Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

‘Perisik’ KDN didakwa

AYER KEROH – Seorang pengurus hotel yang memiliki kad berjawatan perisik Kementerian Dalam Negeri (KDN) akhirnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menyamar sebagai penjawat awam di sebuah pusat hiburan, bulan lalu.

[Read more →]

September 9, 2014   Comments Off

Chegubard dakwa Zahid miliki koleksi jam tangan bernilai RM1.5 juta

Pengasas merangkap Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi memiliki koleksi lima utas jam tangan mewah yang nilainya dianggarkan RM1.5 juta.Menurutnya, beliau tertarik dengan penampilan kemas dan bergaya Zahid kerana hampir setiap kali beliau muncul di khalayak, beliau memperagakan koleksi jam tangan mewah yang berbeza.

[Read more →]

September 4, 2014   Comments Off

Isu PPS & Unit Amal: Mahfuz dakwa Zahid Hamidi cuba mahu jadi popular dalam Umno

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya cuba meraih populariti dalam Umno apabila membayangkan kemungkinan mengambil tindakan ke atas Unit Amal PAS seperti mana badan sukarela lain.Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata sikap Zahid itu hanya menunjukkan kedangkalan sendiri, dengan situasi yang menekan berkenaan kedudukan beliau dalam kabinet BN.”Saya harap kawan saya ini bertenang. Jangan kerana berhadapan dengan suasana ketidaktentuan dalam politik Umno, beliau mengambil tindakan yang hanya membodohkan dirinya sendiri,” kata beliau pada satu sidang media, di Pusat Media PAS, pagi tadi.

[Read more →]

September 2, 2014   Comments Off

KDN sahkan ada anggota PPS terlibat peras ugut

SHAH ALAM – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan ada anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditahan semalam dikesan pernah melakukan jenayah kekerasan dan peras ugut orang awam.

[Read more →]

September 1, 2014   Comments Off

KDN Kenal Pasti Tiga Warga Somalia Disyaki Terbabit Kumpulan Pengganas

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenal pasti tiga lagi warga Somalia yang disyaki terbabit dalam kegiatan kumpulan pengganas Al-Shabaab. Timbalan Menterinya Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tiga lelaki tersebut dipercayai masuk ke negara ini menggunakan visa pelajar.

[Read more →]

August 4, 2014   Comments Off

Malaysia ‘popular’ di Israel

SHAH ALAM – Selepas pertempuran memasuki hari ke-24 semalam, nama Malaysia tiba-tiba muncul di akhbar-akhbar utama dan portal berita di Israel. Akhbar Jerusalem Post dan Haaretz meletakkan berita ‘Anggota Briged Al-Qassam menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan’ di muka hadapan manakala stesen televisyen digital Israel i24news menyenaraikan berita itu sebagai berita utama.

[Read more →]

July 31, 2014   1 Comment

Bubar parti, DAP tak mahu layan

SHAH ALAM – Parti komponen PR, DAP tidak mahu melayan desakan badan bukan kerajaan (NGO) yang menggesa agar parti itu dibubarkan. “Saya tak mahu layanlah (gesaan bubar parti),” kata Setiausaha Pengelolanya, Anthony Loke Siew Fook ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

[Read more →]

July 10, 2014   Comments Off

Palsukan MyKad: 105 individu ditahan

GEORGETOWN – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menahan 105 individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti pemalsuan MyKad sejak September tahun lepas hingga April ini. Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka yang ditahan itu terdiri daripada anggota sindiket dan individu yang bergerak aktif menjalankan kegiatan berkenaan bagi mengaut keuntungan.

[Read more →]

July 4, 2014   Comments Off

KDN: Laporan JNAS 2014 bukan gambaran sebenar

SHAH ALAM – Penurunan kedudukan Laporan Pemerdagangan Manusia 2014  Jabatan Negara Amerika Syarikat yang disiarkan di Washington DC Jumaat lalu, yang meletakkan Malaysia di Tahap 3 daripada kedudukan sebelumnya iaitu Senarai Pemerhatian Tahap 2, bukan gambaran sebenar terhadap komitmen Malaysia dalam menangani jenayah ini.

[Read more →]

June 24, 2014   Comments Off

Permohonan Semakan Kehakiman Buku Kristian Guna Kalimah Allah Ditolak

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan Sidang Injil Borneo (SIB) untuk mendapatkan semakan kehakiman bagi mencabar perintah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang melarang pengimportan buku Kristian mengandungi kalimah ‘Allah’.

[Read more →]

May 5, 2014   Comments Off