Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Category — Organisasi

Dr Mahathir dakwa orang lama sendiri penghalang Gen-Y ceburi Umno

Umno Selangor perlu berubah dengan melakukan pembubaran dan penyusunan semula terutama dengan bersedia menerima ramai ahli baru, termasuk yang berbakat, kata Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya hari ini.Kata bekas perdana menteri itu, pemimpin Umno Selangor mesti perlu terima hakikat yang mereka perlu berundur selepas mengalami kekalahan dalam pilihan raya umum ke-12 (PRU12) dan PRU13.”Pemimpin Umno biasanya tidak suka menerima ahli baru yang berbakat kerana takut mereka dicabar dan hilang jawatan atau tidak dapat jadi calon pilihan raya.

[Read more →]

November 6, 2014   No Comments

Azmin saran mufti dan MAIS bertemu SIS

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mencadangkan Mufti Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor supaya membuat pertemuan dengan wakil Sisters in Islam (SIS) bagi mengelak kekeliruan dan salah faham masyarakat.Katanya cadangan tersebut dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.“Saya berharap dengan konsultasi dan pertemuan yang dijalankan tanpa prasangka, akan membantu untuk membawa suasana harmoni sepertimana yang dianjurkan oleh Islam,” katanya.

[Read more →]

November 5, 2014   No Comments

PSM sahkan tidak menyertai Pakatan Rakyat

Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah membuat keputusan untuk tidak menyertai Pakatan Rakyat selepas dua tahun menunggu, kata Setiausaha Agung parti S. Arutchelvan. “Pada dasarnya, kita bukan sebahagian daripada Pakatan, dan kita memutuskan tidak mahu menjadi sebahagian daripada mereka.”Kita akan tetap bekerja dengan mereka dalam beberapa program seperti kempen menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST),” kata Arutchelvan.

[Read more →]

November 5, 2014   No Comments

Kerajaan pusat beku akaun dan harta PPS

Menteri Dalam Negeri mengisytiharkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff dalam satu kenyataan hari ini berkata pengisytiharan yang dibuat semalam (3 November) itu mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966.Beliau berkata peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] adalah berkaitan kuasa menteri dalam mengisytiharkan sesebuah pertubuhan sebagai menyalahi undang-undang.

[Read more →]

November 4, 2014   No Comments

Penganalisis lihat Selangor kekal bawah PR kerana Umno ramai panglima ‘perang’

Umno Selangor yang berpuak-puak, komponen Barisan Nasional (BN) lemah dan pengundi bandar yang setia kepada Pakatan Rakyat (PR) merupakan antara sebab gabungan parti pemerintah itu mungkin gagal memenangi kembali Selangor pada pilihan raya akan datang, kata penganalisis dan ahli politik.Walaupun hebat bunyi ceramah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggembleng rancangan menawan semula Selangor, pemerhati percaya negeri terkaya di Malaysia itu akan kekal bersama PR dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14), yang mesti diadakan selewat-lewatnya pada 2018.

[Read more →]

November 3, 2014   No Comments

Isu PAS keluar PR : Pemimpin PR akan berbincang

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama pemimpin tertinggi pakatan rakyat berhubung desakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu PAS keluar daripada gabungan pembangkang itu.Mohamed Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR, berkata perkara itu merupakan masalah dalaman parti dan berharap ia dapat diselesaikan segera.

[Read more →]

October 1, 2014   Comments Off

Hadi hits out at PAS critics

Party president put those who had tried to dilute the views of the ulama in their place, telling them there will be no compromise on the party’s Islamic struggle.Datuk Seri Abdul Hadi Awang has lost weight – some 10kg, it seems. He is on a special diet of more vegetables, no sugary drinks, less meat and fish, and, for some strange reason, he has to control his water intake.His old fire-and-brimstone speaking style also seems to have been replaced by a more sedate tone. It is probably doctor’s orders – too much excitement is not good for his heart.

[Read more →]

September 19, 2014   Comments Off

Bajet 2015: Bonus kakitangan awam untuk 2 bulan?

Cuepacs berharap pada pembentangan Belanjawan Negara 2015, kerajaan dapat mempertimbangkan pemberian bonus sebanyak dua bulan kepada penjawat awam.Presidennya, Azih Muda berkata, permintaan berkenaan memandangkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang dicatat negara kini antara yang tertinggi.Menurutnya, pemberian bonus itu diminta berdasarkan indeks penunjuk prestasi (KPI) sektor awam yang menunjukkan peningkatan sejak akhir-akhir ini.

[Read more →]

September 18, 2014   Comments Off

ROS: Nama Presiden PasMa dalam rekod bukannya Pahrolrazi

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) hanya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Mohammad Razin Abdullah berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan supaya PasMa didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan politik yang sah selaras Akta Pertubuhan 1966.”Namun sekiranya PasMa berhasrat dan mempunyai niat serta tujuan untuk menyertai aktiviti politik pertubuhan tersebut hendaklah membuat permohonan sebagai sebuah pertubuhan politik yang sah sebelum ia boleh bergerak secara sah di dalam negara,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

[Read more →]

September 11, 2014   Comments Off

Pahrolrazi dedah sebab penubuhan PasMa

Presiden NGO Persatuan Ummah Sejahtera (Pasma), Datuk Pahrolrazi Zawawi berkata, penubuhan Pasma adalah kerana NGO tersebut bimbang dengan nasib yang menimpa Pakatan Rakyat sekarang.Pahrolrazi berkata, PR adalah aset yang tidak ternilai kepada Malaysia, oleh sebab itu Pasma ditubuhkan bagi mengelak PR terkubur.”Kita (Pasma) tidak mahu PR runtuh. Kalau PR jatuh kita akan kembali kepada zaman 50-an dan 60-an dahulu di mana rakyat tiada pilihan.

[Read more →]

September 9, 2014   Comments Off