Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Azmin nafi persetujuan komposisi Exco sudah dimuktamadkan

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menafikan laporan awal media yang menyatakan komposisi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) PAS, PKR, dan DAP sudah dibuat dan diperkenan Sultan Selangor.”Laporan media hari ini berhubung kuota pelantikan exco tidak tepat kerana proses rundingan sedang berjalan.”Kenyataan rasmi akan dikeluarkan esok,” katanya dalam satu kenyataan petang tadi.Azmin hari ini menghadap Sultan Selangor di Istana Mestika di Shah Alam pada pukul 2.40 petang bagi menyerahkan senarai nama barisan exco yang akan dilantik secara rasmi esok.

[Read more →]

September 25, 2014   No Comments

Iskandar nafi dirinya jadi MB baru dan sudah tahu siapa pengganti baru

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Cempaka, Iskandar Abdul Samad menafikan namanya ‘naik’ untuk menjadi Menteri Besar Selangor baharu yang akan diumum Selasa ini.Katanya, dia difahamkan nama calon lain sudah diperkenan Istana Alam Shah untuk jawatan tersebut.”Saya difahamkan bukan saya.”Yang saya tahu nama orang lain sudah naik. Sudah jadi ‘open secret’,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

[Read more →]

September 22, 2014   No Comments

Rakyat Selangor sedih Khalid Ibrahim tetap tersingkir

Kebimbangan dan rasa kesal timbul di kalangan rakyat di Selangor di saat menantikan siapa akan dinamakan sebagai menteri besar yang baharu.Walaupun ramai penyokong Pakatan Rakyat begitu kritikal terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan mahu beliau disingkirkan, tetapi ramai rakyat yang berasa kecewa dengan pengunduran beliau.Ejen insurans, Mandy Chee, 33, berkata dia akan mengenang Khalid sebagai menteri besar.

[Read more →]

September 22, 2014   No Comments

Kaji selidik dapati Anwar dianggap punca utama krisis Selangor

Rata-rata rakyat Selangor bersetuju krisis politik di Selangor ketika ini adalah berpunca daripada angkara Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.Penganalisis Politik Prof Madya Dr Ismail Sualman berkata hasil kaji selidik pihaknya di 20 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, seramai 2,138 responden berpendapat pilihan raya kecil DUN Kajang pada Mac lepas, yang sengaja dicetuskan PKR, adalah punca berlakunya krisis itu.

[Read more →]

September 19, 2014   Comments Off

MB baru Selangor mungkin lepas Muktamar PAS 20 September ini

Pihak-pihak yang berminat untuk mendapatkan jawatan menteri besar Selangor boleh terus melobi kerana pihak Istana Selangor hanya akan membuat keputusan selepas Muktamar PAS yang berakhir 20 September ini, kata sumber.Menurut sumber PAS, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan mengambil kira apa yang berlaku dalam muktamar itu sebelum memilih mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang diyakini mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai MB Selangor.

[Read more →]

September 15, 2014   Comments Off

Talkin untuk Najib

Shahbudin Husin

Di sebalik kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor yang masih berlarutan sehingga kini, ramai yang merasakan bahawa Perdana Menteri, Najib Razak agak sedikit terselamat daripada sebarang kritikan, kecaman dan serangan. Untuk beberapa ketika, memang terlihat Najib agak kurang menjadi sasaran kerana tumpuan kritikan lebih terarah kepada Anwar Ibrahim, Haji Hadi Awang, PKR dan Pas.Anwar dijadikan bahan kritikan kerana dianggap mula-mula mencetuskan pertukaran Khalid Ibrahim yang kemudian disusuli dengan ketegasan untuk mencalonkan satu nama saja iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail, berbalah dengan Pas dan sehinggalah kepada terzahirkan perasaan dukacita Sultan Selangor kepada keengganan mematuhi titah baginda.

[Read more →]

September 12, 2014   Comments Off

Dua Adun PAS adalah HERO sebenarnya

Shahbudin Husin

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menghangatkan lagi suhu politik mengenai kemelut di Selangor yang sudah berlarutan sekian lama dengan mendakwa pengkhianat sebenar dalam isu ini ialah dua Adun Pas, Shaari Sungib dan Hasnul Baharuddin yang bertindak memberi sokongan terbuka kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail.Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, pengkhianatan kedua-dua Adun itu telah memulakan kerosakan kepada kestabilan dalam Pas.

[Read more →]

September 11, 2014   Comments Off

Hadi Awang kian tersepit?

Shahbudin Husin

Kedudukan Haji Hadi Awang sebagai Presiden Pas tidak lagi seselesa dahulu. Beliau kini bukan saja mula dipertikaikan oleh penyokong dan pengundi parti yang tidak memegang apa-jawatan, malahan elemen yang sama sudah mulai datang daripada peringkat yang berjawatan juga.Semuanya gara-gara kegagalannya memimpin hala tuju parti itu dengan cara yang betul dalam menyelesaikan kemelut Menteri Besar Selangor.

[Read more →]

September 10, 2014   Comments Off

Prof. Nik Ahmad Kamal: Krisis boleh bawa kepada pembubaran DUN

DAP, PKR mahupun Pas tidak akan mendapat sebarang kelebihan jika membiarkan kemelut penggantian Menteri Besar Selangor berlarutan, malah kesemua parti dalam komponen PR itu akan rugi.Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, selagi krisis menteri besar tidak selesai, ia akan melarat hingga membawa kepada pembubaran Dun dan membabitkan pilihan raya negeri.

[Read more →]

September 10, 2014   Comments Off

Dulu siki-sikit tunggu mesyuarat,akhirnya keputusan dalam ‘gelap’ juga dipakai

Shahbudin Husin

Tembelang dan isi hati sebenar Pas dalam isu pencalonan Menteri Besar Selangor semakin terserlah. Jika dulu Pas kerap membuat U turn setiap kali bermesyuarat, kali ini Pas main langgar saja dengan mengemukakan calon-calon Menteri Besar sebagaimana yang diminta oleh Sultan Selangor tanpa sebarang mesyuarat.Senarai calon yang dikemukakan tanpa mesyuarat itu pula sampai dua kali. Kali pertama, sebagaimana yang dilaporkan oleh banyak media, senarai tiga calon itu dikemukakan terus melalui pejabat Presiden Pas, Haji Hadi Awang mengandungi nama tiga Adun Pas iaitu Iskandar Samad, Salehan Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi.

[Read more →]

September 8, 2014   Comments Off