Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Category — Syariah

Mufti kesal pencuri dibogel dan diaibkan di masjid Kelantan

Kota Bharu: Padah mencuri motosikal, seorang pelajar tingkatan tiga dicederakan dan dibogel penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis di Masjid Pauh Lima, Binjai, di sini, malam tadi.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, pelajar terbabit dikatakan cuba melarikan sebuah motosikal milik kariah masjid itu berusia 61 tahun yang dikatakan solat Isyak.

[Read more →]

November 5, 2014   No Comments

Azmin saran mufti dan MAIS bertemu SIS

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mencadangkan Mufti Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor supaya membuat pertemuan dengan wakil Sisters in Islam (SIS) bagi mengelak kekeliruan dan salah faham masyarakat.Katanya cadangan tersebut dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.“Saya berharap dengan konsultasi dan pertemuan yang dijalankan tanpa prasangka, akan membantu untuk membawa suasana harmoni sepertimana yang dianjurkan oleh Islam,” katanya.

[Read more →]

November 5, 2014   No Comments

Menteri BN desak kes Ibrahim Ali dibuka semula

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup hari ini menggesa kes terhadap Datuk Ibrahim Ali berhubung kenyataannya berkaitan membakar Bible dibuka semula.Sambil menggesa Pejabat Peguam Negara, Kurup berkata hal ini kerana siasatan terhadap perkara tersebut perlu untuk memastikan “kesatuan dalam negara ini.”

[Read more →]

November 4, 2014   No Comments

Jamil Khir pertahankan keseragaman mazhab Syafie di Malaysia walau hormat mazhab lain

Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini tidak menolak pandangan mazhab lain berhubung isu jilatan anjing, namun pandangan mazhab Syafi’i tetap menjadi konsensus umat Islam di Malaysia.Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, jika ada pandangan yang berbeza, majlis fatwa di peringkat kebangsaan dan negeri membuat keputusan berhubung pandangan mazhab lain, termasuk dalam isu jilatan anjing.”Kita setuju. Kita raikan pelbagai pandangan mazhab. Tetapi, konsensus di Malaysia ialah, dalam mana-mana pandangan, kita bermazhabkan Syafi’i. Ini diputuskan.

[Read more →]

November 3, 2014   No Comments

Program sentuh anjing diadakan kerana cara buruk layanan rakyat Malaysia

Sebuah video menunjukkan cara buruk rakyat Malaysia melayan seorang lelaki buta dan anjing pendampingnya mendorong Syed Azmi Alhabshi menganjurkan program kontroversi “I Want to Touch a Dog”, yang dibidas ramai orang Melayu sebagai penghinaan kepada Islam.Syed Azmi  berkata, dia tersentuh dengan klip video itu dan mendapati mereka ini bersikap kurang ajar terhadap lelaki buta itu kerana anjingnya.

[Read more →]

October 31, 2014   No Comments

‘I want to touch a dog’: Kenapa perlu minta maaf?

Ahmad Soffian

Penulis secara peribadi merasakan isu berkenaan program “I want to touch a dog” yang dianjurkan Syed Azmi Al-Habshee itu diambil sebilangan pihak dalam konteks yang salah.Yang menyokong pun ramai yang salah manakala yang menentang pun salah. Akibatnya, bertelagahlah kedua-dua puak yang melihat program ini dari sudut pendapat mereka. Namun begitu tindakan Syed Azmi (Penganjur) yang meminta maaf juga satu tindakan yang tidak perlu. Sekiranya anda benar rasakan apa yang anda buat itu tidak salah, kenapa harus meminta maaf?

[Read more →]

October 27, 2014   Comments Off

Bakar Bible bahasa Melayu: Peguam Negara pertahan Ibrahim Ali

Jabatan Peguam Negara akhirnya memecah kebisuannya selama ini berhubung keputusan tiadanya tindakan terhadap Datuk Ibrahim Ali yang menggesa Bible berbahasa Melayu dibakar.Ia mengatakan, seruan presiden Perkasa itu mesti dilihat daripada keseluruhan konteks dan menambah kenyataannya waktu itu hanya ditujukan kepada kejadian di mana Bible tersebut diedarkan kepada pelajar Islam di SMK Jelutong, Pulau Pinang.

[Read more →]

October 27, 2014   Comments Off

Kelantan laksana hudud tahun depan

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob mengumumkan Kelantan akan laksanakan undang-undang hudud tahun depan.Pengumuman rasmi itu menunjukkan ketegasan Kerajaan Kelantan dalam pelaksanaan perundangan syariah di negeri berkenaan.Beliau berkata, pihaknya sedang melakukan beberapa langkah dan persediaan ke arah pelaksanaan hukum hudud termasuk berkaitan usaha membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat nanti.

[Read more →]

October 27, 2014   Comments Off

Bahagian 1: Anjing dan masyarakat Melayu Islam

Ahmad Kasim

Mutakhir ini isu-isu yang melibatkan agama dan budaya mewarnai kancah kehidupan masyarakat di Malaysia, sehingga ia mewujudkan perbahasan yang rumit melibatkan hukum syariah, merentasi budaya dan hingga keperingkat memberi ancaman kepada keharmonian hidup bermasyarakat.Sebahagiannya dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.Antara isu yang menjadi polimik adalah, Isu orang Melayu Islam memelihara anjing. Saya percaya isu-isu yang sensitif yang melibatkan agama dan budaya akan terus melingkari masyarakat untuk masa-masa akan datang.

[Read more →]

October 27, 2014   1 Comment

Zakat anjuran mazhab Syafie ditolak pemerintah Melayu?

“Kita bayar zakat tidak mengikut mazhab Syafie, kenapa kita tidak marah?” soal Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman.Menurutnya, masyarakat terus menjatuhkan pelbagai hukum kepada penganjur kempen sentuh anjing hingga tersasar seolah-olah menganggap hanya mazhab Syafie satu-satunya aliran dalam Islam.”Kita seolah terlepas daripada sasaran sehingga mazhab Syafie kita anggap seperti itulah satu-satunya Islam. Sedangkan bayar zakat tidak pakai mazhab Syafie. Sah pula zakat kita.

[Read more →]

October 27, 2014   Comments Off