Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

PAS dakwa sudah jangka akan kalah di Pengkalan Kubor

PAS mengakui menjangkakan kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor ekoran penurunan peratus keluar mengundi hari ini berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Pengarah Operasi Induk PAS PRK Pengkalan Kubor Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata peratus mengundi pada PRK itu ialah 72.8% berbanding 78.9% pada PRU13.

[Read more →]

September 26, 2014   No Comments

Muhyiddin dakwa krisis Selangor punca BN menang besar, PAS nafikan

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kemenangan majoriti lebih besar calon Barisan Nasional, Mat Razi Mat Ail di PRK Dun Pengkalan Kubor adalah berpunca daripada krisis yang berlaku dalam PR.Muhyiddin berkata, rakyat Kelantan bijak menilai kerana mereka percaya hubungan PR sudah tidak lagi menunjukan mereka mampu mentadbir Selangor dan Malaysia dengan baik.”Saya kira banyak faktor (kemenangan) pertama ialah keberkesanan jentera, serta kempen kita yang lancar terutama mengenai penjelasan isu royalti minyak.

[Read more →]

September 25, 2014   No Comments

BN menang dengan majoriti besar, PAS Kelantan bawah MB baru semakin lemah?

Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dengan majoriti lebih besar iaitu sebanyak 2,635 undi.Calonnya, Mat Razi Mat Ail, mendapat 9,991 undi, berbanding calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim yang memperolehi 7,326 undi.Calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary mendapat 38 undi.

[Read more →]

September 25, 2014   No Comments

Adun PAS, Saari Sungib Tolak Jawatan Exco Selangor

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib sedia menarik diri sekiranya beliau dicalonkan sebagai exco Selangor baharu yang akan mengangkat sumpah pada Jumaat. Beliau berkata, jawatan sebagai panel penasihat bagi memantau pengagihan dana dan pentadbiran syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) di Selangor yang telah diberikan kepadanya sebelum ini sudah memadai.

[Read more →]

September 25, 2014   No Comments

Senarai Exco Selangor Baharu Diumum Esok – Azmin

SHAH ALAM: 10 nama barisan Exco Selangor yang baharu hanya akan diumumkan pada Jumaat, kata Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali pada Khamis.

[Read more →]

September 25, 2014   No Comments

Nik Aziz: Umno hanya mahu kawan dengan PAS bila diri sendiri lemah

Hanya ketika Umno terasa letih dan lemah barulah mereka mahu berkawan dengan parti lain termasuk PAS, namun setelah senang kawan pun akan ditendang keluar.Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, beliau antara pemimpin yang menyatakan persetujuan untuk bersama dengan Umno dalam Barisan Nasional pada 1973 ekoran berlaku darurat 1969.“Kita pernah makan nasi sedulang dengan Tunku Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin Umno lain ketika itu, namun tahu-tahu selepas itu PAS ditendang keluar daripada BN.

[Read more →]

September 25, 2014   No Comments

Dulu berubah-ubah, kini tahu pula bertegas!

Shahbudin Husin

Orang tua-tua selalu berpesan – hidup ini macam roda. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Jika hari ini kita ketawa, esok lusa mungkin menangis pua. Begitu juga, jika hari ini kita buat orang, esok lusa kita pula menerima padah yang sama.Dalam kemelut perlantikan Exco Selangor yang kini merupakan cabaran pertama Azmin Ali sebagai Menteri Besar, isu yang paling menjadi perbualan ialah sama ada kouta lama 4-3-3 perlu dikekalkan atau dirombak menjadi 3-3-2-2, 3-3-3-1 atau sebagainya.

[Read more →]

September 25, 2014   No Comments

Azmin enggan dedah exco bayangan

PETALING JAYA – Menteri Besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin Ali hari ini enggan mendedahkan barisan Exco kerajaan negeri bayangannya sehingga Jumaat. Beliau berkata, ini kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mendapatkan persetujuan daripada parti sekutunya iaitu DAP dan Pas.

[Read more →]

September 24, 2014   No Comments

Nik Aziz mendoakan Umno ‘buta,lidah dipotong’

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi mengetuai bacaan doa bersama ribuan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor memohon kepada Allah agar memotong lidah dan membutakan mata Umno jika parti itu enggan berubah daripada cara tidak Islamiknya.Mursyidul Am PAS itu memberitahu orang ramai yang hadir pada ceramah mega di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Umno dan PAS tidak dapat bertentang mata kerana parti yang berasaskan Melayu itu hanya mementingkan mengumpul kekayaan.

[Read more →]

September 24, 2014   No Comments

Wajarkah PAS terus diberi 4 kerusi Exco?

Shahbudin Husin

Setelah berakhirnya isu perlantikan Menteri Besar Selangor dengan Azmin Ali akhirnya mengangkat sumpah jawatannya semalam, perkara yang ditunggu-tunggu selepas ini tentunya ialah berkenaan perlantikan Exco Kerajaan Negeri pula.Azmin sendiri, sebaik dilantik memberitahu, majlis mengangkat sumpah jawatan Exco akan diadakan pada Jumaat ini kerana Sultan Selangor sendiri mahu ia disegerakan bagi memastikan pentadbiran dan agenda pembangunan negeri dapat diteruskan tanpa gangguan lagi.

[Read more →]

September 24, 2014   No Comments