Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Category — Hiburan

Hospital KPJ dikesali taja bersalin orang kaya macam Che Ta? Taja hasil wang pesakit terpaksa bayar mahal??

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor meminta Hospital Ampang Puteri milik Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) supaya menimbang semula tajaan bersalin kepada pelakon jelita Rozita Che Wan.Penyelaras SAMM Johor Hadzril Rizal berkata ia memandangkan artis yang mesra dengan panggilan Che Ta itu berkemampuan membiayai sendiri urusan bersalin.”…sedangkan ramai lagi rakyat negeri Johor yang langsung tidak dapat menikmati apa-apa keistimewaan di pusat-pusat perubatan milik KPJ.
[Read more →]

October 17, 2014   Comments Off

Azwan Ali mahu dirinya dihormati

Nama pengacara sensasi, Azwan Ali, tiba-tiba menjadi sebutan sebaik sahaja abangnya, Mohamed Azmin dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.Dikatakan bakal menumpang tuah abangnya itu, Azwan bukan sahaja meraih lebih populariti bahkan turut mencetuskan ‘viral’ di laman-laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter.Enggan mengulas mengenai kejayaan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor, Azwan bagaimanapun memohon agar semua pihak menghormati dirinya.

[Read more →]

September 24, 2014   Comments Off

Dafi nafi guna pengaruh bapa dalam kerjaya

Bergelar anak VVIP bukan tiket buat penyanyi dan pelakon Dafi dengan mudahnya boleh menghasilkan album dan dilantik sebagai duta pelbagai produk.Bercakap kepada media, pemuda berusia 26 tahun ini menegaskan sejak mula dia melangkah masuk menerusi program realiti Akademi Fantasia (AF5) dan menapak nama di industri seni tanah air, semua itu atas usahanya sendiri. Terbaru, Dafi dilantik sebagai duta U Mobile.

[Read more →]

September 19, 2014   Comments Off

Rumahtangga Raja Azmi-Eddie CRK meretak menunggu belah?

Sekitar Oktober 2013 lalu, perkahwinan Raja Azmi dan Mohd Eddie Ghazali mendapat perhatian ramai peminat selepas kisah percintaan mereka menjadi perbualan sepanjang tahun. Namun langit tidak cerah lama buat pasangan ini apabila ada berita kurang senang didengari. Bercakap kepada portal Murai hari ini, Raja Azmi mengakui yang beliau dan suaminya itu sudah sebulan tidak tinggal bersama kerana terjadi salah faham antara mereka selain turut mengakui masing masing kini lebih senang membawa haluan sendiri.

[Read more →]

September 17, 2014   Comments Off

Alif Satar kini bergelar suami

Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Alif Satar akhirnya bergelar suami kepada Sha Dila Halid, 30, dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Perdana Felda, di sini pada Isnin.Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Zaki Mahmood kira-kira pukul 11.40 pagi.

[Read more →]

September 15, 2014   Comments Off

David Teo nafi berhutang dengan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal

Penerbit filem Metrowealth International Group (MIG) iaitu David Teo menyifatkan isu pihaknya tidak menjelaskan bayaran baki duit lakonan Aeril Zafrel dan isteri, Wawa Zainal termasuk duit duta produk yang bernilai puluhan ribu ringgit sebagai mengarut.David berkata, memandangkan pasangan itu menamatkan kontrak lebih awal tanpa membuat perbincangan, mereka tidak layak bertanyakan sebarang bayaran yang tertunggak.

[Read more →]

September 11, 2014   Comments Off

Hattan jadi Pengetua AF2014

Konsert pertama #AF2014 telah pun membuka tirainya secara rasmi malam Ahad dengan menyaksikan persembahan hebat 12 pelajar #AF2014.Konsert yang bersiaran secara langsung semalam di Auditorium Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) telah menyaksikan kesemua pelajar #AF2014 terselamat dan tiada penyingkiran.Selain itu, di konsert pertama ini juga nama pengetua #AF2014 telah diumumkan iaitu Dato’ Hattan.

[Read more →]

September 8, 2014   Comments Off

Ramli MS dan Alyah berkemungkinan boleh dipenjarakan

Pengarah muzik Datuk Ramli MS sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya dengan penyanyi Alyah dalam masa enam bulan selepas tarikh mereka bernikah mengikut Seksyen 31 Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2013.Penolong Pengarah Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarof, berkata, kegagalan pasangan itu berbuat demikian dalam tempoh ditetapkan boleh disabitkan sebagai kesalahan selain dikenakan penalti.

[Read more →]

September 5, 2014   Comments Off

Rita Rudaini: Tuntutan tinggi untuk anak, bukan sebab mata duitan

“Saya bukannya mata duitan ataupun materialistik sebaliknya apa yang saya perjuangkan ini adalah untuk menuntut hak demi masa depan anak-anak.“Jumlah tuntutan mutaah dan nafkah tertunggak mencecah setengah juta ringgit ini difailkan selepas saya berbincang lanjut dengan peguam.“Bagaimanapun, jumlah itu tidak termasuk dengan tuntutan nafkah anak sebanyak RM5,392 sebulan dan untuk nafkah edah yang masih dalam perbincangan dengan peguam lagi,” kata pelakon terkenal Rita Rudaini Mokhtar, 38.

[Read more →]

September 3, 2014   Comments Off

Pengacara Melodi kesal diri didiskriminasi kerana ‘berbadan besar’

Pengacara ‘Melodi’ iaitu Sherry Alhadad kesal apabila segelintir penonton rancangan itu masih mempunyai sikap diskriminasi terhadap kekurangan fizikal seseorang artis khususnya individu berbadan besar berbanding bakat yang ditonjolkan.Bercakap kepada mStar online, Sherry,30, berkata, lemparan kata-kata hinaan di laman sosial bersifat negatif seperti itu akan membuatkan wanita-wanita berbadan besar lain menjadi kurang keyakinan untuk berada di khalayak.

[Read more →]

September 3, 2014   Comments Off