Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Azmin nafi persetujuan komposisi Exco sudah dimuktamadkan

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menafikan laporan awal media yang menyatakan komposisi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) PAS, PKR, dan DAP sudah dibuat dan diperkenan Sultan Selangor.”Laporan media hari ini berhubung kuota pelantikan exco tidak tepat kerana proses rundingan sedang berjalan.”Kenyataan rasmi akan dikeluarkan esok,” katanya dalam satu kenyataan petang tadi.Azmin hari ini menghadap Sultan Selangor di Istana Mestika di Shah Alam pada pukul 2.40 petang bagi menyerahkan senarai nama barisan exco yang akan dilantik secara rasmi esok.

[Read more →]

September 25, 2014   No Comments

Senarai Exco Selangor Baharu Diumum Esok – Azmin

SHAH ALAM: 10 nama barisan Exco Selangor yang baharu hanya akan diumumkan pada Jumaat, kata Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali pada Khamis.

[Read more →]

September 25, 2014   No Comments

Dulu berubah-ubah, kini tahu pula bertegas!

Shahbudin Husin

Orang tua-tua selalu berpesan – hidup ini macam roda. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Jika hari ini kita ketawa, esok lusa mungkin menangis pua. Begitu juga, jika hari ini kita buat orang, esok lusa kita pula menerima padah yang sama.Dalam kemelut perlantikan Exco Selangor yang kini merupakan cabaran pertama Azmin Ali sebagai Menteri Besar, isu yang paling menjadi perbualan ialah sama ada kouta lama 4-3-3 perlu dikekalkan atau dirombak menjadi 3-3-2-2, 3-3-3-1 atau sebagainya.

[Read more →]

September 25, 2014   No Comments

Azwan Ali mahu dirinya dihormati

Nama pengacara sensasi, Azwan Ali, tiba-tiba menjadi sebutan sebaik sahaja abangnya, Mohamed Azmin dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.Dikatakan bakal menumpang tuah abangnya itu, Azwan bukan sahaja meraih lebih populariti bahkan turut mencetuskan ‘viral’ di laman-laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter.Enggan mengulas mengenai kejayaan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor, Azwan bagaimanapun memohon agar semua pihak menghormati dirinya.

[Read more →]

September 24, 2014   No Comments

Kadir Jasin: Masa untuk dinasti Anwar perlu berakhir

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk Abdul Kadir Jasin menyifatkan kepimpinan berpaksikan kepada dinasti Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berakhir bagi memastikan Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali mampu meraih kepercayaan rakyat Selangor serta mengekalkan kelangsungan dalam Parti Pakatan Rakyat (PR) – PKR, DAP dan PAS.

[Read more →]

September 24, 2014   No Comments

Wajarkah PAS terus diberi 4 kerusi Exco?

Shahbudin Husin

Setelah berakhirnya isu perlantikan Menteri Besar Selangor dengan Azmin Ali akhirnya mengangkat sumpah jawatannya semalam, perkara yang ditunggu-tunggu selepas ini tentunya ialah berkenaan perlantikan Exco Kerajaan Negeri pula.Azmin sendiri, sebaik dilantik memberitahu, majlis mengangkat sumpah jawatan Exco akan diadakan pada Jumaat ini kerana Sultan Selangor sendiri mahu ia disegerakan bagi memastikan pentadbiran dan agenda pembangunan negeri dapat diteruskan tanpa gangguan lagi.

[Read more →]

September 24, 2014   No Comments

Azmin memulakan tugas MB pagi ini

Azmin Ali memulakan tugas sebagai menteri besar yang ke-15 tepat pukul 7.55 pagi di Bangunan Sultan Setiausaha Kerajaan Negeri Shah Alam.Azmin, 50, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang melepaska jawatannya sebagai menteri besar.Beliau yang berpakaian sut berwarna hitam disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Khusrin Munawi dan kakitangan pejabat Menteri Besar.

[Read more →]

September 24, 2014   No Comments

Azmin perlu buktikan tidak dibayangi individu lain

SHAH ALAM -  Hari ini Mohamed Azmin Ali sah sebagai Menteri Besar Selangor ke-15, menamatkan kemelut berhubung kerusi nombor satu dalam negeri paling maju di Malaysia ini. Pelantikannya membawa kepada teka-teki berikutnya iaitu siapakah barisan ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) yang akan dilantik Mohamed Azmin bagi memastikan kelancaran pentadbiran negeri?.

[Read more →]

September 23, 2014   No Comments

Anwar to be investigated under Sedition Act.

PETALING JAYA: Opposition leader Anwar Ibrahim is to be investigated under the Sedition Act over remarks uttered three years ago.

[Read more →]

September 23, 2014   No Comments

Hadi supports MB Azmin

KUALA TERENGGANU: PAS president Abdul Hadi Awang has conveyed his congratulations to Azmin Ali on his appointment as the new Menteri Besar (MB) of Selangor today.

[Read more →]

September 23, 2014   No Comments