Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

PPS tidak boleh, BN tubuh JKKK di negeri kalah boleh pula

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpendapat kerajaan negeri Pulau Pinang sepatutnya bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukannya menubuhkan pasukan lain.Katanya, PDRM telah pun mempunyai program komuniti polis, Rakan Cop bagi membantu dalam membanteras jenayah di ibu kota dan bandar-bandar lain di negara ini.“PDRM dah ada program Rakan Cop. Komuniti berorientasikan kepolisian. Kenapa nak tubuh tentera sendiri di Pulau Pinang?

[Read more →]

September 1, 2014   Comments Off

KJ ketua yang gagal,kemelut pemuda Umno Pahang makin panas

Shahbudin Husin

Musim mesyuarat perwakilan peringkat bahagian yang sedang berlangsung sekarang menyaksikan masalah yang melanda Pemuda UMNO Negeri Pahang masih berpanjangan tanpa penyelesaian. Pemuda UMNO Malaysia yang sepatutnya memainkan peranan menyelesaikan isu ini masih berdiam diri dan berpeluk tubuh tanpa sebarang usaha yang meyakinkan mahu menyelesaikan isu tersebut.

[Read more →]

September 1, 2014   Comments Off

Pengguna FB hina raya juga wajar dihukum

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegaskan supaya tindakan tegas diambil terhadap pesalah tidak kira kaum.Khairy juga menyarankan agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera berikutan kenyataan seorang pengguna di laman sosial ‘Facebook’ yang menggunakan ID Kelvin Yip yang menghina sambutan Hari Raya oleh Umat Islam.“Kiki minta maaf tapi kena hukum, yang ini juga sepatutnya kena hukum. Sekali untuk semua, kasi ajar sikit,” katanya di dalam status Facebooknya.

[Read more →]

August 1, 2014   Comments Off

KJ: Ubah sikap jika mahu maju

SHAH ALAM -  “Semoga lebih ramai lagi rakyat kita mencontohi semangat dan kesedaran sivik Najib Razak Club 11 (NRC11),” tulis Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di laman Facebooknya, hari ini. Tulisan Khairy tersebut merujuk kepada amalan murni yang dilakukan oleh NGO NRC11, yang mengutip sampah  yang ditinggal oleh peminat-peminta bola sepak dua malam lalu di Dataran Merdeka.

[Read more →]

July 15, 2014   1 Comment

Khairy: Pakatan belum bersedia perintah negara

Pergeseran dalaman Pakatan Rakyat yang tidak berkesudahan dalam kerajaan negeri Selangor memberi mesej jelas bahawa gabungan parti itu belum bersedia memerintah sebuah negara, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.Beliau berkata krisis kepimpinan yang masih tidak dapat diselesaikan sehingga kini melambangkan kurangnya kemampuan parti itu untuk mentadbir dengan berwibawa malah percakaran antara pemimpin menunjukkan pentadbiran mereka adalah lemah.

[Read more →]

July 8, 2014   Comments Off

Khairy naik pangkat

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron adalah antara lima orang yang dipakaikan pangkat Pegawai Kanan Sukarela dan Kehormat Askar Wataniah. Khairy dipakaikan pangkat sebagai Kolonel (kehormat) dalam pasukan sukarela Askar Wataniah manakala Idris pula memakai pangkat Brig Jen (Kehormat).

[Read more →]

July 1, 2014   Comments Off

Jangan terlalu ikut prosedur, kata KJ

SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyambut baik usaha Biro Antarabangsa Exco Pemuda Umno yang merayu agar Kastam Diraja Selangor memberi pelepasan dan kelonggaran kepada kanak-kanak bernama Kumaira, 6 yang sedang ditahan di lokap Kastam.

[Read more →]

June 30, 2014   Comments Off

GST: KJ sangkal dakwaan Rafizi

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini, menyangkal dakwaan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mengatakan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, terpaksa ‘mengula-gulakan’ penjawat awam dengan menjanjikan kenaikan elaun sekiranya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan kerana sudah tidak mendapat sokongan golongan tersebut.

[Read more →]

June 24, 2014   Comments Off

Siapakah yang berkuasa di negara ini?

Shahbudin Husin

Dua isu yang sedang meresahkan masyarakat sekarang, malah menjarakkan perpaduan dan hubungan antara Islam dengan bukan Islam ialah rampasan Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor atau Jais yang telah diputuskan oleh Peguam Negara sebagai tiada kes dan isu berkaitan penjagaan anak oleh ibu bapa yang berlainan agama.Dalam kes rampasan Bible bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah oleh Jais tidak berapa lama dulu, Peguam Negara telah memutuskan tiada sebarang pendakwaan akan dilakukan dan kitab itu diarah dipulangkan kepada pemiliknya, Persatuan Bible Malaysia.

[Read more →]

June 16, 2014   Comments Off

KJ: Rayer sebenarnya penakut

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda Umno mengecam keras tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N Rayer yang mengaku tidak akan memohon maaf atas kenyataannya “pemimpin Umno celaka” dalam  persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang Selasa lepas.

[Read more →]

May 22, 2014   Comments Off