Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Category — Sosial

Polis sedang mengesan sekolah aksi buli

Polis setiap negeri sedang giat mengesan sekolah dan pelajar yang terlibat dalam dua klip video aksi buli yang tersebar di laman sosial, baru-baru ini.Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan berkata, arahan khusus telah diberikan kepada semua pesuruhjaya polis dan ketua polis negeri bagi mengesan perkara tersebut.

[Read more →]

November 6, 2014   No Comments

Mufti kesal pencuri dibogel dan diaibkan di masjid Kelantan

Kota Bharu: Padah mencuri motosikal, seorang pelajar tingkatan tiga dicederakan dan dibogel penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis di Masjid Pauh Lima, Binjai, di sini, malam tadi.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, pelajar terbabit dikatakan cuba melarikan sebuah motosikal milik kariah masjid itu berusia 61 tahun yang dikatakan solat Isyak.

[Read more →]

November 5, 2014   No Comments

MetMalaysia akui fenomena puting beliung suatu misteri

ALOR SETAR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengakui fenomena pembentukan puting beliung yang terlalu kerap terjadi di Kedah sejak akhir-akhir ini sebagai suatu ‘misteri’ yang perlu dirungkai terutama dalam mencari punca pembentukannya di negeri ini.Bagaimanapun, Pegawai Meteorologi Kanan Pusat Cuaca Nasional MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, tidak menolak kemungkinan kekerapan pembentukan puting beliung di negeri ini pada kadar yang kerap iaitu tiga kes dalam tempoh hampir sebulan, mempunyai kaitan dengan perubahan monsun.

[Read more →]

November 5, 2014   No Comments

Kelantan anjur acara pegang ular hanya untuk ingat azab kubur

Muzium Negeri Kelantan menganjurkan pameran dan pertunjukan ular selama sebulan bertemakan “I want touch a snake” bermula semalam tidak berapa lama selepas program kontroversi “I want to touch a dog”.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Datuk Hassan Mohamood berkata selain dapat memperkenalkan ciptaan Allah, ia juga mengingatkan manusia dengan azab kubur nanti.

[Read more →]

November 5, 2014   No Comments

Tiada susu, anak diberi minum air kosong dicampur gula

KOTA BHARU – Akibat kesempitan hidup, seorang ibu tunggal terpaksa memberi dua anaknya yang berusia lima dan tiga tahun minum air kosong dicampur dengan gula.Ibu tunggal terbabit, Norazlina Razid, 35, berkata, dia sudah tiada pilihan lain kerana tidak mempunyai wang untuk membeli susu dua anaknya itu dan terpaksa memberi mereka minum air gula bagi mendapatkan tenaga.

[Read more →]

November 5, 2014   No Comments

Pelajar Tingkatan 4 hilang sertai maraton dijumpai mati

Pelajar Tingkatan Empat yang hilang sewaktu menyertai perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang di Hulu Terengganu sejak Sabtu lepas ditemui mati oleh sukarelawan mencari dan menyelamat.Ahmad Rafikin Azman, 16, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu itu ditemui oleh anggota penyelamat sekitar 3.30 petang di celah batu, tidak jauh dari trek perlumbaan.Timbalan Ketua Polis Hulu Terengganu, ASP Rosli Amir ketika ditemui Bernama hanya memberi kenyataan ringkas berkenaan penemuan mangsa yang hilang sejak tiga hari lepas.


[Read more →]

November 5, 2014   No Comments

Harga rokok esok naik RM1.50

Harga rokok naik sebanyak RM1.50 mulai esok, 5 November 2014. Antara jenama rokok tersebut adalah Dunhill, Kent, Benson & Hedges, Lucky Strikes, Pall Mall, Rothmans dan Peter Stuyvesant, sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan hari ini.Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Commercial Marketers and Distributors Sdn. Bhd, kenaikan ini adalah susulan kenaikan duti eksais oleh kerajaan pada 1 November 2014.

[Read more →]

November 4, 2014   No Comments

Lelaki 290 kg dipindahkan oleh 6 anggota bomba

Rawang: Sepasukan enam anggota bomba bertungkus lumus membantu memindahkan seorang pesakit lelaki seberat 290 kilogram dari tingkat sembilan wad Hospital Selayang, di sini.Dalam operasi jam 6.03 petang semalam, pihak hospital mendapatkan bantuan anggota bomba dan penyelamat berikutan menghadapi masalah bagi memindahkan pesakit mengalami obesiti itu.

[Read more →]

November 4, 2014   No Comments

Warga FB gempar dengan pontianak di hospital Banting

BANTING – Imej lembaga kononnya didakwa menyerupai pontianak di Hospital Banting yang dirakamkan oleh pihak tertentu kini mula tersebar di laman sosial Facebook (FB) sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat.Meskipun ada pihak menganggap ia sebagai tahyul, namun tanggapan ramai dalam kalangan masyarakat yang mempercayai kewujudan makhluk halus juga tidak boleh diketepikan.

[Read more →]

November 4, 2014   No Comments

MH370 is set to be declared as loss by end of the year

WELLINGTON: The Australian and Malaysian governments are working together to set a date to officially declare the loss of MH370 which is likely to be by the end of the year.Malaysia Airlines commercial director Hugh Dunleavy said they had not set a final date but once an official loss had been recorded full compensation to the next of kin would be worked out.Dunleavy urged relatives of those lost aboard MH370 to be patient as MAS was working to pay compensation and battling to rebuild its reputation.

[Read more →]

November 4, 2014   No Comments