Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Category — Penulis: Shahbudin Husin

Tak perlu keluar PR, PAS hanya perlu tukar pemimpinnya

Shahbudin Husin

Kedudukan Pas dalam gabungan Pakatan Rakyat atau PR boleh dikira paling genting ketika ini. Selain ada suara daripada luar parti itu yang mahu Pas keluar daripada PR, dalam masa yang sama wujud pula suara daripada dalam Pas sendiri yang mahu parti itu berbuat tindakan yang sama.Suara daripada luar ini berbagai bentuk nadanya. Ada yang merasakan adalah merugikan Pas berada dalam PR kerana kedudukannya yang dikatakan tidak dominan dan sentiasa ditenggelamkan oleh PKR dan DAP.

[Read more →]

October 1, 2014   No Comments

Kesian PAS..sudah jatuh ditimpa tangga

Shahbudin Husin

Belum pun kering airmata Pas kerana kesedihan tidak dapat menawan kerusi DUN Pengkalan Kubor yang keputusannya diketahui semalam, parti itu menerima nasib malang lagi hari ini apabila kerusi Exconya di Selangor pula dikurangkan daripada empat kepada tiga.Dalam pilihanraya Pengkalan Kubor, Pas bukan saja gagal dalam percubaannya mahu merampas kawasan DUN itu daripada UMNO, malah undi majoriti BN juga turut bertambah. Jika dalam pilihanraya umum 2013 lalu, calon PKR tewas dengan undi 1,736 undi, kali ini jumlahnya bertambah kepada 2,635 undi.

[Read more →]

September 26, 2014   No Comments

Dulu berubah-ubah, kini tahu pula bertegas!

Shahbudin Husin

Orang tua-tua selalu berpesan – hidup ini macam roda. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Jika hari ini kita ketawa, esok lusa mungkin menangis pua. Begitu juga, jika hari ini kita buat orang, esok lusa kita pula menerima padah yang sama.Dalam kemelut perlantikan Exco Selangor yang kini merupakan cabaran pertama Azmin Ali sebagai Menteri Besar, isu yang paling menjadi perbualan ialah sama ada kouta lama 4-3-3 perlu dikekalkan atau dirombak menjadi 3-3-2-2, 3-3-3-1 atau sebagainya.

[Read more →]

September 25, 2014   No Comments

Wajarkah PAS terus diberi 4 kerusi Exco?

Shahbudin Husin

Setelah berakhirnya isu perlantikan Menteri Besar Selangor dengan Azmin Ali akhirnya mengangkat sumpah jawatannya semalam, perkara yang ditunggu-tunggu selepas ini tentunya ialah berkenaan perlantikan Exco Kerajaan Negeri pula.Azmin sendiri, sebaik dilantik memberitahu, majlis mengangkat sumpah jawatan Exco akan diadakan pada Jumaat ini kerana Sultan Selangor sendiri mahu ia disegerakan bagi memastikan pentadbiran dan agenda pembangunan negeri dapat diteruskan tanpa gangguan lagi.

[Read more →]

September 24, 2014   Comments Off

PASlah yang sebenarnya pecat Anwar!

Shahbudin Husin

Sebelum mengakhiri tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor semalam, Khalid Ibrahim masih sempat lagi membuat keputusan yang menggambarkan dendam di penghujung kariernya sebagai ketua kerajaan negeri iaitu menamatkan tugas Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi.Menurut pengumuman yang dibuat oleh Faekah Husin, CEO MBI, mesyuarat Exco terakhir yang dipengerusikan Khalid juga membuat keputusan menutup pejabat berkenaan dengan serta-merta bagi menjimatkan kos.

[Read more →]

September 23, 2014   Comments Off

Walaupun kemelut berakhir, PAS tetap rugi

Shahbudin Husin

Timbalan Presiden PKR yang juga Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali akhirnya sah menjadi Menteri Besar yang baru bagi negeri Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim. Beliau telah pun menerima surat perlantikannya dari Istana Selangor petang tadi dan akan mengangkat sumpah jam 10.30 pagi esok.Perlantikan Azmin juga akhirnya diterima sebulat suara oleh PKR yang bermesyuarat petang tadi dan Majlis Pimpinan PR yang bermesyuarat malam ini juga menerima perlantikan itu, seiring dengan pengumuman Dr Wan Azizah untuk menarik diri daripada pencalonan. Ini bermakna sokongan 30 Adun juga turut berpindah kepada Azmin.

[Read more →]

September 23, 2014   Comments Off

Haji Hadi wajib sahut cabaran Shaari Sungib

Shahbudin Husin

Sesiapa pun yang melihat wajah Presiden Pas, Haji Hadi Awang ketika menggulung Muktamar Pas semalam, tentunya dapat merasakan api kemarahan yang sedang marak dan meluap-luap dalam dadanya. Wajah, mata, air muka dan gerak tangannya ketika menyampaikan ucapan jelas menggambarkan beliau sedang marah dan panas hati ketika itu.Malangnya, kemarahan itu tidak ditujukan kepada UMNO dan para pemimpinnya yang memang menjadi musuh Pas selama ini. Bahkan dalam muktamar kali ini, UMNO paling beruntung kerana tidak menjadi serangan dan belasahan Pas sepertimana selalunya.

[Read more →]

September 22, 2014   Comments Off

Siapa angkat sumpah Selasa ini? Azizah, Azmin atau Adun PAS?

Shahbudin Husin

Kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor sudah hampir sampai ke penghujungnya. Sebagaimana yang dilaporkan oleh media hari ini, Istana Selangor akan mengadakan majlis angkat sumpah jawatan ketua kerajaan negeri itu pada pagi Selasa, 23 September jam 10 pagi. Kad jemputan kepada wakil-wakil rakyat, pemimpin politik, orang kenamaan dan sebagainya sudah pun mula diedarkan.Serentak itu, teka-teki mengenai siapa yang bakal mengisi jawatan itu bagi menggantikan Khalid Ibrahim turut menjadi perbualan ketika ini. Di media sosial pula ketika ini sarat dengan pelbagai jangkaan dan tekaan mengenai siapa yang bakal dipilih oleh Sultan Selangor untuk mengetuai kerajaan negeri itu.

[Read more →]

September 19, 2014   Comments Off

Mahathir, Pak Lah bertembung semula?

Shahbudin Husin

Ketika menyerahkan tampuk kuasanya kepada Najib Razak pada 2009, apabila ditanya perancangannya selepas bersara, Abdullah Badawi atau Pak Lah sambil ketawa ada menyebut, “yang pasti saya tidak akan membuka blog.” Jawapannya pada waktu itu jelas menyindir Mahathir Mohamad yang aktif menulis di blog untuk memberi pandangan mengkritik mengenai politik negara dan isu semasa sebaik bersara.Pak Lah pada waktu itu berpendapat apabila beliau telah bersara dan menyerahkan kuasa kepada penggantinya, beliau tidak mahu lagi mencampuri urusan pentadbiran parti dan juga kerajaan.

[Read more →]

September 18, 2014   Comments Off

Dua presiden bernasib sama

Shahbudin Husin

Presiden UMNO, Najib Razak dan Presiden Pas, Haji Hadi Awang sedang meniti detik-detik yang mencemaskan ketika ini. Kedua-duanya ingin diundurkan kerana dianggap tidak relevan lagi meneruskan perjuangan masa depan. Jika sikap liberal dan toleransi Najib seperti dalam isu ISA, Ordinan Darurat dan Akta Hasutan menjadi antara punca penolakannya, sikap tiada pendirian Haji Hadi pula menjadi asas kepimpinannya tidak lagi diperlukan.

[Read more →]

September 17, 2014   Comments Off