Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Category — Artis

Ras Adiba dilaporkan terlantar di ICU

Pengacara televisyen popular, Ras Adiba Radzi dilaporkan terlantar di hospital akibat masalah kesihatan yang dihadapinya.Melalui sebuah tulisan di laman Facebook milik adiknya, Ras Afiona Radzi, kakaknya kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital akibat demam sejak semalam.“Hai semua.. Kakak saya Ras Adiba Radzi kini berada di wad ICU (Unit Rawatan Kecemasan) .. Dia mengalami demam dan sawan malam tadi.

[Read more →]

October 1, 2014   Comments Off

Aliff Aziz tolak dakwaan beliau mencuri dua telefon bimbit

Penyanyi Aliff Aziz menafikan dia telah mencuri dua buah telefon bimbit namun mengakui ditahan pihak berkuasa Singapura bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.Aliff, 22, memberitahu, ketika kejadian dia berada di tempat yang salah dan menjadi polisi biasa pihak berkuasa di Singapura untuk menahan semua suspek yang berada di lokasi serbuan bagi menjalankan siasatan.”Saya mengaku ditahan oleh pihak berkuasa ekoran kes kecurian telefon bimbit seperti mana didakwa tetapi saya tidak melakukan kesalahan itu.

[Read more →]

October 1, 2014   Comments Off

Mizz Nina mulai meninggalkan dunia nyanyian,tumpu dunia fesyen

Sejak membuat keputusan berhijab, Mizz Nina perlahan-lahan meninggalkan dunia nyanyian. Bagaimanapun cintanya terhadap dunia fesyen masih kuat. Selepas jenama fesyennya Medeena berjaya mencuri tumpuan ramai sewaktu di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur pada Jun lalu, kini Mizz Nina mengorak langkah mengembangkan lagi perniagaannya membuka sebuah butik, Madeena Boutique & Cafe.Jelas Nina, sudah lama dia mengimpikan untuk membuka butik tersebut apatah lagi selepas melihat sambutan hangat terhadap jenama tersebut menerusi perniagaan online sebelum ini. Usaha mahu merealisasikan hasrat tersebut dimulakan kira-kira dua tahun yang lalu.

[Read more →]

September 26, 2014   Comments Off

Pengarah Filem Jamil Sulong Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Pengarah filem veteran, Datuk Jamil Sulong,88, meninggal dunia di rumah anaknya di Bukit Utama Damansara, di sini kira-kira pukul 9.35 malam Khamis.

[Read more →]

September 25, 2014   Comments Off

Azwan Ali mahu dirinya dihormati

Nama pengacara sensasi, Azwan Ali, tiba-tiba menjadi sebutan sebaik sahaja abangnya, Mohamed Azmin dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.Dikatakan bakal menumpang tuah abangnya itu, Azwan bukan sahaja meraih lebih populariti bahkan turut mencetuskan ‘viral’ di laman-laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter.Enggan mengulas mengenai kejayaan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor, Azwan bagaimanapun memohon agar semua pihak menghormati dirinya.

[Read more →]

September 24, 2014   Comments Off

Dafi nafi guna pengaruh bapa dalam kerjaya

Bergelar anak VVIP bukan tiket buat penyanyi dan pelakon Dafi dengan mudahnya boleh menghasilkan album dan dilantik sebagai duta pelbagai produk.Bercakap kepada media, pemuda berusia 26 tahun ini menegaskan sejak mula dia melangkah masuk menerusi program realiti Akademi Fantasia (AF5) dan menapak nama di industri seni tanah air, semua itu atas usahanya sendiri. Terbaru, Dafi dilantik sebagai duta U Mobile.

[Read more →]

September 19, 2014   Comments Off

Rumahtangga Raja Azmi-Eddie CRK meretak menunggu belah?

Sekitar Oktober 2013 lalu, perkahwinan Raja Azmi dan Mohd Eddie Ghazali mendapat perhatian ramai peminat selepas kisah percintaan mereka menjadi perbualan sepanjang tahun. Namun langit tidak cerah lama buat pasangan ini apabila ada berita kurang senang didengari. Bercakap kepada portal Murai hari ini, Raja Azmi mengakui yang beliau dan suaminya itu sudah sebulan tidak tinggal bersama kerana terjadi salah faham antara mereka selain turut mengakui masing masing kini lebih senang membawa haluan sendiri.

[Read more →]

September 17, 2014   Comments Off

Alif Satar kini bergelar suami

Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Alif Satar akhirnya bergelar suami kepada Sha Dila Halid, 30, dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Perdana Felda, di sini pada Isnin.Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Zaki Mahmood kira-kira pukul 11.40 pagi.

[Read more →]

September 15, 2014   Comments Off

David Teo nafi berhutang dengan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal

Penerbit filem Metrowealth International Group (MIG) iaitu David Teo menyifatkan isu pihaknya tidak menjelaskan bayaran baki duit lakonan Aeril Zafrel dan isteri, Wawa Zainal termasuk duit duta produk yang bernilai puluhan ribu ringgit sebagai mengarut.David berkata, memandangkan pasangan itu menamatkan kontrak lebih awal tanpa membuat perbincangan, mereka tidak layak bertanyakan sebarang bayaran yang tertunggak.

[Read more →]

September 11, 2014   Comments Off

Iqram Dinzly mengaku benar-benar belasah Ayu Raudhah

Tindakan pelakon Iqram Dinzly melakonkan babak memukul Ayu Raudhah di dalam filem ‘Lagenda Budak Setan 3: Kasyah (LBS) telah dikatakan keterlaluan lantas menimbulkan rasa kurang senang suami aktres itu, iaitu Zaquan Adha.Bercakap kepada sebuah akhbar tempatan, Iqram mengakui benar-benar membelasah pelakon Ayu Raudhah namun ianya sekadar lakonan bagi menghidupkan wataknya di dalam filem arahan Sharad Sharan itu.

[Read more →]

September 11, 2014   Comments Off