Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Category — Rencana Bahasa Melayu

Kebangkitan mendadak golongan ulama yang menakutkan

Mariam Mokhtar

Apabila golongan ulama menyaksikan umat Islam memberi sambutan baik buat program “Saya mahu sentuh anjing”, mereka mula gelabah. Mereka benar-benar takut. Majlis itu dianjur Syed Azmi Alhabshi seorang ahli farmasi, dan ia begitu popular. Rakyat Malaysia mempamer perpaduan dan kesefahaman dengan dibantu haiwan tersebut.Sikap harmoni itu satu tamparan buat para ulama, muslim konservatif dan ahli-ahli Umno Baru. Pemimpin mana-mana negara tentu mencemburui perpaduan yang ditunjukkan rakyat Malaysia, tetapi bukan pemimpin negara ini.

[Read more →]

November 3, 2014   No Comments

Wajarkah sokongan asing untuk Anwar Ibrahim?

Ahmad Soffian Mohd Shariff

Tidak kira apa pun ideologi politik kita, Malaysia adalah negara untuk kita semua. Segala perjuangan dan penat lelah yang kita lalui adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih baik. Perjuangan setiap rakyat Malaysia bukan sahaja bersifat politikal tetapi juga untuk kesejahteraan sosial, kebajikan dan kebolehupayaan rakyat untuk hidup dengan selesa.

[Read more →]

November 3, 2014   No Comments

Benarkah semuanya bergantung pada Najib?

Shahbudin Husin

Bermula esok, 28 Oktober, bermulalah rayuan kes liwat kedua yang melibatkan Anwar Ibrahim selama dua hari di Mahkamah Persekutuan. Pada lewat petang 29 Oktober pula, dijangka akan diketahui keputusannya.Di mana-mana ketika ini orangramai membicarakan apakah nasib Anwar nanti. Apakah beliau akan dikekalkan bersalah sepertimana keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang menjatuhkannya hukuman lima tahun penjara atau akan didapati tidak bersalah dan dibebaskan?

[Read more →]

October 28, 2014   Comments Off

‘I want to touch a dog’: Kenapa perlu minta maaf?

Ahmad Soffian

Penulis secara peribadi merasakan isu berkenaan program “I want to touch a dog” yang dianjurkan Syed Azmi Al-Habshee itu diambil sebilangan pihak dalam konteks yang salah.Yang menyokong pun ramai yang salah manakala yang menentang pun salah. Akibatnya, bertelagahlah kedua-dua puak yang melihat program ini dari sudut pendapat mereka. Namun begitu tindakan Syed Azmi (Penganjur) yang meminta maaf juga satu tindakan yang tidak perlu. Sekiranya anda benar rasakan apa yang anda buat itu tidak salah, kenapa harus meminta maaf?

[Read more →]

October 27, 2014   Comments Off

Muslim dan anjing

Dr Harith Abdul Malek

Pada suatu petang, setahun yang lalu, seekor anjing jalanan masuk ke rumah kami kerana pintu pagar yang dibiarkan terbuka. Disebabkan takutkan anjing tersebut menjilat baju-baju di sidaian, ayah saya melemparkan seketul baju sebesar penumbuk ke arah anjing itu.“Gedebuk!”. Batu tersebut hinggap di kepala anjing yang malang itu. Dalam keadaan terkejut, anjing itu perlahan-lahan melangkah keluar dari rumah kami. Kami bersorak kegembiraan sambil mengagumi kehebatan lontaran ayah yang sungguh tepat.

[Read more →]

October 21, 2014   Comments Off

Minyak naik, rakyat naik minyak

Zharif Badrul

Ketika sedang menulis untuk buku ‘Suara Anak Muda’, rasanya tidak sah kalau saya tidak menyentuh isu kenaikan harga minyak – oh maaf bukan harganya yang naik tetapi susbisidi yang dikurangkan.Apabila munculnya isu evergreen ini, respons yang diberikan pak menteri dan mereka yang menyokong inisiatif kerajaan juga menjadi perhatian.

Contohnya:

[Read more →]

October 3, 2014   Comments Off

Krisis Selangor: Kekeliruan tentang kuasa budi bicara

Fuad Syazwan Ramli

Krisis menteri besar di Selangor menyaksikan berlakunya kekeliruan tentang maksud kuasa budi bicara yang diperuntukkan kepada Raja dalam melantik seorang menteri besar.Kekeliruan ini boleh dilihat sebagai berpunca dari pemahaman tentang kuasa budi bicara itu sendiri.Bagi sesetengah pihak khususnya yang tidak mempunyai asas dalam bidang perundangan, kuasa budi bicara adalah kuasa yang mutlak dan tidak boleh dipertikaikan.

[Read more →]

September 26, 2014   Comments Off

Islam dan penzaliman haiwan

Saya perhatikan sesuatu perkara menerusi laman sosial akhir-akhir ini, terutama beberapa video ringkas dimuat naik lalu menjadi ‘viral.’Paparan penyeksaan haiwan yang diperlakukan dengan zalim oleh makhluk Allah yang mempunyai akal fikiran itu sendiri. Bertindak zalim terhadap haiwan seolah-olah tidak dapat menggunakan kurniaan akal diberikan kepadanya. Beberapa gambar dan video penyeksaan terhadap haiwan seperti memijak kepala kucing dengan tumit kasut tinggi, menyiat bulu haiwan tanpa rasa belas ihsan, menggoreng ikan yang masih hidup dan sebagainya adalah antara beberapa penyeksaan terhadap makhluk Allah ini.

[Read more →]

September 25, 2014   Comments Off

Sabah bukan milik Malaysia

Hasmin Azroy Abdullah

Kenyataan Muhyiddin Yassin bahawa Sabah adalah milik Malaysia merupakan satu kenyataan yang menyimpang dan jauh daripada kebenaran. Malah ia boleh disifatkan sebagai kenyataan seorang penjajah.Akhir-akhir ini, ada kelompok tertentu yang heboh mengatakan tentang Sabah dan Sarawak akan keluar dari Malaysia.Isu sebenar yang menyebabkan soal pemisahan ini timbul ialah kerana rasa tidak puas hati rakyat Borneo berkaitan layanan tidak adil yang diberikan terutamanya apabila Borneo adalah salah satu rakan kongsi dalam pembentukan Malaysia.

[Read more →]

September 11, 2014   Comments Off

Ini sudah korner baring namanya!!

Shahbudin Husin

Kali ini bukan U turn lagi, tapi sudah korner baring – barangkali ini ungkapan yang paling sesuai ditujukan kepada Pas dalam tindakan terbarunya berhubung isu pencalonan Menteri Besar Selangor.Setelah beberapa kali membuat U turn dan pendirian tidak tetap, kali ini Pas terus menimbulkan keributan dan ketegangan dengan pengakuan Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali bahawa parti itu telah mengemukakan tiga nama kepada Sultan Selangor, iaitu dua daripada PKR dan seorang daripada Pas sebagaimana yang dititahkan oleh Istana Selangor mesti dihantar selewat-lewatnya pada 3 September.

[Read more →]

September 5, 2014   Comments Off