Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Wajarkah PAS terus diberi 4 kerusi Exco?

Shahbudin Husin

Setelah berakhirnya isu perlantikan Menteri Besar Selangor dengan Azmin Ali akhirnya mengangkat sumpah jawatannya semalam, perkara yang ditunggu-tunggu selepas ini tentunya ialah berkenaan perlantikan Exco Kerajaan Negeri pula.Azmin sendiri, sebaik dilantik memberitahu, majlis mengangkat sumpah jawatan Exco akan diadakan pada Jumaat ini kerana Sultan Selangor sendiri mahu ia disegerakan bagi memastikan pentadbiran dan agenda pembangunan negeri dapat diteruskan tanpa gangguan lagi.

[Read more →]

September 24, 2014   No Comments

Amanat akhir Abdul Khalid

SHAH ALAM – Biarlah ahli politik berperang, berdrama dan berlakon kerana kelak lakonan mereka itu akan menjadi lawak jenaka yang akan dikenang. Itu adalah amanat terakhir Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada penjawat awam dan rakyat agar tidak melayani sikap ahli politik yang gemar berlakon.

[Read more →]

September 23, 2014   No Comments

Hanya satu dosa Khalid Ibrahim

Ketika krisis kepemimpinan Selangor kelihatan berakhir dengan upacara angkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor oleh Mohamed Azmin Ali pada tanggal 23 September 2014, bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, ‘cerita’ Tan Sri Khalid Ibrahim sebenarnya belum berakhir, sebaliknya baru sahaja bermula.Bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata , sangat menarik untuk memperhatikan apa yang akan berlaku kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu selepas berundur daripada jawatannya sebagai menteri besar.

[Read more →]

September 23, 2014   No Comments

An open letter to new MB, Azmin Ali

Dear Azmin Ali,

Selangor gets a new menteri besar today in you and Pakatan Rakyat (PR) gets to continue running the country’s wealthiest state after a messy nine months of politicking that has left people wondering why it even happened.How different will you be from the previous occupant of the office in Shah Alam, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim?You cut your teeth in politics, serving Datuk Seri Anwar Ibrahim from early in the PKR de facto chief’s political career, while Khalid has been a corporate man for most of his life and burst into the political limelight in the 2008 general election.

[Read more →]

September 23, 2014   No Comments

Khalid beri nasihat pada bakal MB baru, ada kemungkinan lepaskan kerusi DUN

Menteri Besar Selangor yang baharu perlu memberi khidmat kepada rakyat di atas dasar tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya.Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, penggantinya harus komited dalam mengurus dan mentadbir Selangor agar setiap keluarga yang berada di negeri ini mendapat hak kelebihan dan kebajikan sama rata.“Kalau ada (cara) yang betul, kita pertingkatkan, kalau ada (cara) yang salah, kita hentikan kerana dengan cara itulah kita dapat menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri yang paling maju di Malaysia.

[Read more →]

September 22, 2014   No Comments

Khalid Pengerusi Mesyuarat Exco Selangor Kali Terakhir

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Isnin mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri buat kali terakhir sebagai Menteri Besar Selangor.

[Read more →]

September 22, 2014   No Comments

Rakyat Selangor sedih Khalid Ibrahim tetap tersingkir

Kebimbangan dan rasa kesal timbul di kalangan rakyat di Selangor di saat menantikan siapa akan dinamakan sebagai menteri besar yang baharu.Walaupun ramai penyokong Pakatan Rakyat begitu kritikal terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan mahu beliau disingkirkan, tetapi ramai rakyat yang berasa kecewa dengan pengunduran beliau.Ejen insurans, Mandy Chee, 33, berkata dia akan mengenang Khalid sebagai menteri besar.

[Read more →]

September 22, 2014   No Comments

Kaji selidik dapati Anwar dianggap punca utama krisis Selangor

Rata-rata rakyat Selangor bersetuju krisis politik di Selangor ketika ini adalah berpunca daripada angkara Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.Penganalisis Politik Prof Madya Dr Ismail Sualman berkata hasil kaji selidik pihaknya di 20 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, seramai 2,138 responden berpendapat pilihan raya kecil DUN Kajang pada Mac lepas, yang sengaja dicetuskan PKR, adalah punca berlakunya krisis itu.

[Read more →]

September 19, 2014   Comments Off

Siapa angkat sumpah Selasa ini? Azizah, Azmin atau Adun PAS?

Shahbudin Husin

Kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor sudah hampir sampai ke penghujungnya. Sebagaimana yang dilaporkan oleh media hari ini, Istana Selangor akan mengadakan majlis angkat sumpah jawatan ketua kerajaan negeri itu pada pagi Selasa, 23 September jam 10 pagi. Kad jemputan kepada wakil-wakil rakyat, pemimpin politik, orang kenamaan dan sebagainya sudah pun mula diedarkan.Serentak itu, teka-teki mengenai siapa yang bakal mengisi jawatan itu bagi menggantikan Khalid Ibrahim turut menjadi perbualan ketika ini. Di media sosial pula ketika ini sarat dengan pelbagai jangkaan dan tekaan mengenai siapa yang bakal dipilih oleh Sultan Selangor untuk mengetuai kerajaan negeri itu.

[Read more →]

September 19, 2014   Comments Off

There’s no more Pakatan in Selangor

Roslan Bistamam

PAS has reiterated its stand regarding the removal of Khalid Ibrahim as the Selangor Menteri Besar and his proposed replacement with Wan Azizah Ismail.PAS wants Khalid retained and will not accept Wan Azizah.PKR has also reiterated its stand that it wants Wan Azizah to take over as the Selangor MB and that it is not going to propose three names or more as commanded by the Selangor Palace.Khalid Ibrahim has since revealed the details of his out-of-court settlement with Bank Islam. Hence he has put to rest the allegation that he made a deal with Umno.

[Read more →]

September 18, 2014   Comments Off