Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

China hargai usaha Malaysia jejaki MH370

KUALA LUMPUR – Kerajaan China menghargai usaha tanpa jemu kerajaan Malaysia untuk mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang hilang. Duta China di Malaysia, Dr Huang Huikang berkata usaha berterusan ini penting bagi anggota keluarga yang terlibat dalam mencari orang yang mereka sayangi, walaupun telah enam bulan pesawat Boeing 777-200 itu hilang.

[Read more →]

September 24, 2014   No Comments

MH17: Malaysia tak akan berdiam diri – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Malaysia tidak akan berdiam diri dan berhenti sehingga keadilan terhadap mangsa tragedi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17, diperoleh.

[Read more →]

September 19, 2014   Comments Off

Jenazah Shaikh Mohd Noor melengkapkan kepulangan semua anak kapal MH17

Selepas lebih dua bulan menanti, ketibaan jenazah anak kapal MH17, Shaikh Mohd Noor Mahmood hari ini akhirnya melengkapkan kepulangan semua 15 anak kapal yang terkorban dalam nahas pesawat berkenaan.Pagi ini, sekali lagi Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini diselubungi suasana suram dengan ketibaan tiga lagi jenazah mangsa tragedi pesawat MH17.

[Read more →]

September 19, 2014   Comments Off

Pusat khas untuk kakitangan MAS yang diberhentikan

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd akan menubuhkan pusat khas bagi memberikan ’sokongan penempatan’ kepada kira-kira 6,000 kakitangan MAS yang akan dihentikan berikutan proses penstrukturan semulanya. Sumber yang mahir dengan penstrukturan semula berkata, tumpuan pusat penempatan (OPC) itu adalah untuk menghulurkan semua sokongan berkaitan dan diperlukan kepada pelbagai kumpulan kakitangan yang meninggalkan syarikat penerbangan nasional berkenaan.

[Read more →]

September 18, 2014   Comments Off

Penderma tawar RM96.53 juta untuk carian bukti penembak MH17

LONDON: Seorang penderma yang tidak dikenali telah mendepositkan AS$30 juta (RM96.53 juta) ke akaun sebuah firma penyiasatan persendirian Jerman untuk ditawarkan kepada mana-mana pihak yang dapat mengemukakan bukti siapakah yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 pada 17 Julai lalu di ruang udara Timur Ukraine.Ia adalah wang tawaran paling besar dalam sejarah dunia – mengatasi jumlah yang ditawarkan untuk menangkap Osama bin Laden.

[Read more →]

September 18, 2014   Comments Off

MAS nafi juruterbang MH370 sengaja matikan bekalan oksigen

Penerbangan Malaysia (MAS) pada Rabu menyangkal laporan tidak bertanggungjawab berhubung penerbangannya, termasuk penerbangan MH370 yang hilang.Dalam kenyataan pada Rabu, MAS menafikan artikel yang diterbitkan dalam sebuah buku yang mendakwa mendapat “scoop” mengenai kehilangan penerbangan MH370 kononnya daripada pakar, wartawan Geoff Taylor dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kiwi Travel International Airlines Ewan Wilson.

[Read more →]

September 18, 2014   Comments Off

MAS Kutuk Laporan Berita Dan Buku Mengenai Tragedi MH370

PETALING JAYA: Penerbangan Malaysia (MAS) mengutuk laporan berita di Internet dan penulis buku yang menyiarkan cerita berkaitan dengan penerbangan MH131 dan MH370, dengan melabelkan mereka “bersifat amatur” dan “palsu”.

[Read more →]

September 17, 2014   Comments Off

MAS didakwa enggan bayar pampasan pada mangsa MH17

Peguam mewakili waris mangsa Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 mendakwa keluarga mereka dinafikan hak menuntut pampasan , lapor akhbar Sydney Morning Herald, hari ini.MAS bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan berkata keluarga mangsa akan diberikan pampasan penuh secepat mungkin selepas proses undang-undang diselesaikan.Pesawat Boeing 777 itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu di timur Ukraine ketika dalam perjalanan pulang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, melibatkan 298 mangsa. Belanda kehilangan 193 rakyatnya, manakala Malaysia 43 nyawa dan Australia 27 orang.

[Read more →]

September 17, 2014   Comments Off

Hard objects found in Indian Ocean seabed,might be from MH370

PERTH: Scientists think that the plane might have come down in the MH370 search area where hard objects inconsistent with the region were found during seabed mapping. The objects were identified with the help of satellite-tracking data and flight-simulation analysis.Martin Dolan, the Chief Commissioner of the Australian Transport Safety Bureau, told International Business Times that the objects could be rock formations and were unsure if it belonged to the plane wreckage.

[Read more →]

September 14, 2014   Comments Off

MH17: Abu mayat tiga sekeluarga disemadi hari ini

MUAR – Abu mayat tiga sekeluarga mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17  tiba di kampung halaman mereka di sini hari ini untuk disemadikan. Abu mayat pensyarah Ng Shi Ing, 33, anak lelakinya yang berumur setahun, Benjamin Lee Jian Han, dan adik Shi Ing, Elisabeth Ng Lye Ti, 30, tiba di Seu Teck Sean Tong Funeral Parlour, di sini pada kira-kira 10.23 pagi dari Pusat Xiao En Bereavement, Cheras, Kuala Lumpur.

[Read more →]

September 11, 2014   Comments Off