Nong Chik ‘linked’ gets RM30m contract

Posted by admin on May 16th, 2012

Popular blogger Raja Petra Kamarudin has alleged that the government in 2010 awarded a contract worth more than RM30 million to a company linked to Federal Territories and Urban Well-Being Minister Raja Nong Chik Zainal Abidin.And this was not the only government contract given to companies linked to the minister, he said in a posting titled “Is this whom you want as MP?” on his Malaysia Today website.He posted documents to back his allegation that the Youth and Sports Ministry awarded the RM30 million contract to Istijuara Sdn Bhd through direct negotiations on Aug 24, 2010.

Read the rest of this entry »

Tun M: Majlis Peguam kini parti politik

Posted by admin on May 16th, 2012

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini berkata Majlis Peguam sudah menjadi sebuah parti politik kerana perhatiannya lebih kepada politik.Oleh itu, katanya, Majlis Peguam sepatutnya membiarkan pertubuhan lain mengambil alih bahagian profesional bagi mengelakkan kekeliruan.”Saya fikir sebuah badan profesional perlu memberi perhatian lebih kepada profesion tetapi ia jelas bahawa Majlis Peguam sudah menjadi sebuah parti politik. “Kemudian, kita ada Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), arkitek semua jadi parti politik dan kemudian akan ada banyak kekeliruan,” katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Read the rest of this entry »

Ganggu Najib di London untungkan BN

Posted by admin on May 16th, 2012

Berlawanan dengan tanggapan Anwar Ibrahim bahawa tindakan beberapa orang penyokong Bersih (sebut Pakatan Rakyat) di London semalam akan memalukan serta menjatuhkan imej Datuk Seri Najib Tun Razak, ia sebaliknya bertukar menjadi medan untuk membuktikan kepada dunia bahawa Najib adalah seorang pemimpin yang tidak mudah melatah, sebaliknya tenang dalam menghadapi situasi yang agak ‘mencemaskan’.

Read the rest of this entry »

Tiada Bersih 4.0 menjelang PRU13

Posted by admin on May 16th, 2012

Bersih 2.0 tidak merancang untuk mengadakan Bersih 4.0 sebaliknya mensasarkan dua langkah penting yang wajib dilaksanakan rakyat Malaysia menjelang pilihan raya umum ke-13.Dua langkah tersebut ialah memastikan rakyat keluar mengundi dan menjadi ‘mata-mata’ mengesan penipuan dalam pilihan raya.Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said berkata, rakyat yang merupakan pengundi berdaftar harus menjadikan undi mereka sebagai benteng untuk melawan penipuan.

Read the rest of this entry »

Silap langkah Pakatan boleh kecundang

Posted by admin on May 16th, 2012

Gila tarikh pilihanraya bermula, selepas dua peristiwa besar berlaku di negara kita ini. Pertama perhimpunan BERSIH 3.0 yang melihatkan lebih 250,000 orang keluar ke Dataran Merdeka kerana bantah dan duduk supaya SPR mengadakan pilihanraya yang adil pada PRU13 nanti.Kedua himpunan sambutan hari lahir UMNO yang ke 66 yang dapat menghimpunkan lebih kurang 100,ooo ahli diseluruh negara dengan arahan punggah dan menyediakan pengangkutan berbayar, bolehlah dianggap berjaya juga.
Read the rest of this entry »

Kansas state ban Islamic laws

Posted by admin on May 16th, 2012

Kansas lawmakers have passed legislation intended to prevent the state courts or agencies from using Islamic or other non-US laws in making decisions, a measure critics have blasted as an embarrassment to the state.The legislation, which passed 33-3 in the state Senate on Friday (pic) and 120-0 previously in the House, is widely known in Kansas as the “Sharia bill,” because the perceived goal of supporters is to keep Islamic code from being recognised in Kansas.

Read the rest of this entry »

Majikan: Graduan baru menyusahkan

Posted by admin on May 16th, 2012

Para majikan menyifatkan lepasan graduan yang baru tamat pengajian daripada univesiti merupakan ‘bebanan’ kerana banyak latihan tambahan yang diperlukan sebelum membolehkan mereka menunjukkan prestasi yang baik.Pengarah Pemasaran Kelly Services bagi Malaysia dan Singapura, Jeannie Khoo berkata, syarikat-syarikat memilih menggajikan profesional yang berpengalaman dan berkemahiran yang boleh membawa pulangan segera.

Read the rest of this entry »

Nazri paksa Majlis Peguam sokong BN?

Posted by admin on May 16th, 2012

Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz telah bersetuju untuk mengkaji pembentukan Majlis Peguam kedua sebagai alternatif kepada peguam yang tidak berpuas hati terhadap Majlis Peguam sedia ada berhubung dakwaan mereka menyokong perjuangan pembangkang.Menggelarkan badan berkenaan sebagai “pembangkang”, menteri berkaitan hal ehwal perundangan itu menegaskan kebanyakan peguan kecewa dengan kepimpinan di bawah Lim Chee Wee namun tidak mempunyai pilihan lain selain menjadi ahli kepada Majlis Peguam.

Read the rest of this entry »

Kisah 2 aktivis sergah Najib di London

Posted by admin on May 16th, 2012

Nampaknya perkataan ’Bersih’ menjadi igauan buruk kepada Perdana Menteri Najib, dimana sahaja dia berada.  Tuntutan untuk pilihanraya yang lebih bersih dan telus nampaknya tidak sekadar terkepung di dalam negara juga, diluar negara pun isu yang sama berkumandang juga.Inilah kisahnya dalam satu perjumpaan antara Najib dengan rakyat Malaysia di UK, bila 2 orang aktivis Bersih 3.0 menyergah Perdana Menteri itu dihadapan beratus-ratus rakyat Malaysia yang lain.

Read the rest of this entry »

Teka-teki PRU: Bendera parti sudah naik!

Posted by admin on May 16th, 2012

Bendera-bendera daripada pelbagai parti politik sudah dinaikkan namun rakyat Malaysia masih tidak dapat meneka bilakah pilihan raya umum akan diadakan.Ia masih menjadi satu teka-teka tetapi banyak pendapat mengatakan bahawa pilihan raya semakin hampir. Maka, kini bermulalah ‘perang’ bendera-bendera parti.Parti-parti di kedua-dua pihak (kerajaan dan pembangkang) mengibarkan bendera mereka di semua tempat seluruh negara, di kawasan bandar dan luar bandar termasuk pusat bandar Kuala Lumpur.

Read the rest of this entry »