Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Muhyiddin dakwa krisis Selangor punca BN menang besar, PAS nafikan

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kemenangan majoriti lebih besar calon Barisan Nasional, Mat Razi Mat Ail di PRK Dun Pengkalan Kubor adalah berpunca daripada krisis yang berlaku dalam PR.Muhyiddin berkata, rakyat Kelantan bijak menilai kerana mereka percaya hubungan PR sudah tidak lagi menunjukan mereka mampu mentadbir Selangor dan Malaysia dengan baik.”Saya kira banyak faktor (kemenangan) pertama ialah keberkesanan jentera, serta kempen kita yang lancar terutama mengenai penjelasan isu royalti minyak.

[Read more →]

September 25, 2014   No Comments

Muhyiddin: Isu UPSR bocor memalukan negara

Genting Highlands: Isu soalan bocor Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dianggap sesuatu yang amat memalukan selepas sekian lama negara ini mewujudkan sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, isu itu yang turut dibincangkan dalam mesyuarat khas di Putrajaya tengah hari ini tadi akan diperjelaskan dalam masa terdekat termasuk langkah yang akan diambil bagi mengukuhkan sistem peperiksaan itu.

[Read more →]

September 15, 2014   Comments Off

Sabah bukan milik Malaysia

Hasmin Azroy Abdullah

Kenyataan Muhyiddin Yassin bahawa Sabah adalah milik Malaysia merupakan satu kenyataan yang menyimpang dan jauh daripada kebenaran. Malah ia boleh disifatkan sebagai kenyataan seorang penjajah.Akhir-akhir ini, ada kelompok tertentu yang heboh mengatakan tentang Sabah dan Sarawak akan keluar dari Malaysia.Isu sebenar yang menyebabkan soal pemisahan ini timbul ialah kerana rasa tidak puas hati rakyat Borneo berkaitan layanan tidak adil yang diberikan terutamanya apabila Borneo adalah salah satu rakan kongsi dalam pembentukan Malaysia.

[Read more →]

September 11, 2014   Comments Off

Muhyiddin: UPSR bocor mungkin angkara sabotaj

Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai tindakan sengaja untuk mensabotaj dirinya dan Kementerian Pendidikan.Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak akan membuat sebarang andaian berhubung siapa yang melakukannya tetapi meminta polis menyiasat sehingga ke akar umbi untuk membawa pelakunya ke muka pengadilan.

[Read more →]

September 11, 2014   Comments Off

Kerajaan Terima Dengan Terbuka Teguran Dr Mahathir – Muhyiddin

PERMATANG PAUH: Kerajaan menerima dengan terbuka semua teguran dan isu yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

[Read more →]

August 24, 2014   Comments Off

Najib lebih berani dari Obama & Putin,inilah idea paling wow dicari-cari Muhyiddin

Shahbudin Husin

Walaupun sudah ada beberapa pemimpin kanan UMNO tampil menyanggah teguran Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Najib Razak yang dimuatkan dalam blognya semalam, tetapi malangnya tiada satu pun di antara mereka berhujah memberi jawapan tentang persoalan yang ditimbulkan oleh bekas Perdana Menteri itu.Sebaliknya, rata-rata mempersoalkan kenapa Mahathir melakukan teguran itu sambil cuba membodek serta mengampu Najib dan bukannya menjawab intipati teguran yang dibangkitkan.

[Read more →]

August 20, 2014   Comments Off

MH17: Pasukan penyiasat khas akan ditubuhkan segera

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan pihak kerajaan akan menubuhkan sebuah pasukan penyiasat khas bagi membolehkan siasatan dimulakan segera. Menurutnya, pasukan penyiasat khas itu akan dianggotai oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penerbangan Awam dan agensi-agensi lain yang berkaitan.

[Read more →]

July 23, 2014   Comments Off

Apa muslihat Muhyiddin ‘pecat’ Pengarah Umcedel?

Shahbudin Husin

Tindakan Kementerian Pendidikan memberi tekanan kepada Pengarah Kajian Pusat Demokrasi dan Pilihanraya Universiti Malaya atau Umcedel, Prof Dr Mohamad Redzuan Othman agar meletakkan jawatan hanya kerana kebanyakan kajian yang dijalankannya tidak memihak kepada UMNO dan kerajaan, mengejutkan banyak pihak dan memberi tamparan baru kepada kerajaan pimpinan Najib Razak.Dalam masa yang sama, khidmat beliau sebagai Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial turut tidak diperbaharui dan ini memberi gambaran jelas bahawa kerajaan amat memandang serius mengenai kajian Umcedel selama ini.
[Read more →]

July 1, 2014   Comments Off

Gangguan politik Kementerian jadikan hasrat 100 universiti terbaik hanya mimpi

Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) kecewa dengan tindakan Putrajaya memberikan tekanan kepada Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman (gambar) sehingga beliau meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).Presiden PKAUM Prof Madya Dr Azmi Sharom berkata, jika benar wujudnya tekanan daripada Kementerian Pendidikan, sangat jelas kerajaan tidak mementingkan kebebasan akademik dan buat keputusan berasaskan politik.

[Read more →]

June 30, 2014   Comments Off

El Nino: Sumber air tasik digunakan jika selamat

SHAH ALAM – Tasik Putrajaya menjadi antara lokasi yang mungkin dipilih sebagai sumber air bersih sekiranya paras empangan lain di sekitar Lembah Klang berada di tahap kritikal ekoran fenomena El Nino. Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid, sambil menambah, tasik lain seperti di Mines, Seri Kembangan dan beberapa lokasi lain turut disenaraikan, jika ia disahkan selamat oleh Kementerian Kesihatan.

[Read more →]

June 26, 2014   Comments Off