Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Category — Berita Bahasa Melayu

Dr Mahathir dakwa orang lama sendiri penghalang Gen-Y ceburi Umno

Umno Selangor perlu berubah dengan melakukan pembubaran dan penyusunan semula terutama dengan bersedia menerima ramai ahli baru, termasuk yang berbakat, kata Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya hari ini.Kata bekas perdana menteri itu, pemimpin Umno Selangor mesti perlu terima hakikat yang mereka perlu berundur selepas mengalami kekalahan dalam pilihan raya umum ke-12 (PRU12) dan PRU13.”Pemimpin Umno biasanya tidak suka menerima ahli baru yang berbakat kerana takut mereka dicabar dan hilang jawatan atau tidak dapat jadi calon pilihan raya.

[Read more →]

November 6, 2014   No Comments

Polis sedang mengesan sekolah aksi buli

Polis setiap negeri sedang giat mengesan sekolah dan pelajar yang terlibat dalam dua klip video aksi buli yang tersebar di laman sosial, baru-baru ini.Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan berkata, arahan khusus telah diberikan kepada semua pesuruhjaya polis dan ketua polis negeri bagi mengesan perkara tersebut.

[Read more →]

November 6, 2014   No Comments

PM Belanda tiba di Malaysia dengan menaiki pesawat awam MAS

Malaysia dan Belanda berjanji untuk terus sama-sama bekerja rapat bagi membawa mereka yang bertanggungjawab dalam nahas Penerbangan MH17 ke muka pengadilan.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia adalah komitmen yang dipersetujui kedua-dua kerajaan dan kini adalah masa untuk memastikan ia tercapai.”Kita boleh bergantung kepada Mark Rutte atas persahabatan dan kerjasama beliau.

[Read more →]

November 6, 2014   No Comments

Mufti kesal pencuri dibogel dan diaibkan di masjid Kelantan

Kota Bharu: Padah mencuri motosikal, seorang pelajar tingkatan tiga dicederakan dan dibogel penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis di Masjid Pauh Lima, Binjai, di sini, malam tadi.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, pelajar terbabit dikatakan cuba melarikan sebuah motosikal milik kariah masjid itu berusia 61 tahun yang dikatakan solat Isyak.

[Read more →]

November 5, 2014   No Comments

MetMalaysia akui fenomena puting beliung suatu misteri

ALOR SETAR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengakui fenomena pembentukan puting beliung yang terlalu kerap terjadi di Kedah sejak akhir-akhir ini sebagai suatu ‘misteri’ yang perlu dirungkai terutama dalam mencari punca pembentukannya di negeri ini.Bagaimanapun, Pegawai Meteorologi Kanan Pusat Cuaca Nasional MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, tidak menolak kemungkinan kekerapan pembentukan puting beliung di negeri ini pada kadar yang kerap iaitu tiga kes dalam tempoh hampir sebulan, mempunyai kaitan dengan perubahan monsun.

[Read more →]

November 5, 2014   No Comments

Kelantan anjur acara pegang ular hanya untuk ingat azab kubur

Muzium Negeri Kelantan menganjurkan pameran dan pertunjukan ular selama sebulan bertemakan “I want touch a snake” bermula semalam tidak berapa lama selepas program kontroversi “I want to touch a dog”.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Datuk Hassan Mohamood berkata selain dapat memperkenalkan ciptaan Allah, ia juga mengingatkan manusia dengan azab kubur nanti.

[Read more →]

November 5, 2014   No Comments

Najib: Kerajaan keluar notis untuk NFC bayar ansuran pinjaman

Kerajaan telah mengeluarkan notis penamatan kontrak atas kegagalan National Feedlot Corporation (NFCorp) membayar balik ansuran pinjaman berjumlah RM250 juta bagi tahun 2014.Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam jawapan bertulis kepada Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) berkata kerajaan telah mengeluarkan notis berkenaan kepada NFCorp pada 5 Mei tahun ini, dengan memberikan tempoh selama 90 hari agar syarikat berkenaan membayar ansuran pinjaman mereka.

[Read more →]

November 5, 2014   No Comments

MH17: PM Belanda tiba di Malaysia

Perdana Menteri Belanda Mark Rutte tiba di sini pada Rabu untuk lawatan rasmi sehari di Malaysia bagi membincangkan perkembangan terkini berkaitan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh.Rutte tiba dengan menaiki pesawat MAS penerbangan MH19 di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 7.30 pagi dan disambut oleh Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri.

[Read more →]

November 5, 2014   No Comments

Mat Yo sah tinggalkan JDT

Pemain kontroversi Piala Malaysia 2014, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo mengesahkan meninggalkan pasukannya JDT untuk saingan musim akan datang dan memilih berpindah ke ATM.Mat Yo akan bergandingan kembali dengan bekas jurulatihnya di Kelantan, B.Sathianathan.“Ya, saya akan bermain untuk ATM musim hadapan kerana saya ingin memulihkan karier saya selepas banyak menghabiskan masa ditepi padang (musim ini),” katanya.

[Read more →]

November 5, 2014   No Comments

Gara-gara makanan, bekas menteri tidak terbuka lantas melarang pelanggan datang

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin bertindak melarang Pegawai Khas Menteri Belia Sukan, Khairy Jamaluddin iaitu Zeifry Ibrahim masuk ke restoran miliknya, Zam Newsroom Café di Putrajaya buat selamanya sebagai pengajaran selepas individu terbabit didakwa mengutuk di laman sosial, Facebook.Merujuk laman blog, zamkata.blogspot.com, beliau mengambil keputusan terhadap pegawai berkenaan selepas menimbang semua aspek sambil menyatakan tidak wajar baginya mengambil tindakan undang-undang sebaliknya, mahu kejadian berkenaan dijadikan contoh.

[Read more →]

November 5, 2014   No Comments