Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Category — Politik

UIAM haramkan program Jelajah Mahasiswa

Ketika lapan rakan mereka dari Universiti Malaya (UM) dihadapkan kepada Jawatankuasa Tatatertib universiti pagi ini, pelajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga berdepan dengan pentadbiran mereka apabila program yang mereka anjurkan disekat.Mulai semalam, pihak pentadbiran UIA mula membuat kawalan ketat di pintu masuknya untuk menyekat program ‘Jelajah Mahasiswa’ yang dianjurkan oleh kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M).

[Read more →]

November 7, 2014   No Comments

Tiada bukti dubur Saiful ditembus, Shafee dakwa ada pancutan dalam dubur

Dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak pernah ditembusi, demikian menurut peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim.Peguam Ramkarpal Singh berkata, berdasarkan bukti yang dikemukakan, wujud keraguan terhadap dakwaan bahawa Anwar meliwat Mohd Saiful Bukhari yang juga bekas pembantu ketua pembangkang itu.”Wujud keraguan yang jelas berhubung sama ada Mohd Saiful disodomi.”Bukti yang dikemukakan seolah-olah mencadangkan bahawa dia belum ditembusi (diliwat),” katanya kepada pemberita di luar kamar Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis.

[Read more →]

November 6, 2014   No Comments

Ahmad Maslan: Tiada sebab turunkan harga minyak sekarang

Putrajaya masih belum memutuskan untuk menurunkan harga minyak walaupun harga pasaran minyak mentah dunia terus menunjukkan trend penurunan, kata Datuk Ahmad Maslan.Timbalan menteri kewangan itu berkata, pada ketika ini kerajaan masih membayar subsidi sebanyak RM0.12 sen seliter bagi RON95.”‎Sekiranya harga minyak mentah turun di pasaran hingga Disember 2014, secara relatifnya purata harga minyak mentah 2014 tidak jauh dari anggaran asal tahun ini,” katanya ketika penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2015 di Dewan Rakyat hari ini.

[Read more →]

November 6, 2014   No Comments

Najib: PM Belanda cemburu prestasi ekonomi Malaysia

Hutang kerajaan Malaysia tidak mengancam kedudukan ekonomi negara, malah pencapaian ekonomi negara turut dicemburui negara lain, kata Datuk Seri Najib Razak.Perdana Menteri berkata, hutang negara berada pada paras 53 peratus (daripada Keluaran Dalam Negara Kasar), iaitu jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan negara lain.Beliau berkata, kedudukan ini dilihat tidak mengancam kedudukan ekonomi negara, dan ia turut dipersetujui oleh negara luar.

[Read more →]

November 6, 2014   No Comments

Pergolakan Umno Selangor: Noh Omar persoal dan sindir Tun Mahathir

Menjawab kritikan bekas perdana menteri yang berpengaruh terhadap Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar meminta Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan sejak zaman bila orang ramai mula mengaitkan parti Melayu itu dengan rasuah?Pengerusi Badan Perhubungan Selangor Umno itu turut menggesa agar Dr Mahathir memberi komen secara spesifik berhubung desakannya agar Umno Selangor dibubarkan semalam.“Bukanlah kita kata bermula daripada dia, dia dulu presiden. Sejak bila orang cop Umno parti rasuah? Ia bermula zaman bila?” katanya apabila dihubungi The Malaysian Insider.

[Read more →]

November 6, 2014   No Comments

Noh Omar, bersaralah!

Shahbudin Husin

Selepas Presiden UMNO, Najib Razak mengkritik kepimpinan UMNO Selangor yang disifatkannya masih tidak berubah sehingga beliau berasa letih dan malu dengan keadaan itu, kini giliran bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad pula berbuat demikian.Dalam tulisan terbaru di blog Chedet, bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu mahukan UMNO Selangor segera melakukan perubahan dengan melakukan pembubaran dan penyusunan semula struktur kepimpinannya.

[Read more →]

November 6, 2014   No Comments

Dr Mahathir dakwa orang lama sendiri penghalang Gen-Y ceburi Umno

Umno Selangor perlu berubah dengan melakukan pembubaran dan penyusunan semula terutama dengan bersedia menerima ramai ahli baru, termasuk yang berbakat, kata Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya hari ini.Kata bekas perdana menteri itu, pemimpin Umno Selangor mesti perlu terima hakikat yang mereka perlu berundur selepas mengalami kekalahan dalam pilihan raya umum ke-12 (PRU12) dan PRU13.”Pemimpin Umno biasanya tidak suka menerima ahli baru yang berbakat kerana takut mereka dicabar dan hilang jawatan atau tidak dapat jadi calon pilihan raya.

[Read more →]

November 6, 2014   No Comments

Hujah penutup Shafee penuh lawak jenaka

Shahbudin Husin

Peguam terkenal, Shafee Abdullah yang dilantik khusus oleh Jabatan Peguam Negara bagi menjalankan tugas pendakwaan bagi rayuan kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan telah pun menamatkan pusingan pertama pembentangan hujah-hujahnya petang semalam.Sebelum itu, pihak pembela sudah pun mengemukakan hujah pembelaannya dalam usaha memastikan sabitan lima tahun penjara keatas Ketua Pembangkang, digugurkan.

[Read more →]

November 5, 2014   No Comments

Presiding officer already biased in FB comment, how can judge Major Zaidi?

The military court hearing Major Zaidi Ahmad’s trial for making public statements over indelible ink used in last year’s general election (GE13) should be dissolved because its presiding officer had shown bias against the accused in a comment posted online, the defence said today.The court-martial hearing, led by presiding officer Col Saadon Hasnan was already prejudiced against Zaidi as Saadon had posted an “unfavourable comment” against the accused in an article in a news portal, defence lawyer Mohd Hanipa Maidin said.

[Read more →]

November 5, 2014   No Comments

Gara-gara makanan, bekas menteri tidak terbuka lantas melarang pelanggan datang

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin bertindak melarang Pegawai Khas Menteri Belia Sukan, Khairy Jamaluddin iaitu Zeifry Ibrahim masuk ke restoran miliknya, Zam Newsroom Café di Putrajaya buat selamanya sebagai pengajaran selepas individu terbabit didakwa mengutuk di laman sosial, Facebook.Merujuk laman blog, zamkata.blogspot.com, beliau mengambil keputusan terhadap pegawai berkenaan selepas menimbang semua aspek sambil menyatakan tidak wajar baginya mengambil tindakan undang-undang sebaliknya, mahu kejadian berkenaan dijadikan contoh.

[Read more →]

November 5, 2014   No Comments