Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

DBKL tetap bertindak terhadap peniaga ingkar

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan hari ini menegaskan akan tetap mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga kecil mahupun berskala besar sekiranya mereka menjalankan aktiviti perniagaan secara haram.

[Read more →]

September 25, 2014   No Comments

A Malaysian politician attempted suicide?

Police on Thursday dismissed as false information disseminated widely over the social media that a politician had attempted suicide.Ampang Police chief ACP Khairuldin Saad said a police investigation with the relevant authorities found the information to be untrue.”I checked with the relevant authorities and there was no report on such an incident,” he told Bernama.

[Read more →]

September 25, 2014   No Comments

Masyarakat Perlu Tingkat Kesedaran Mengenai Ancaman ISIS

SUNGAI BULOH: Masyarakat khususnya yang menetap di pantai timur Sabah perlu meningkatkan kesedaran mengenai ancaman pertubuhan pengganas Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) di kawasan itu.

[Read more →]

September 23, 2014   No Comments

Zahid: PDRM bakal dapat durian runtuh

Tumpat: Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal memperoleh durian runtuh dalam Bajet 2015 yang dijadual dibentangkan di Parlimen pada 10 Oktober depan.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan perkara itu dalam masa terdekat.“Polis bertugas bukan ikut musim, tetapi bekerja setiap hari memerangi jenayah, maka sewajarnya pasukan ini mendapat gaji dan imbuhan yang lebih baik kerana pegawai dan anggotanya bertugas demi negara,” katanya.

[Read more →]

September 19, 2014   Comments Off

Bocor UPSR: 3 lagi guru ditahan

Tiga guru termasuk seorang guru wanita ditahan semalam dan tengah malam tadi berkaitan siasatan kes kebocoran kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.Seorang guru lelaki berusia 34 tahun ditahan pada kira-kira jam 8 malam tadi di Seremban dan seorang lagi guru lelaki, 36, ditahan pada jam 12.15 tengah malam tadi di Mantin, Negeri Sembilan.

[Read more →]

September 17, 2014   Comments Off

Peguam Negara akan kaji semula beberapa kes Akta Hasutan 1948

Jabatan Peguam Negara hari ini membuat keputusan mengambil tindakan menyemak semula beberapa kes yang dipertuduh mengikut Akta Hasutan 1948, termasuk kes Prof Madya Dr Azmi Sharom.Keputusan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata dalam satu kenyataan, sambil menegaskan ia amalan biasa bagi mana-mana pendakwaan.”Jabatan Peguam Negara sentiasa komited menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan berlandaskan undang-undang dalam mendakwa kes-kes jenayah dengan adil, saksama, telus dan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

[Read more →]

September 9, 2014   Comments Off

New verdict in Teoh Beng Hock by Appeal Court may force police to reopen investigation

The Court of Appeal has set aside the open verdict by a coroner on the death of Teoh Beng Hock five years ago, ruling that “a person or persons were responsible for his death”.Judges Datuk Mohamad Arif Md Yusof, Datuk Mah Weng Kwai and Datuk Hamid Sultan Abu Backer delivered separate judgments.Mah said the coroner and the High Court erred in law in applying the wrong standard of proof.

[Read more →]

September 5, 2014   Comments Off

Syarat ketinggian punca belia India malas mahu sertai PDRM

MIC Melaka memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi kelonggaran dari segi syarat fizikal mahupun kelayakan akademik bagi membolehkan lebih ramai belia India menyertai pasukan polis.Pengerusinya, Datuk M.S Mahadevan berkata, ramai belia India amat berminat menyertai pasukan polis, bagaimanapun syarat fizikal yang agak ketat serta tidak mempunyai kelayakan yang diperlukan, membantutkan usaha itu.”Kami memahami syarat yang telah ditetapkan, namun kami ingin mohon sedikit kelonggaran yang tidak menjejaskan usaha ini.

[Read more →]

September 5, 2014   Comments Off

Najib ‘perli’ Guan Eng dalam isu PPS; mahu pihak berkuasa jangan diugut

Kerajaan mengingatkan mana-mana pasukan membanteras jenayah beruniform supaya tidak mengugut dan mencabar pihak berkuasa sehingga membelakangkan kedaulatan undang-undang negara.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata kerajaan amat mengalu-alukan apa jua sumbangan masyarakat dalam membanteras aktiviti jenayah tetapi tidak akan membenarkan sebarang tindakan melampaui batas undang-undang.”Semua pihak tidak terkecuali untuk mematuhi undang-undang negara dan tidak bertindak sesuka hati.

[Read more →]

September 4, 2014   Comments Off

Ada cubaan kumpulan cuba bawa Sabah keluar dari Malaysia

Polis Sabah menerima satu laporan polis semalam berhubung terdapat kumpulan yang aktif menyampaikan gerakan membawa Sabah keluar dari Malaysia termasuk sebuah yang menggelarkan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) menerusi laman sosial seperti blog, Facebook dan Twitter.Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan berhubung tindakan kumpulan dan NGO terbabit yang juga didakwa aktif menyampaikan kempen dan mengedar risalah berbaur hasutan di kampung dan kawasan pedalaman Sabah.

[Read more →]

September 3, 2014   Comments Off