Archive for the ‘Penulis: Shaharul Shafie’ Category

Najib kehabisan talian hayat?PRU Sept?

Posted by admin on May 1st, 2012

Shaharul Shafie
Pasti ramai yang membaca tajuk artikel ini tertanya-tanya apakah penulis akan membawa arah penulisan beliau dengan meramalkan bahawa parti pemerintah Barisan Nasional (BN) akan melabuhkan tirainya selepas hampir 55 tahun berkuasa. Ada pembaca pasti mengandaikan penulis ini berkemungkinan seorang penyokong ataupun seorang yang bersimpati dengan pembangkang  di Parlimen yang juga kerajaan yang dipilih di [...]

Jika PR kalah pun, biarlah bergaya

Posted by admin on April 15th, 2011

Shaharul Shafie
Akhirnya, setelah berhari-hari dan berbulan-bulan menunggu, rakyat Sarawak memiliki semula kuasa penentu di tangan mereka bagi memilih kerajaan negeri yang baru. Kempen rasmi pihak-pihak yang bertanding telah bermula sejak selesainya proses penamaan calon pada 6 April yang lalu. Namun, kempen-kempen yang lebih rancak melalui media internet dan sesi ceramah lawatan pemimpin terutamanya dari pihak [...]

Malapetaka jika Utusan pecat Hata

Posted by admin on January 17th, 2011

Shaharul Shafie
Hari ini adalah merupakan permulaan kepada hari penentu kepada Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari yang sebelum ini telah digantung tugasnya di Utusan Melayu (M) Bhd di atas dakwaan ‘mencemarkan’ imej syarikat. Rata-rata melihat omong-omong perbicaraan dalaman yang dibuat oleh pengurusan Utusan ini hanyalah sebagai satu cara langkah biasa yang perlu dipatuhi sebelum [...]

Ada baiknya Khairy ‘berehat’ dulu

Posted by admin on January 6th, 2011

Shaharul Shafie
Akhirnya, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dilaporkan bersedia untuk ‘berehat’ dari politik buat sementara waktu untuk beberapa tujuan dan sebab. Namun begitu, tidak mengejutkan jika Khairy yang lebih mesra dikenali di kalangan media dan ornag politik sebagai KJ yang merasakan beliau perlu berehat kerana melihat harapannya untuk maju lebih hadapan di dalam politik Umno [...]

Khusrin: BN belum belajar dari tsunami

Posted by admin on December 29th, 2010

Shaharul Shafie
Tindakan yang dibuat oleh kerajaan pusat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara dilihat akan memberi impak kepada pemulihan persepsi rakyat kepada sejauh mana kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) itu selama ini belajar dari kesilapan sebelum hampir ditenggelami oleh tsunami politik 2008. Di saat Umno dan BN semakin kembali kuat [...]

PRK Tenang tentukan tarikh PRU13?

Posted by admin on December 19th, 2010

Shaharul Shafie

Sekali lagi negara bakal melihat satu lagi pilihanraya kecil yang akan diadakan selewat-lewatnya sebelum perayaan Tahun Baru Cina tahun hadapan apabila penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Sulaiman Taha bagi DUN Tenang di Johor meninggal dunia semalam akibat komplikasi selepas berada di Hospital Pakar Ampang Puteri lebih dari sebulan yang lalu. PRK ini [...]

‘Kuasa Ketiga’ ubah politik negara?

Posted by admin on December 15th, 2010

Shaharul Shafie
Hari ini kita digemparkan apabila secara rasminya blogger yang penuh kontroversi, Raja Petra Kamaruddin (gambar fail) atau lebih dikenali sebagai RPK mengumumkan buat pertama kalinya nama seorang peguam, Malik Imtiaz Sarwar sebagai antara calon ‘beliau’ yang bakal mewakili pihak Kuasa Ketiga di dalam pilihanraya umum akan datang. Bukan itu sahaja, RPK yang menjadi penyokong [...]

Pengangguran & Modal insan Malaysia

Posted by admin on November 19th, 2010

Shaharul Shafie
Bahagian Kedua
Modal insan gagal dipupuk oleh kerajaan di kalangan majikan
Situasi di dalam sektor sumber manusia hari ini juga sedikit sebanyak tidak mempunyai ruang yang cukup untuk maju dalam kerjaya. Inilah kelemahan dasar modal insan atau ’human capital’ negara ini yang menyaksikan Malaysia telah jatuh ke belakang di dalam amalan modal insan di dalam organisasinya [...]

Banjir Kedah sengaja dijadikan isu politik

Posted by admin on November 7th, 2010

Akhirnya kerana murka dan kecewa dengan nasib rakyat Kedah yang menjadi mangsa di dalam masalah banjir besar di negeri itu, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim tidak mampu membendung lagi perasaan baginda dengan permainan politik oleh golongan tertentu yang dilihat cuba memanipulasikan keadaan semasa untuk kemenangan atau kepentingan kelangsungan politik mereka sendiri. Gambar kiri: Keadaan Lapangan [...]

Kemenangan BN di Galas dijangka

Posted by admin on November 5th, 2010

Shaharul Shafie
Apa sebenarnya yang berlaku di Galas? Pastinya Umno dan Barisan Nasional (BN) kini merayakan kemenangan mereka kerana berjaya menambah majoriti sekaligus merampas kerusi kembali tersebut dari lawan mereka iaitu PAS. Sebelum ini, saya tidak menulis sangat mengenai apa-apa perkembangan semasa kempen di Galas mahu pun di Batu Sapi jika dibandingkan semasa pilihanraya kecil di [...]