Menteri Belanda Mark Rutte tiba di sini pada Rabu untuk lawatan rasmi sehari di Malaysia bagi membincangkan perkembangan terkini berkaitan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh.Rutte tiba dengan menaiki pesawat MAS penerbangan MH19 di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 7.30 pagi dan disambut oleh Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri.

[Read more →]

November 5, 2014   No Comments

Hujah penutup Shafee penuh lawak jenaka

Shahbudin Husin

Peguam terkenal, Shafee Abdullah yang dilantik khusus oleh Jabatan Peguam Negara bagi menjalankan tugas pendakwaan bagi rayuan kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan telah pun menamatkan pusingan pertama pembentangan hujah-hujahnya petang semalam.Sebelum itu, pihak pembela sudah pun mengemukakan hujah pembelaannya dalam usaha memastikan sabitan lima tahun penjara keatas Ketua Pembangkang, digugurkan.

[Read more →]

November 5, 2014   No Comments

Presiding officer already biased in FB comment, how can judge Major Zaidi?

The military court hearing Major Zaidi Ahmad’s trial for making public statements over indelible ink used in last year’s general election (GE13) should be dissolved because its presiding officer had shown bias against the accused in a comment posted online, the defence said today.The court-martial hearing, led by presiding officer Col Saadon Hasnan was already prejudiced against Zaidi as Saadon had posted an “unfavourable comment” against the accused in an article in a news portal, defence lawyer Mohd Hanipa Maidin said.

[Read more →]

November 5, 2014   No Comments

Hanya anak penerima BR1M layak terima PTPTN penuh

Hanya pelajar yang ibu bapa mereka merupakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan menerima pinjaman penuh daripada Perdananan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana badan itu telah mula menguatkuasakan syarat berkenaan.Langkah tersebut telah berkuat kuasa Sabtu lalu, ia menyaksikan pengurangan sebanyak 5 peratus bagi pinjaman di institusi pendidikan tinggi awam dan pengurangan sebanyak 15 peratus di institusi pendidikan swasta.

[Read more →]

November 5, 2014   No Comments