Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Dulu berubah-ubah, kini tahu pula bertegas!

Shahbudin Husin

Orang tua-tua selalu berpesan – hidup ini macam roda. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Jika hari ini kita ketawa, esok lusa mungkin menangis pua. Begitu juga, jika hari ini kita buat orang, esok lusa kita pula menerima padah yang sama.Dalam kemelut perlantikan Exco Selangor yang kini merupakan cabaran pertama Azmin Ali sebagai Menteri Besar, isu yang paling menjadi perbualan ialah sama ada kouta lama 4-3-3 perlu dikekalkan atau dirombak menjadi 3-3-2-2, 3-3-3-1 atau sebagainya.

[Read more →]

September 25, 2014   No Comments

Hadi supports MB Azmin

KUALA TERENGGANU: PAS president Abdul Hadi Awang has conveyed his congratulations to Azmin Ali on his appointment as the new Menteri Besar (MB) of Selangor today.

[Read more →]

September 23, 2014   No Comments

Walaupun kemelut berakhir, PAS tetap rugi

Shahbudin Husin

Timbalan Presiden PKR yang juga Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali akhirnya sah menjadi Menteri Besar yang baru bagi negeri Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim. Beliau telah pun menerima surat perlantikannya dari Istana Selangor petang tadi dan akan mengangkat sumpah jam 10.30 pagi esok.Perlantikan Azmin juga akhirnya diterima sebulat suara oleh PKR yang bermesyuarat petang tadi dan Majlis Pimpinan PR yang bermesyuarat malam ini juga menerima perlantikan itu, seiring dengan pengumuman Dr Wan Azizah untuk menarik diri daripada pencalonan. Ini bermakna sokongan 30 Adun juga turut berpindah kepada Azmin.

[Read more →]

September 23, 2014   No Comments

Haji Hadi wajib sahut cabaran Shaari Sungib

Shahbudin Husin

Sesiapa pun yang melihat wajah Presiden Pas, Haji Hadi Awang ketika menggulung Muktamar Pas semalam, tentunya dapat merasakan api kemarahan yang sedang marak dan meluap-luap dalam dadanya. Wajah, mata, air muka dan gerak tangannya ketika menyampaikan ucapan jelas menggambarkan beliau sedang marah dan panas hati ketika itu.Malangnya, kemarahan itu tidak ditujukan kepada UMNO dan para pemimpinnya yang memang menjadi musuh Pas selama ini. Bahkan dalam muktamar kali ini, UMNO paling beruntung kerana tidak menjadi serangan dan belasahan Pas sepertimana selalunya.

[Read more →]

September 22, 2014   No Comments

Hadi hits out at PAS critics

Party president put those who had tried to dilute the views of the ulama in their place, telling them there will be no compromise on the party’s Islamic struggle.Datuk Seri Abdul Hadi Awang has lost weight – some 10kg, it seems. He is on a special diet of more vegetables, no sugary drinks, less meat and fish, and, for some strange reason, he has to control his water intake.His old fire-and-brimstone speaking style also seems to have been replaced by a more sedate tone. It is probably doctor’s orders – too much excitement is not good for his heart.

[Read more →]

September 19, 2014   Comments Off

Siapa angkat sumpah Selasa ini? Azizah, Azmin atau Adun PAS?

Shahbudin Husin

Kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor sudah hampir sampai ke penghujungnya. Sebagaimana yang dilaporkan oleh media hari ini, Istana Selangor akan mengadakan majlis angkat sumpah jawatan ketua kerajaan negeri itu pada pagi Selasa, 23 September jam 10 pagi. Kad jemputan kepada wakil-wakil rakyat, pemimpin politik, orang kenamaan dan sebagainya sudah pun mula diedarkan.Serentak itu, teka-teki mengenai siapa yang bakal mengisi jawatan itu bagi menggantikan Khalid Ibrahim turut menjadi perbualan ketika ini. Di media sosial pula ketika ini sarat dengan pelbagai jangkaan dan tekaan mengenai siapa yang bakal dipilih oleh Sultan Selangor untuk mengetuai kerajaan negeri itu.

[Read more →]

September 19, 2014   Comments Off

Analisis: PAS keluar PR selepas Muktamar?

Adakah Muktamar Tahunan PAS ke-60 yang akan diadakan di Batu Pahat, Johor mulai pagi ini sehingga Sabtu bakal mencipta satu kejutan besar dalam arena politik negara?Adakah PAS akan kekal dalam pakatan pembangkang yang turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP atau sedang mencongak kemungkinan keluar untuk membawa haluannya sendiri?Kemungkinan itu wujud berikutan pertembungan pendapat antara kepemimpinan PAS, DAP dan PKR pada masa kini sehingga parti yang memperjuangkan Islam diperlekehkan dengan pelbagai label seperti ‘pak turut’ dan terbaru ‘parti u turn’ (pusingan u).

[Read more →]

September 18, 2014   Comments Off

‘Hadi dah banyak kali kecil hati dengan Anwar’

KOTA TINGGI – Pentas Muktamar Pemuda Pas ke-55 yang berlangsung di sini hari ini menjadi medan perwakilan untuk menyatakan sokongan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

[Read more →]

September 17, 2014   Comments Off

Dua presiden bernasib sama

Shahbudin Husin

Presiden UMNO, Najib Razak dan Presiden Pas, Haji Hadi Awang sedang meniti detik-detik yang mencemaskan ketika ini. Kedua-duanya ingin diundurkan kerana dianggap tidak relevan lagi meneruskan perjuangan masa depan. Jika sikap liberal dan toleransi Najib seperti dalam isu ISA, Ordinan Darurat dan Akta Hasutan menjadi antara punca penolakannya, sikap tiada pendirian Haji Hadi pula menjadi asas kepimpinannya tidak lagi diperlukan.

[Read more →]

September 17, 2014   Comments Off

Walaupun perletakan jawatan sudah diterima Sultan, Hadi masih mahu Khalid jadi MB Selangor

Shahbudin Husin

Presiden Pas, Haji Hadi Awang terus bertindak membingungkan rakan-rakan dalam PR berhubung kemelut Menteri Besar Selangor apabila menyatakan mahu Khalid Ibrahim terus dikekallan di jawatan itu sebagai jalan keluar terbaik bagi isu yang sudah lama berlarutan ini.Kenyataan yang dilafazkanya kepada pemimpin muda PR yang mengunjunginya itu turut menyebut bahawa Haji Hadi bersedia untuk memantau tugas Khalid selepas ini.

[Read more →]

September 15, 2014   Comments Off