Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Category — Perniagaan

Najib: Kerajaan keluar notis untuk NFC bayar ansuran pinjaman

Kerajaan telah mengeluarkan notis penamatan kontrak atas kegagalan National Feedlot Corporation (NFCorp) membayar balik ansuran pinjaman berjumlah RM250 juta bagi tahun 2014.Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam jawapan bertulis kepada Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) berkata kerajaan telah mengeluarkan notis berkenaan kepada NFCorp pada 5 Mei tahun ini, dengan memberikan tempoh selama 90 hari agar syarikat berkenaan membayar ansuran pinjaman mereka.

[Read more →]

November 5, 2014   No Comments

Gara-gara makanan, bekas menteri tidak terbuka lantas melarang pelanggan datang

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin bertindak melarang Pegawai Khas Menteri Belia Sukan, Khairy Jamaluddin iaitu Zeifry Ibrahim masuk ke restoran miliknya, Zam Newsroom Café di Putrajaya buat selamanya sebagai pengajaran selepas individu terbabit didakwa mengutuk di laman sosial, Facebook.Merujuk laman blog, zamkata.blogspot.com, beliau mengambil keputusan terhadap pegawai berkenaan selepas menimbang semua aspek sambil menyatakan tidak wajar baginya mengambil tindakan undang-undang sebaliknya, mahu kejadian berkenaan dijadikan contoh.

[Read more →]

November 5, 2014   No Comments

Harga rokok esok naik RM1.50

Harga rokok naik sebanyak RM1.50 mulai esok, 5 November 2014. Antara jenama rokok tersebut adalah Dunhill, Kent, Benson & Hedges, Lucky Strikes, Pall Mall, Rothmans dan Peter Stuyvesant, sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan hari ini.Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Commercial Marketers and Distributors Sdn. Bhd, kenaikan ini adalah susulan kenaikan duti eksais oleh kerajaan pada 1 November 2014.

[Read more →]

November 4, 2014   No Comments

Harga minyak dunia sudah turun, Malaysia bila lagi?

Sekarang merupakan masa yang sesuai untuk kerajaan boleh menurunkan harga petrol dan diesel di negara ini berikutan penurunan harga pasaran minyak mentah dunia.Penganalisis ekonomi, Prof Dr Shazali Mansor berkata, ini kerana negara dapat membeli minyak dengan lebih murah dan seterusnya menjual mengikut harga pasaran dunia yang lebih rendah kepada pengguna.“Apabila harga pasaran minyak dunia jatuh, ini juga masa yang tepat untuk kerajaan menurunkan harga minyak. Dulu ketika harga pasaran dunia tinggi, kerajaan terpaksa memberikan subsidi kepada rakyat.

[Read more →]

November 4, 2014   No Comments

Ahli Umno sebenarnya lebih letih dengan Najib

Shahbudin Husin

Pada hari Sabtu lalu, ketika merasmikan Konvensyen UMNO Selangor, Perdana Menteri, Najib Razak meluahkan rasa letih dan malunya dengan kedudukan UMNO di negeri itu yang disifatkannya masih tidak berubah.Sehubungan itu, sambil mengingatkan BN sudah kalah dalam dua kali pilihanraya, beliau juga mahu mereka segera berubah dan bertindak aktif bagi memastikan kemenangan dapat diraih semula.

[Read more →]

November 3, 2014   No Comments

Pesawat Malindo Air dilencong ke Don Mueang,Bangkok

Malindo Air mengesahkan penerbangan OD206 dari New Delhi, India ke Kuala Lumpur pagi ini dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Bangkok, Thailand disebabkan masalah teknikal. Pesawat yang sepatutnya tiba di klia2 pada 5.25 pagi itu mendarat dengan selamat pada 2.45 pagi waktu Thailand dan tiada kecederaan dilaporkan, kata Malindo Air dalam satu kenyataan di sini.Penerbangan yang dioperasikan oleh pesawat Boeing 737-900ER itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi pada 10.05 malam waktu tempatan membawa 121 penumpang termasuk tiga bayi, dan lapan anak kapal.

[Read more →]

November 3, 2014   No Comments

Bukan saja Muhyiddin berbeza,penyokongnya juga mula kritik Najib terbuka

Shahbudin Husin

Berdepan sokongan yang makin merosot diterimanya akibat pemotongan subsidi bahan bakar petrol dan diesel, Perdana Menteri Najib Razak kini mulai menerima tekanan yang makin ketara daripada dalam UMNO sendiri.Berdasarkan kajian terbaru Merdeka Center, berbanding ketika peristiwa MH17 di mana sokongan rakyat kepada Najib melonjak pada paras 54 peratus, kajian terbaru selepas kenaikan harga minyak menunjukkan ia kini menurun kepada 48 peratus.

[Read more →]

October 31, 2014   No Comments

Ku Li saran kerajaan tangguh dulu pelaksanaan GST

Bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa kerajaan agar menangguhkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang menurutnya akan menyusahkan lagi rakyat.”Besar kemungkinan pelaksanaan GST pada tahun hadapan akan menambahkan lagi tekanan terhadap kos sara hidup walaupun kesannya sekali sahaja kerana ia diserap oleh keseluruhan sistem ekonomi.”Demi melegakan beban kewangan rakyat yang semakin meningkat, mungkin GST ini boleh ditangguh sehingga keadaan ekonomi meningkat ke tahap yang lebih kukuh dan kuat,” katanya.

[Read more →]

October 30, 2014   No Comments

Kajian Merdeka Centre: Najib hilang populariti kurang 50% bulan ini

Sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merosot 6% kepada 48% bulan ini hasil kaji selidik yang terakhir dilakukan pada Ogos, lapor Merdeka Center hari ini, memetik rasa tidak puas hati akibat pemotongan subsidi bahan api.Najib mendapat 54% rating persetujuan pada Ogos, selepas ia mengambil alih operasi memulihkan penerbangan MH17, kotak hitam dan mangsa ketika pesawat Malaysia Airlines itu ditembak jatuh di Ukraine pada Julai.

[Read more →]

October 30, 2014   No Comments

Peniaga bumiputera di Plaza BB sedih kerajaan pusat biarkan UDA aniayai mereka

Notis UDA Holdings Bhd (UDA) kepada semua penyewa di Plaza Bukit Bintang (Plaza BB) untuk keluar sebelum akhir tahun ini benar-benar mengejutkan semua peniaga di situ.Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Bukit Bintang Plaza Kuala Lumpur (PPPBBPKL), Hassan Saad berkata, notis perlu keluar sebelum 31 Disember ini yang diedar kepada penyewa pada 23 Oktober lepas dilihat tidak sepatutnya dikeluarkan.”Kami gelabah dan berkeras tidak mahu keluar. Alasan yang diberi tidak boleh diterima.

[Read more →]

October 30, 2014   No Comments