Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Senarai Exco Selangor Baharu Diumum Esok – Azmin

SHAH ALAM: 10 nama barisan Exco Selangor yang baharu hanya akan diumumkan pada Jumaat, kata Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali pada Khamis.

[Read more →]

September 25, 2014   No Comments

Pas tidak salahkan DAP, PKR

TUMPAT – Pas tidak menyalahkan rakan mereka dalam PR, terutama pemimpin tertinggi PKR dan DAP yang dilihat kurang memberikan bantuan dalam kempen PRK Pengkalan Kubor. Pengarah Induk Pas PRK Dun Pengkalan Kubor, Datuk Tuan ibrahim Tuan Man berkata, Pas memahami kesukaran yang terpaksa dialami rakan mereka itu terutama berkaitan isu Menteri Besar Selangor.

[Read more →]

September 24, 2014   No Comments

Kit Siang sees political vendetta in Anwar probe

PETALING JAYA: DAP strongman Lim Kit Siang today condemned the investigation of opposition leader Anwar Ibrahim under the Sedition Act, accusing the government of “gross abuse of power” in carrying out “the worst form of political vendetta”.

[Read more →]

September 24, 2014   No Comments

Azmin enggan dedah exco bayangan

PETALING JAYA – Menteri Besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin Ali hari ini enggan mendedahkan barisan Exco kerajaan negeri bayangannya sehingga Jumaat. Beliau berkata, ini kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mendapatkan persetujuan daripada parti sekutunya iaitu DAP dan Pas.

[Read more →]

September 24, 2014   No Comments

Azmin perlu buktikan tidak dibayangi individu lain

SHAH ALAM -  Hari ini Mohamed Azmin Ali sah sebagai Menteri Besar Selangor ke-15, menamatkan kemelut berhubung kerusi nombor satu dalam negeri paling maju di Malaysia ini. Pelantikannya membawa kepada teka-teki berikutnya iaitu siapakah barisan ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) yang akan dilantik Mohamed Azmin bagi memastikan kelancaran pentadbiran negeri?.

[Read more →]

September 23, 2014   No Comments

Azmin angkat sumpah MB; tiada Adun PKR dan DAP hadir

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali sebentar tadi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor ke-15.Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji berlangsung di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang pada jam 10. 41 pagi.Mohamed Azmin, 50, turut melafazkan ikrar “Aku Janji” merangkumi 10 perkara yang perlu beliau penuhi dan patuhi dalam tempoh memegang jawatan menteri besar.

[Read more →]

September 23, 2014   No Comments

PKR, DAP Boikot Muktamar PAS?

BATU PAHAT: Keretakan hubungan di antara PAS dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP dalam Pakatan Rakyat kini semakin jelas dan berlarutan apabila tiada kelibat pemimpin utama daripada kedua-dua parti berkenaan menghadiri majlis perasmian muktamar tahunan yang bermula Khamis.

[Read more →]

September 18, 2014   Comments Off

Pemimpin utama PKR dan DAP tidak hadir perasmian Muktamar PAS

Pemimpin tertinggi rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) dari DAP dan PKR tidak kelihatan ketika berlangsungnya perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor pagi ini.Tinjauan mendapati PKR menghantar wakil Naib Presiden mereka Chua Tian Chang dan Shamsul Iskandar Mat Akin, manakala DAP diwakili Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.Kelibat Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun tidak kelihatan.

[Read more →]

September 18, 2014   Comments Off

Analisis: PAS keluar PR selepas Muktamar?

Adakah Muktamar Tahunan PAS ke-60 yang akan diadakan di Batu Pahat, Johor mulai pagi ini sehingga Sabtu bakal mencipta satu kejutan besar dalam arena politik negara?Adakah PAS akan kekal dalam pakatan pembangkang yang turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP atau sedang mencongak kemungkinan keluar untuk membawa haluannya sendiri?Kemungkinan itu wujud berikutan pertembungan pendapat antara kepemimpinan PAS, DAP dan PKR pada masa kini sehingga parti yang memperjuangkan Islam diperlekehkan dengan pelbagai label seperti ‘pak turut’ dan terbaru ‘parti u turn’ (pusingan u).

[Read more →]

September 18, 2014   Comments Off

MP DAP kaitkan Negaraku dalam pawagam seperti era komunis Mao

Tindakan Anggota Parlimen Kuching Chong Chieng Jen dari parti DAP, yang mengecam lagu NegaraKu dimainkan di pawagam semasa sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, dalam akaun Facebooknya mengundang reaksi negatif pengguna laman sosial.Status Chong, antara lain, menyebut “Since when has this playing national anthem in cinema started? Is Malaysia heading towards the communist Mao era where everywhere you go you must shout out loud and show that you are apatriot?”

[Read more →]

September 17, 2014   Comments Off