Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Mizz Nina mulai meninggalkan dunia nyanyian,tumpu dunia fesyen

Sejak membuat keputusan berhijab, Mizz Nina perlahan-lahan meninggalkan dunia nyanyian. Bagaimanapun cintanya terhadap dunia fesyen masih kuat. Selepas jenama fesyennya Medeena berjaya mencuri tumpuan ramai sewaktu di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur pada Jun lalu, kini Mizz Nina mengorak langkah mengembangkan lagi perniagaannya membuka sebuah butik, Madeena Boutique & Cafe.Jelas Nina, sudah lama dia mengimpikan untuk membuka butik tersebut apatah lagi selepas melihat sambutan hangat terhadap jenama tersebut menerusi perniagaan online sebelum ini. Usaha mahu merealisasikan hasrat tersebut dimulakan kira-kira dua tahun yang lalu.

[Read more →]

September 26, 2014   No Comments

Azwan Ali mahu dirinya dihormati

Nama pengacara sensasi, Azwan Ali, tiba-tiba menjadi sebutan sebaik sahaja abangnya, Mohamed Azmin dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.Dikatakan bakal menumpang tuah abangnya itu, Azwan bukan sahaja meraih lebih populariti bahkan turut mencetuskan ‘viral’ di laman-laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter.Enggan mengulas mengenai kejayaan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor, Azwan bagaimanapun memohon agar semua pihak menghormati dirinya.

[Read more →]

September 24, 2014   No Comments

Dafi nafi guna pengaruh bapa dalam kerjaya

Bergelar anak VVIP bukan tiket buat penyanyi dan pelakon Dafi dengan mudahnya boleh menghasilkan album dan dilantik sebagai duta pelbagai produk.Bercakap kepada media, pemuda berusia 26 tahun ini menegaskan sejak mula dia melangkah masuk menerusi program realiti Akademi Fantasia (AF5) dan menapak nama di industri seni tanah air, semua itu atas usahanya sendiri. Terbaru, Dafi dilantik sebagai duta U Mobile.

[Read more →]

September 19, 2014   Comments Off

Rumahtangga Raja Azmi-Eddie CRK meretak menunggu belah?

Sekitar Oktober 2013 lalu, perkahwinan Raja Azmi dan Mohd Eddie Ghazali mendapat perhatian ramai peminat selepas kisah percintaan mereka menjadi perbualan sepanjang tahun. Namun langit tidak cerah lama buat pasangan ini apabila ada berita kurang senang didengari. Bercakap kepada portal Murai hari ini, Raja Azmi mengakui yang beliau dan suaminya itu sudah sebulan tidak tinggal bersama kerana terjadi salah faham antara mereka selain turut mengakui masing masing kini lebih senang membawa haluan sendiri.

[Read more →]

September 17, 2014   Comments Off

Aeril Zafrel:’David Teo masih berhutang banyak dengan saya dan isteri’

Pelakon Aeril Zafrel mendedahkan yang pihak MIG masih banyak berhutang dengan dirinya dan isterinya, Wawa Zainal.“Saya suka mengingatkan David Teo bahawa pihaknya masih lagi berhutang dan tidak membayar baki duit lakonan saya dan isteri (Wawa Zainal) termasuk duit duta produk yang nilainya puluhan ribu ringgit,” kata Aeril Zafrel dengan senyuman penuh makna.

[Read more →]

September 9, 2014   Comments Off

Keadaan Shaheizy Sam masih tidak stabil di hospital

Keadaan pelakon Shaheizy Sam yang dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri sejak 4 September lalu akibat penyakit demam denggi kian teruk.Menurut ibunya, Khaty Fauziah keadaan terkini anaknya itu masih belum stabil.Sejak dimasukkan ke hospital itu, dia memang kurang selera makan dan minum. Cuma semalam, dia ada sedikit ceria dengan meminta makanan itu dan ini.

[Read more →]

September 9, 2014   Comments Off

Hattan jadi Pengetua AF2014

Konsert pertama #AF2014 telah pun membuka tirainya secara rasmi malam Ahad dengan menyaksikan persembahan hebat 12 pelajar #AF2014.Konsert yang bersiaran secara langsung semalam di Auditorium Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) telah menyaksikan kesemua pelajar #AF2014 terselamat dan tiada penyingkiran.Selain itu, di konsert pertama ini juga nama pengetua #AF2014 telah diumumkan iaitu Dato’ Hattan.

[Read more →]

September 8, 2014   Comments Off

Anak Taib bermasalah dengan kes cerai, sekarang tuduh Anwar pula terlibat

Perbicaraan kes tuntutan mutaah RM100 juta Shahnaz Majid kepada Datuk Seri Mahmud Abu Bekir hari ini dikatakan konspirasi politik melibatkan antara lainnya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Kenyataan itu dikeluarkan apabila Abu Bekir ditanya peguamnya Datuk Zainul Rijal mengenai artikel yang dipetik daripada Sarawak Report seperti yang disertakan bekas isterinya dalam kes itu.“Artikel itu diterbitkan Harakah pada Mac 2011 bertajuk ‘Aset anak KM Taib terbongkar’, ‘Dari mana aset RM1 bilion dikumpul’, ‘Siapa Taib Mahmud di peta kekayaan Sarawak’ dan ‘Kemewahan Taib Mahmud diselubungi misteri’.

[Read more →]

September 2, 2014   Comments Off

Belum lagi ada pengumuman perkahwinan Neelofa dan Sultan Kelantan

Kehadiran wartawan dari pelbagai agensi dalam pertemuan dengan Pejabat Istana Kelantan, di sini, semalam, hampa kerana tiada sebarang pengumuman dilakukan berhubung khabar angin mengenai pelakon Neelofa yang dikatakan bakal berkahwin dengan kerabat diraja Kelantan. Malah, majlis yang berlangsung lebih sejam itu langsung tidak menyentuh isu berkenaan dan dimaklumkan majlis diadakan bertujuan merapatkan hubungan media dan Pejabat Istana Kelantan.

[Read more →]

September 2, 2014   Comments Off

Kahwini Alyah: Ramli MS hairan kenapa perlu disensasikan

Konduktor muzik terkenal Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS berkata ada sebab beliau merahsiakan pernikahannya dengan penyanyi Alyah yang dilakukan di Batam, Indonesia kira-kira setahun lalu.Bagaimanapun Ramli tidak berhasrat untuk berkongsi sebab kenapa beliau berbuat demikian.

[Read more →]

August 29, 2014   Comments Off