Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Mahathir kesal Melayu terus bersikap tidak amanah

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan pandangannya mengatakan orang Melayu pada masa ini tidak amanah.Pandangan ini dinyatakan oleh Mahathir yang melihat nilai ini tiada dalam kalangan orang Melayu buat masa ini katanya di Majlis pelancaran buku “Wahai Melayu”.Kata Tun Mahathir, “Jangan sesekali kita mengambil duit yang bukan milik kita.”“Saya melihat ada dalam kalangan Melayu yang suka mengambil duit yang bukan hak miliknya. Kita perlu urus kewangan kita dengan baik dan ikhlas.

[Read more →]

September 12, 2014   Comments Off

Islam Melayu yang keliru

Anuar Mohd Noor

“Asas kita penuh kerapuhan kerana – dalam konteks Melayu itu Islam – Islam itu Islam dan bukan Melayu – memperjuangkan kebangsaan itu salah – sungguhpun majoriti kebangsaan itu mendukung Islam – perjuangan politik dan Islam itu sekali atau berbeza – kontradiksi yang melampau dalam asas pembentukan kemajuan Islam dan Melayu yang akhirnya menimbulkan pertelagahan – perbezaan dan pengecilan dalam majoriti.”

[Read more →]

August 5, 2014   Comments Off

KIKI dihukum kerana Melayu?

PETALING JAYA: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mempersoalkan tentang kejadian seorang wanita pembuli jalan raya, Siti Fairah Asyikin Kammaruddin yang dihukum denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuantan. Asyikin atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Kiki juga dihukum melakukan khidmat sosial selama 240 jam dalam tempoh tiga bulan kerana mengetuk sebuah kereta yang menggesel dengan keretanya dengan menggunakan pengunci stereng.

[Read more →]

July 24, 2014   Comments Off

Walau dipinda, Mahathir bimbang MB akan ‘gagal’ nasihat Sultan

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bimbang Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin gagal menasihati Sultan Johor dalam isu Rang Undang-undang lembaga Perumahan dan Hartanah Johor.Menurut beliau walaupun pindaan pada rang undang-undang tersebut, Khaled mungkin tunduk kepada adat tradisi negeri Melayu yang menganggap sultan sebagai ketua.”Ini adat Melayu, jika sultan berkata sesuatu, ia mesti diikut dan saya bimbang bukan dia (MB) yang menasihati Sultan tapi Sultan yang akan nasihat dia,” katanya.

June 9, 2014   Comments Off

Najib sahaja berupaya henti krisis kaum dan agama

Masa depan Malaysia kini kelihatan begitu membimbangkan dengan peningkatan kenyataan kebencian dan permusuhan agama dan sikap berdiam diri perdana menteri tidak membantu, kata seorang pakar Perlembagaan.Menyeru Datuk Seri Najib Razak menamatkan sikap berdiam diri dan mengutuk sebarang percubaan memusnahkan kesatuan sosial Malaysia dan kestabilan negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata: “Saya bimbang.”

[Read more →]

May 9, 2014   Comments Off

JAJ siasat laporan azan ganggu tidur

Jabatan Agama Johor (JAJ) akan menyiasat berhubung tindakan seorang lelaki Melayu membuat laporan polis mendakwa bacaan tahrim dan laungan azan Subuh mengganggu tidurnya yang tersebar dalam laman sosial Facebook.Salinan laporan polis yang tersebar sejak kelmarin antaranya mendakwa pada jam 5.45 pagi pada 8 April lalu, ketika sedang tidur di rumahnya di Jalan Perjiranan, Pasir Gudang, lelaki itu terjaga akibat bacaan tahrim dan laungan azan yang kuat.

[Read more →]

April 14, 2014   Comments Off

Belajar bersikap terbuka

Ridhuan Tee Abdullah

Tulisan saya dalam kolum ini pada 24 Februari lalu, bertajuk “Apa sudah jadi dengan Melayu” mendapat perhatian daripada berbagai pihak, termasuk seorang wartawan veteran yang saya hormati.Kenyataan saya jelas, tidak salah masuk gereja, kerana saya sendiri ada pergi ke sana (tokong) selepas memeluk Islam atas tujuan dakwah.

[Read more →]

March 3, 2014   Comments Off

Melayu ramai muflis

PETALING JAYA – Bangsa Melayu didakwa merupakan golongan yang paling tinggi menghadapi masalah kesempitan kewangan akibat kadar kenaikan kos sara hidup yang lebih tinggi daripada kenaikan pendapatan. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, sejumlah 19,575 orang telah diisytiharkan muflis dan daripada jumlah itu, 48.4 peratus merupakan bangsa Melayu.

[Read more →]

February 18, 2014   Comments Off

Sanusi Junid: Umno dijangka akan terus hilang kerusi

Keputusan dua pilihanraya umum, 2008 dan 2013 menunjukkan bahawa BN gagal mendapat majoriti dua pertiga.“Adakah trend ini akan berterusan pada tahun 2018?” tanya bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid dalam Syarahan Perdana Renaisans Melayu yang turut dihadiri Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan tokoh-tokoh Melayu dalam pelbagai bidang di sini malam tadi.

[Read more →]

February 14, 2014   Comments Off

Taib hina Umno,hairan Umno tidak pula melatah

Wartawan veteran, Datuk Kadir Jasin hairan kenapa tuduhan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud bahawa Umno adalah parti rasis tidak dijawab oleh para pemimpin Umno.Dalam posting terbarunya dalam blognya The Scribe, Kadir menulis apa yang dilaporkan mengenai kenyataan Abdul Taib Mahmud berkenaan Umno, maka ia adalah satu tamparan dan penghinaan yang sangat dahsyat dan tidak patut.

[Read more →]

February 12, 2014   Comments Off