Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Nik Aziz mendoakan Umno ‘buta,lidah dipotong’

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi mengetuai bacaan doa bersama ribuan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor memohon kepada Allah agar memotong lidah dan membutakan mata Umno jika parti itu enggan berubah daripada cara tidak Islamiknya.Mursyidul Am PAS itu memberitahu orang ramai yang hadir pada ceramah mega di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Umno dan PAS tidak dapat bertentang mata kerana parti yang berasaskan Melayu itu hanya mementingkan mengumpul kekayaan.

[Read more →]

September 24, 2014   No Comments

Nik Aziz nafi fitnah BN

“Tak payahlah kerajaan Barisan Nasional (BN) nak berdolak dalik mempertahankan hasil minyak di Kelantan. Dah memang itu hak rakyat negeri ini, bagi sajalah. Kita tak ada masa nak buat fitnah,”.Itu tegas Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pemberita di Surau Lama, Getting, Pengkalan Kubor kelmarin.Dalam nada kesal, Nik Aziz mengatakan bukan Pas yang hendakkan royalti minyak tersebut seperti yang dilaung-laungkan BN.

[Read more →]

September 15, 2014   Comments Off

Nik Aziz Jumpa Abdul Hadi Berhubung Krisis Politik Selangor

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengadakan pertemuan dengan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mendapatkan penjelasan berhubung keputusan parti pada Ahad mengenai krisis politik di Selangor.

[Read more →]

August 17, 2014   Comments Off

Apa Nik Aziz mahu?

Konflik kepimpinan kerajaan Selangor menunjukkan perkembangan baharu yang semakin menarik apabila Mursyidul Am PAS mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan dia sebenarnya tidak berhasrat campur tangan.Pendirian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS itu dinyatakan pada majlis sambutan Aidilfitri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan yang berlangsung di Kota Bharu pada malam Khamis.

[Read more →]

August 8, 2014   Comments Off

Nik Aziz Tetap Pertahan Abdul Khalid Sebagai MB Selangor

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini sekali lagi mempertahankan kenyataannya agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor. Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan berkata tidak ada sebab baginya untuk mengubah pendirian berhubung kemelut isu Menteri Besar Selangor itu.

[Read more →]

August 6, 2014   Comments Off

Nik Aziz jelaskan Mahathir beri amaran jika laksanakan hudud dulu

Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak melaksanakan hudud semasa pemerintahannya di negeri tersebut kerana takut kerajaan pusat akan melaksanakan Majlis Gerakan Negara (Mageran).Beliau berkata, surat yang dihantar oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada masa itu memberikan amaran yang jelas mengenainya.

[Read more →]

April 30, 2014   Comments Off

TG Nik Aziz ucap terima kasih kepada pengundi Kajang

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS menyifatkan rakyat Dun Kajang faham perkembangan semasa politik sesuai dengan kewujudan banyak institusi pengajian tinggi di sana. Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apabila ada banyak banyak universiti atau institusi pengajian tinggi serta bank ia menggambarkan penduduk di kawasan golongan cerdik.

[Read more →]

March 24, 2014   Comments Off

ADUN BN Kelantan akan keluar UMNO dengan syarat…

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada Adun Kok Lanas, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad yang sanggup keluar dari Umno jika pemimpin parti itu menentang hukum hudud.“Saya ada di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam ketika seorang Adun Umno dari Kok Lanas, Datuk Alwi menyatakan sokongan terhadap hukum hudud dan sanggup keluar dari Umno jika pemimpin Umno menentang hukum ini,” tulis beliau yang merupakan Adun Chempaka menerusi facebook.

[Read more →]

March 7, 2014   Comments Off

Ke mana tujuannya wahai PAS Kelantan?

Lokman Mustafa

Di antara rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan satu-satunya parti yang berpengalaman memerintah di empat buah negeri di Semenanjung Malaysia.Di dalam kurun baharu yang sudah memasuki tahun ke-14 ini, PAS telah melahirkan lima orang menteri besar termasuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Almarhum Tan Sri Azizan Abdul Razak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Datuk Ahmad Yakob.

[Read more →]

February 10, 2014   Comments Off

Nik Aziz: Banjir satu ujian walau pahit

SHAH ALAM – Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini, mengingatkan mangsa banjir supaya sentiasa bersabar dengan ujian tersebut, kerana baginya ujian daripada ALLAH itu kadang-kadang bertujuan untuk membersihkan dosa dan mengangkat darjat.

[Read more →]

December 5, 2013   Comments Off